Sakitnya Tuh Di Sini Andai Hilang Cinta…Orang zaman dulu pesan asas kebahagiaan ialah cinta kasih sayang.Sebaliknya orang zaman sekarang asas kebahagiaan merujuk kepada kewangan berserta harta benda.Berlaku konfrontasi minda untuk mengiya atau menidak kenyaatan demikian.Yang pasti tidak akan menemui jalan penyelesaian selain jalan buntu yang kekal menjadi misteri sampai bila-bila.Lantas ketika tertekan hati kecil kita berkata “lantak sahajalah”
Cinta itu nikmat.Cinta itu satu keindahan perasaan yang hampir mustahil untuk dirakam oleh kamera Blogger Ishak.Malah tidak mampu dipancing oleh joran yang sejengkal tangan dari Blogger Elih.Mereka orang hebat.Namun cinta mereka pada dunia blog telah menemukan kami dalam satu pasukan hebat iaitu Hero Borneo Team.
Dalam mengisi kekosongan hati dan kesepian perasaan sekali lagi Allah SWT telah mentakdirkan mrhanafi berjumpa seseorang.Orangnya pun hebat.Terkenal dengan reputasi cinta dalam dunia maya.Maaf hubungan kami bukan untuk peribadi tetapi memenuhi kekosongan yang ada dalam slot Hero Borneo Team.Beliau yang dimaksud tak lain dan tak bukan Blogger Cik Akak.Orang yang cantik dan rupawan dan mungkin juga kelakar orangnya.(pertemuan akan diatur in Shaa Allah)
Kini mrhanafi sudah ada pasukan yang boleh membuat viral secara positif.Mungkin perkhidmatan kami boleh menulis artikel cinta kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.Biar kisah cinta mereka seluruh dunia yang tahu.Yang mana kisah tersebut bisa juga memberi manfaat dan iktibar untuk insan lain yang bercinta.
Pujangga cinta pernah berkata …Hidup terlalu singkat untuk ditangisi.Daripada terus kecewa,derita dan sengsara ayuh bangkit segera untuk mengisi setiap detik yang akan datang dengan bahagia,ceria dan menikmati perasaan cinta.Ingat la ye. Hilang cinta kehidupan sudah mati sebelum ajal.Hadirnya cinta memberi kehidupan kekal abadi biarpun jasad sudah tiada lagi.Cinta bersemi dan terus mewangi dalam hati kita hingga ke syurga nanti.
Untungla kalau ada orang saling bercinta seikhlas begini.Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Hati terus terkunci dan termateri untuk seseorang.Setia itu sudah pasti.Tanggungjawab diletakkan atas sekali.Sebagai bukti ingin bersama untuk di dunia dan akhirat nanti dengan ikatan sah pernikahan berwakilkan wali dan disahkan oleh para saksi yang benar keimanan mereka.
Artikel ini cuma coretan kata.Bukan merujuk kepada diri secara peribadi.Sambil-sambil untuk mengasah kemahiran menulis ayat cinta.
Mungkin juga sebagai artikel penghargaan kepada kesudian Blogger Cik akak yang berjaya ‘dipinang’ untuk bersama Hero Borneo Team.Selamat datang dan selamat berkerjasama.
Terima kasih kerana sudi membaca.
p/ s : Jika ada yang sesiapa yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami di Hero Borneo Team boleh berurusan email heroborneoteam@gmail.com atau ke Fanpage kami di Hero Borneo Team maupun layari mana-mana laman blog di bawah ini.
1.Cik Akak penulis blog : sweetyzhanieyz83.blogspot.my
2.Mr Ishak penulis blog : www.ishaksimi .com
3.Mr Elih penulis blog : www.elihjapahar.com
Yang pergi tak.kan kembali..
Yg datang kita hargai..
Cinta hati bukan tak pernah dihargai…
Tetapi banyak mata yg mencemburui..haha…
Ku dipinang bismillah..haha..
ewah-ewah..menjawab dengan alunan nada puisi ..terbaik
p/s : Kuterima dengan alhamdulillah..
Suka review perkahwinan lah tuan hanafi..bila nk dapat job ni ehehe..
Elih Japahar recently posted…Terima Komisen Pertama Affiliate InvolveAsia
in shaa Allah kelak dapat klien bila dah usaha sikit
jiwa kacau adalah lumrah..tak perlu hairan bila ada bermain perasaan.
wow..ayat cinta nampaknya..
adeh pening aku baca ayat ayat cinta ni hahahaha
pening sebab tak faham ke bro..saje je..tulis tanpa motif yang jelas tu..
tak la..sahaja je tulis begitu..
Wah semakin cintan cintun tuan skrg nie….
Ilmu pendapatan pasif 24/7 recently posted…Penyelesaian masalah pengusaha water vending machine- en.hafiz dari perlis menerusi personal coaching water vending machines.
tak juga..saya tulis untuk permainan kata-kata sahaja