Salam Maal Hijrah 1439H

Dengan kesempatan ini saya sebagai admin di mrhanafi dot com ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1439H kepada sesiapa sahaja walau di mana mereka berada.

Bersempena tahun baharu dan azam baharu saya akan berusaha untuk menulis blog setiap hari.

salam maal hijrah

Itupun jika lepas beberapa halangan berikut.

1.Ada bajet mencukupi

Keadaan ekonomi sangat mencabar.Jika salah pelaburan maka dana akan lebur.Berhati-hati adalah tabiat yang baik.Berkias sungguh saya berkata-kata.

2.Ada masa yang sesuai

Maksudnya saya ada masa untuk terus online tanpa hilang fokus oleh perkara lain.Banyak gangguan kiri dan kanan.Biasalah  jadi CEO di mrhanafi dot com

3.Ada idea menarik

Malu juga kalau saya menulis tak tentu pasal.Pembaca marah.Saya pula susah hati.Tak de mana semuanya jika tiada idea menarik untuk dikongsikan.

4.Keadaan laptop mengizinkan

Ini cabaran utama.Laptop semakin uzur.Prestasi semakin membimbangkan sejak akhir ini.Bila-bila masa boleh pergi tak akan kembali.Hibah pula belum distihyarkan.

5.Keadaan emosi yang stabil

Macam perempuan la pulak.Saya boleh abaikan perkara ini kerana saya sekarang  amalkan 5 Tabiat Hijrah Diri sempena tahun baharu 1439H

Ada idea nanti boleh la ulas lagi kot tabiat tersebut.

Begitulah ceritanya.

Jangan risau.

In shaa Allah jika diusahakan sungguh-sunguh pasti boleh diatasi.

WAJIB BACA :   Pengalaman Blogwalking Guna Google Plus

Baiklah ada beberapa perkara yang saya nak kongsi juga dalam artikel ini.

Saya Copy And Paste  dari Group Whatsapp.

Tentunya berkaitan isu rohani.

Alang-alang dah masuk tahun baharu 1439H.

Kita ambil inspirasi kisah di Turki.

maal hijrah 1439H

Berikut ini adalah catatan perjalanan Ketua Umum BAZNAS Dr. KH. Didin Hafidhuddin, M.Sc saat mengunjungi Turki.

Cerita yang mengagumkan bukan tentang gemerlapan kota Istambul yang jelas terlihat dari pesawat apabila melintasi Eropah, atau para wanitanya yang berwajah cantik, tapi tentang kehidupan beragama yang semakin pesat luar biasa.

Turki benar-benar berubah 180 darjah sejak dipimpin Presiden Erdogan.

Hal yang sangat menakjubkan adalah suasana keagamaan rakyat Turki yang begitu hebat.

Sekarang masjid-masjid sangat ramai dengan pemuda yang beribadah dan juga kegiatan keislaman.

TERUTAMA yang paling mengagumkan adalah ketika waktu SOLAT SUBUH datang, masjid di Turki sangat penuh sesak dengan jamaah yang didominasi KAUM MUDA , suasana yang mirip dengan di Malaysia, pada solat Jumaat.

Dr. Didin mengingat kembali ketika dirinya berkunjung ke Turki sekitar tahun 1990-an, saat itu Turki masih sangat sekular.

Jangankan waktu solat subuh, dikala azan Maghrib pun tidak ada yang pergi solat berjamaah.

“Saat itu saya solat hanya dengan isteri dan anak, sebab tiada jamaah setempat yang datang.” jelas Dr Didin.

WAJIB BACA :   3 Mitos Tarik Trafik Ke Blog

Luar biasa dan yang lebih mencengangkan para remaja Turki ke masjid dengan kereta mewah di parking di halaman masjid” ungkapnya.

Selain tingkat keagamaan masyarakat Turki yang menjadi lebih baik, kondisi ekonomi Turki saat ini juga sangat berkembang pesat.

Tanpa bantuan pinjaman luar negara. pemerintah Turki sanggup membangun, membuat perubahan signifikan dan mampu bersaing dengan negara maju dunia.

Peringkat ekonomi Turki melompat tinggi sekali dari 111 menjadi peringkat 16 dunia, sehingga saat ini Turki masuk daftar 20 negara kuat (G20).

Pendapatan perkapita penduduk pun naik dari $3500 USD (2003)..menjadi $11000 USD (2013).. dan terus melonjak.

Pemerintah Turki sebelumnya serius mencanangkan 3 Program Nasional iaitu:

1⃣ Gerakan Solat Subuh berjamaah di Masjid.
2⃣ Gerakan Infaq dan Sedekah.
3⃣ Gerakan Ekonomi Umat.

❤ Program terobosan GERAKAN solat SUBUH berjamaah di MASJID memperoleh sambutan luar biasa dari masyarakat, dengan hasil membanggakan.

Solat subuh menjadi sangat ramai seperti solat jumaat di Malaysia.

Tentu saja keberkatan solat subuh berjamaah mendapatkan hasil di luar jangkaan, dibuktikan dengan teratasinya berbagai kesulitan nasional Turki yang sebenarnya tidak mudah, apalagi Eropah beberapa tahun lalu menderita krisis ekonomi.

WAJIB BACA :   Akhirnya G Shock hitam berjaya dimiliki

Apa khabar dengan Malaysia kita.. ?!

Bila lagi negara yang berpenduduk majoriti Muslim ini menjadi negara yang tingkat keagamaan yang tinggi.. ?!

Semoga tak lama lagi.

Aamiin.

❤ Jangan lupa kongikan info ini… agar semua MUSLIM MALAYSIA TERGERAK hatinya untuk melaksanakan SUBUH berjamaah di MASJID atau SURAU,
karena Allah sendiri yang menjamin kehidupan orang-orang yang mahu bergegas solat berjama’ah.

Dan solat yang PALING BERAT adalah solat SUBUH berjamaah di MASJID dan SURAU.

SEPERKARA  lagi usahakan untuk solat dengan penuh KHUSYUK. [saya tambah sendiri]

Saya sertakan panduan bagaimana hendak solat dengan khusyuk.

Pembaca boleh akseskan panduan tersebut melalui banner dibawah:

Kesimpulan

Saya nak jadikan Maal Hijrah 1439H sebagai permulaan yang terbaik untuk saya berubah mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Mungkin saya tidak mampu melakukan berseorangan tanpa doa para pembaca semua.

Sekali lagikan doakan kejayaan saya untuk tahun 1439H.In shaa Allah saya juga berdoa untuk anda semua.

Sebagai bukti komitmen dan tindakan anda semua amatlah saya berbesar hati jika artikel ini dikongsikan kepada seramai yang boleh.

Selain itu jomlah sertai komuniti

Sekian.

Jumpa lagi

-mrhanafi-

[1 Awal Muharam 1439H]

 

Comments 25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge