Rumah adalah maruah seorang suami

Ada pendapat sentap yang pernah saya dengar.“Rumah adalah maruah seorang lelaki.Tiada rumah, tiada maruah.”

Pada mulanya saya rasa nak bantah pendapat tersebut.

Tak jadi.Saya ubah fikiran.Saya pujuk hati untuk menilai kebenaran pendapat tersebut.

Ternyata memang benar rumah adalah maruah seorang lelaki terutama mereka yang sudah ada anak dan isteri.

Rumah adalah keperluan asas selepas makan minum dan pakaian.

Rumah yang terbaik adalah rumah sendiri.Rumah yang dibeli.(hakikat milik bank jika masih dalam perjanjian sewa-beli).

Persoalannya berapa ramai yang belum mampu membeli rumah walaupun rumah kos rendah.

Saya tiada statistik.Namun ini bukan persoalan yang saya ingin saya utarakan.

WAJIB BACA :   23 Punca Penceraian Yang Tak Masuk Akal

Saya cuma bayangkan kepada diri sendiri betapa seronoknya ada rumah yang selesa didiami.

Tempat berteduh dari hujan, panas dan sebagainya.

Rumah adalah simbolik kesempurnaan hidup.Jika tidak mana mungkin ada tagline berikut,

“ Rumahku Syurgaku”

Jelas mesejnya, sebagai lelaki yang akan memikul tanggungjawab ketua keluarga wajib menyediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

Eh ! bagaimana kalau tak mampu ?

Jika tak mampu, terpaksa juga berusaha dengan gigih.Guna kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk memenuhi keperluan asas ini.

Tiada lagi istilah tak sanggup.Tiada lagi alasan nanti-nantilah.Tiada lagi rungutan hidup ini terlalu susah untuk dilalui.

Berusaha menjadi lelaki hebat yang mampu menyediakan keperluan asas utama dengan sedaya upaya yang ada.

WAJIB BACA :   Pengalaman Pertama Merayakan Hari Raya Puasa Seorang Diri

Pesanan ini dibawa khas kepada diri saya sendiri.Yang lain jangan pula sentap kerana realiti hidup memang berpijak di bumi yang nyata.

Bukan ilusi semata-mata.Bukan bayangan fatamogana.Bukan indah khabar dari rupa.

Hidup adalah perjuangan yang tidak mengenal erti putus asa, jerih payah dan sanggup mengenepikan zon selesa.

Itupun jika rasa kita ini lelaki yang bermaruah kepada golongan dalam tanggungan.

Semoga bermanfaat dan dapat sesuatu yang baik dari perkongsian ini.

Comments 8

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge