Sambutan Hari Guru

Dalam bulan ini masih hangat dan terasa sambutan Hari Guru.Sebab itu saya masih bersemangat untuk membuat perkongsian tersebut.Lagipun sumber dari grup wasap.Mudah,senang dan pantas.

Untuk renungan bersama…

Pada saya cikgu-cikgu sentiasa menjadi mangsa keadaan…

Cikgu di caci orang x bising…

Cikgu di hina orang x bising….

Cikgu di herdik orang x bising…

Cikgu di pukul orang x bising…

Cikgu di saman orang x bising….

Niat cikgu sering disalah ertikan…

Cikgu korban duit untuk murid orang x pandang….

Cikgu korban masa untuk murid orang x pandang…

Cikgu korban tenaga untuk murid orang x pandang…

Cikgu korban rasa untuk murid orang x pandang….

Cikgu korban perasaan anak-anak dan keluarga untuk murid orang x pandang..

Cikgu buat segala kebaikan untuk murid orang x pandang….

artikel bulan ramadan

Pengorbanan cikgu orang x pandang….

Niat cikgu sering di salah ertikan…..

Di sekolah, cikgu sentiasa ingatkan murid supaya

Sentiasa menghormati ibu bapa…

Sentiasa mengenang jasa ibu bapa….

Sentiasa menyayangi ibu bapa….

Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa…

Jangan biadab dengan ibu bapa….

Jangan melawan ibu bapa…

Jangan derhaka pada ibu bapa…

Tapi berapa ramai ibu bapa yang ingatkan anak

Supaya hormati cikgu…..

Supaya mengenang jasa cikgu…

Supaya menyayangi cikgu…

Supaya tidak bercakap kasar dengan cikgu…

Supaya tidak biadap dengan cikgu…

Supaya tidak melawan cikgu…

Supaya tidak derhaka pada cikgu….

Gaji cikgu yang sering diungkit…

Hadiah untuk cikgu yang sering diungkit…

Cuti cikgu yang sering diungkit….

Seorang dua cikgu yang buat silap,

semua cikgu kena kutuk…

Seorang dua cikgu yang buat salah, semua cikgu kena hina…

Cikgu pun manusia biasa….

Orang yang bukan cikgu

Tidak pernah memahami perasaan cikgu….

Tidak pernah memahami hati cikgu…

Orang x tahu…

bila tiba hari kejohanan sukan, cikgu kumpul duit untuk tampung beli makanan murid….

Bila tiba hari anugerah

kecemerlangan cikgu kumpul duit untuk tampung beli hadiah untuk murid cemerlang….

Bila dekat hari raya cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang x tahu,

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah seb├átang pensil yang bernilai 30 sen dari seorang murid yang miskin…

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yang bernilai 50 sen dari seorang murid yang miskin..

Ada cikgu yang menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang dari pelajar yg miskin…

Orang x tahu….

Cikgu dikata kejar nama….

Cikgu dikata kejar duit…

Cikgu dikata kejar pangkat…

Cikgu dikata kejar glamour….

Wahai cikgu…

Biarkan apa orang nak kata…

Biarkan apa orang nak cerca…

Biarkan apa orang nak nista…

Biarkan apa orang nak hina…

Bukan pujian yang cikgu pinta…

Bukan sanjungan yang cikgu damba….

Bukan darjat yang cikgu puja..

Bukan hadiah yang cikgu paksa…

Serahlah saja pada yang Esa..

Sekali cikgu, selamanya cikgu..

Kepada sahabat-sahabatku yang bergelar cikgu…

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih cikgu…

I’m proud to be a teacher…!

 

3 thoughts on “Sambutan Hari Guru”

  1. perkara ini saya nak tanya semasa majlis preview tempohari..sayangnya masa sesi soal jawab terhad..nanti saya update setelah hubungi pihak HQ

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: