Ada pendapat sentap yang pernah saya dengar.“Rumah adalah maruah seorang lelaki.Tiada rumah, tiada maruah.”
Pada mulanya saya rasa nak bantah pendapat tersebut.
Tak jadi.Saya ubah fikiran.Saya pujuk hati untuk menilai kebenaran pendapat tersebut.
Ternyata memang benar rumah adalah maruah seorang lelaki terutama mereka yang sudah ada anak dan isteri.
Rumah adalah keperluan asas selepas makan minum dan pakaian.
Rumah yang terbaik adalah rumah sendiri.Rumah yang dibeli.(hakikat milik bank jika masih dalam perjanjian sewa-beli).
Persoalannya berapa ramai yang belum mampu membeli rumah walaupun rumah kos rendah.
Saya tiada statistik.Namun ini bukan persoalan yang saya ingin saya utarakan.
Saya cuma bayangkan kepada diri sendiri betapa seronoknya ada rumah yang selesa didiami.
Tempat berteduh dari hujan, panas dan sebagainya.
Rumah adalah simbolik kesempurnaan hidup.Jika tidak mana mungkin ada tagline berikut,
“ Rumahku Syurgaku”
Jelas mesejnya, sebagai lelaki yang akan memikul tanggungjawab ketua keluarga wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.
Eh ! bagaimana kalau tak mampu ?
Jika tak mampu, terpaksa juga berusaha dengan gigih.Guna kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk memenuhi keperluan asas ini.
Tiada lagi istilah tak sanggup.Tiada lagi alasan nanti-nantilah.Tiada lagi rungutan hidup ini terlalu susah untuk dilalui.
Berusaha menjadi lelaki hebat yang mampu menyediakan keperluan asas utama dengan sedaya upaya yang ada.
Pesanan ini dibawa khas kepada diri saya sendiri.Yang lain jangan pula sentap kerana realiti hidup memang berpijak di bumi yang nyata.
Bukan ilusi semata-mata.Bukan bayangan fatamogana.Bukan indah khabar dari rupa.
Hidup adalah perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa, jerih payah dan sanggup mengenepikan zon selesa.
Itupun jika rasa kita ini lelaki yang bermaruah kepada golongan dalam tanggungan.
Semoga bermanfaat dan dapat sesuatu yang baik dari perkongsian ini.
tak pasti betul ke tidak pernyataan di atas tu, sebab tak semua orang dapat membeli rumah sendiri lepas kahwin, lagi lah di bandar besar macam kuala lumpur. Kami dah 8 tahun kahwin baru dapat duduk rumah sendiri, sebelum tu menyewa.
lepas lapan tahun cukup bagus..ini sudah cukup bagus
ada yang sampai umur tiada…benlum ada rumah lagi
Post ini mengingatkan saya teringat satu post IG Humans of New York. Tentang seorang lelaki yg mengeluh sbb nak menyewa rumah di sana pun amat susah, dan harga sewanya gila-gila.
Dari trendnya, mungkin satu hari nanti kat Msia, lelaki tak lagi terfikir tentang masalah nak beli rumah, sbb menyewa pun satu yg sukar.
Iskandar recently posted…11 Tempat Tengok Binatang Dalam KL Untuk Bawa Anak Layan Cuti Nanti!
pada zaman kini…rumah sangat mahal dan sukar untuk dibeli seperti dulu-dulu.
kalau adapun harganya sudah setengah juta dan pinjaman bulanan memang la tinggi sekali
betul, rumah adalah maruah seorang suami, kerana itu isteri wajib menjaganya sepenuh hati..
jika baik rumahnya, baik lah isterinya, dan baik juga lah suaminya…
baik yang terjaga rapi, bukan baik hanya sekadar cantik..
sunah sakura recently posted…Fungsi CC Cream yang Tidak Berminyak dan Tahan Lama | Hansaegee Nature
wow..hebat bahasa awak.
moga kita semua ada kesempatan untuk memmiliki rumah sendiri..
aamiin
dan mungkin jg statement di atas boleh dikaitkan dgn nas larangan isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami… dibimbangi keluarnya isteri akan membawa pulang fitnah ke dalam rumah suaminya….
anies recently posted…Đà Lạt, Vietnam: Garden Flower of Đà Lạt City (part I)
ya ..mungkin juga…
lain orang lain pemahanmannya..