Jom berimpian kerana impian itu percuma.
Khayalan juga termasuk impian.
Khayalan yang disusuli tindakan adalah visualisasi yang berkesan untuk mencapai impian.
Impian percuma namun ada harga.
Harganya adalah tindakan.
Rumusan mudah untuk menjelaskan impian.
Impian adalah perkara yang boleh dicapai atau direalisasikan dengan tindakan yang betul dan cara yang tepat.
Tindakan betul dan cara tepat ada dalam Siber Sukses.
Ada cara lain tak ?
Sudah tentu ada.
Caranya dengan berdoa dan beramal agar lebih dekat kepada Yang Maha Esa.
Allah SWT.
Selepas itu tidak ada cara lain lagi kerana Allah SWT sahaja yang Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Setuju?
Jika setuju, kita berbalik kepada tajuk artikel ini.
Saya ada impian untuk memiliki rumah yang cantik, selesa dan selamat untuk diduduki.
Ada dapur yang luas dan kemas.
Saya suka memasak.
Bermain dengan peralatan dapur jadi keterujaan yang tidak dapat disembunyikan lagi.
Selain dapur saya mahu rumah yang ada bilik tidur yang romantik dan berbau harum.
Barulah semangat nak tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi.
Namun satu kekurangan kalau belum ada isteri idaman.
Eh bagaimana pula dengan isteri idaman saya?
Saya orang yang low profile dan simple.
Isteri yang memahami kerjaya saya sebagai Team Siber Sukses pun sudah memadai.
Tidak perlu pandai masak sebab saya bukan suka sangat makan.
Tidak perlu pandai make up sebab wajah tanpa solekan itu lebih baik.
Cukupnya bermake up dengan air wudhuk.
Orang yang suka bersenam untuk gaya hidup sihat adalah bonus.
Ada lain lagi tak ?
Yang ini penting sekali…
Tahan kena gurau dan senda.
Saya seorang yang lawak dan muka pun lawak.
Belum buat lawak pun orang rasa geli dan muntah hijau.
Jangan la persenda saya pulak.
Biarpun tidak hensem saya lelaki ori.
Tak perlu nak tengok boleh tau hehehe.
Rasanya itu sahaja coretan kali ini.
Nak tulis serius sangat takut otak kita tak boleh brain la pulak.
Faham-faham sahajalah zaman PKP terus berlanjutan lagi.
Akhir kata salam sukses dan terus berimpian dalam mendepani cabaran hidup bertali arus.
Semoga bertemu jodoh dengan bakal wanita pilihan hati selepas ini tuan hanafi..aamii 🙂
aamiin dan terima kasih ya.
doa ibu mithali in shaa Allah mustajab