Rungutan pemandu Grab yang menyentuh hati

Rungutan pemandu Grab yang menyentuh hati

Rungutan pemandu Grab memang selalu saya temui.Meskipun saya bukan seorang pemandu Grab tidak bermakna saya tidak ambil tahu segala keluh resah mereka.

Ini sebabnya.

Saya penumpang tegar Grab.Berpuluh ringgit juga saya belanja untuk tambang Grab setiap bulan.Jika dikira dari awal tahun ini saya yakin sudah mencecah angka ratusan juga.

Saya pengguna e-hailing sejak zaman Uber lagi.Mungkin wang saya untuk kos e-hailing sahaja sudah mencecah  ribuan ringgit.Secara kasarnya boleh menjadi duit muka untuk beli kereta mewah.

kereta mewah

Ini habit saya sebagai penumpang Grab.

Kebiasaannya saya suka bertanya kepada pemandu untuk memulakan bual bicara.Segala pertanyaan saya memang berkisar kepada kehidupan mereka sebagai pemandu Grab.Namun tidaklah menyentuh soal peribadi.

Ada yang suka berterus terang dan sembang kencang.Tidak kurang juga jenis pendiam.Mereka hanya menjawab apa yang kita tanya.Saya tidak kisahpun.

Tidaklah ramai pemandu dalam kategori sedemikian.Jarang-jarang saya jumpa.Kadang-kadang saya temui.

Mana mungkin semua pemandu Grab ada sama rentak dan sama perwatakannya.

Inilah realiti sekarang.

Dari perbualan kami, secara jelas mereka mengeluh kerana perolehan pendapatan mereka tidak sekencang dulu-dulu.

Bayangkan sahaja pendapatan RM100 sehari untuk 10 trip perjalanan.Minyak sehari lebih kurang RM50.Itu anggaran yang paling minimum.

Belum termasuk potongan dari penyedia Grab sendiri berjumlah 20 peratus untuk setiap tempahan.

Pemandu Grab juga kata mereka menanggung pelbagai kos lain seperti installment bulanan kereta, servis dan sebagainya.Malah ada yang berseloroh kos makan dan minum juga terpaksa ditanggung sendiri.

Mendengar rungutan pemandu Grab begini saya mula berfikir balik.Jika cas tambang dinaikkan lebih dari biasa maka penumpang Grab yang menjadi mangsa.Ada dikalangan penumpang Grab yang masih kurang berkemampuan dalam kewangan.

Kalau mampu sudah lama juga mereka membeli kereta atau kereta sport ( impian saya).

Untuk meredakan hati pemandu Grab yang telah merungut, saya biasanya alihkan topik perbualan kami.

Tak seronoklah sembang perkara yang negatif.

Inilah topik utama saya.

Saya kongsikan cara untuk menarik rezeki.Saya pesan dengan mereka untuk bersangka baik, berfikiran positif dan tenangkan hati walau besar manapun masalah besar datang melanda.

Bagaimana untuk mendapat semua ini ?

Saya jelaskan kepada mereka untuk kembali kepada asas kehidupan.

Apa pulak asas kehidupan ?

Mudah saja.

Pertama : Minimumkan dosa

Dosa adalah perisai kepada rezeki.Orang berdosa maka rezeki jadi sempit dan sukar.Duit tidak mencukupi.Hutang bertambah dan tidak mampu menikmati ketenangan.

Jika rasa berdosa.Mohon ampun kepada Allah dan mohon maaf kepada manusia.Beristighfar dan berselawat.Dua amalan ini sangat ampuh untuk mengubah hidup seseorang.

Tinggal sahaja nak buat dan percaya hasilnya.

Kedua: Maksimakan kebaikan

Rezeki akan lebih lancar jika segala tindakan kita menjurus untuk memberi kebaikan kepada orang.Buat baik akan mendapat balasan kebaikan.Rajin bersedekah.

Berkata yang baik-baik dan suka membantu orang lain adalah bentuk kebaikan yang tidak melibatkan wang ringgit.

Tujuan utama saya berkongsi ilmu begini cuma nak mengalihkan perhatian dari asyik mengeluh ke minda yang sentiasa positif atau husnuzon dengan kehidupan ini.

Selain untuk mengingatkan diri sendiri.Mereka dengar atau tidak saya tidak kisah pun.Saya Cuma risau jika saya sendiri tidak mengamalkan apa yang saya kongsi untuk orang lain.

Inilah tujuan utama saya.

Saya mahu mereka memandu dalam keadaan enjoy dan penumpang juga rasa enjoy.

Tidak mustahil ada penumpang memberi bayaran tambahan kepada pemandu Grab jika sudah terwujud rasa seronok dan bahagia dalam perjalanan tersebut.

Kita tidak tahu ada dikalangan penumpang Grab yang berada dalam kumpulan pendapatan T20.Mereka juga pemurah dan suka bersedekah.Bayangkan kalau mereka bagi tip RM100 walaupun tambang Grab cuma RM10 sahaja.Pasti bahagia si pemberi dan bahagia juga si penerima.

Ok.Itu sahaja.

Terima kasih kerana sudi membaca dan jemput follow blog ini rapat-rapat.

24 thoughts on “Rungutan pemandu Grab yang menyentuh hati”

    • yalah tek..

      mok juak tulis hari-hari cuma risau sik ada orang baca jak…

      biasalah blogger agik baruk belajar blogging..

      sik pernah mok khatam sebab ilmu blogging berubah cepat gilak hehehe

    • betul tuan…dosa yang sikit dan pahala yang banyak akan memberatkan timbangna..

      mana tahu inilah cara untuk boleh lepas dari azab pedihnya neraka

    • untuk mereka separuh masa memang bernasib baik kerana ada pendapatan tetap untuk menampung kos hdup ..

      bawa Grab cuma untuk income bonus sahaja

  1. Kehidupan sekarang memang sangat mencabar… Tak sama seperti dahulu… Sama juga situasi untuk membesarkan anak-anak… Ayah dan ibu perlu ada ilmu untuk mendidik dan membesarkan anak… Bila menyentuh soal duit, duit bukanlah segala-galanya… Tapi duit perlu ada untuk memenuhi tuntutan kehidupan… So, bersyukurlah dengan apa yang ada…

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: