Sampah Ini Menghasilkan Duit Segera

Sampah Ini Menghasilkan Duit Segera…Mrhanafi macam tak sangka.Sebab sampah kalau dibuang hasilnya tiada.Sampah kalau dijual  akan menghasilkan duit segera.Tak banyak pun tak apa.Janji sampah yang sepatutnya dibuang telah menghasilkan sesuatu yang ada harga.

Baru-baru ini mrhanafi menjual tin-tin aluminium,botol plastik kosong,kertas serta suratkhabar.Barangan yang dikategorikan sampah tersebut telah menghasilkan duit hampir RM30.

duit segera

Proses untuk mengumpul barangan tersebut agak lama.Berbulan-bulan juga.Sebab mrhanafi bukan mencari diluar rumah.Cuma barangan yang dihasilkan melalui pembuangan dari rumah.Boleh juga dikatakan kerja dari rumah.

Teringat pula mrhanafi kepada seorang insan hebat yang telah menjana duit RM80 ribu hingga RM100 ribu sebulan hanya dari rumah.KIsah benar ini boleh diperolehi melalui pautan KIsah Jutawan Sekelip Mata.

Begitulah senario zaman sekarang.Duit segera boleh dijana walaupun hanya duduk di rumah dan main internet.Namun perlukan usaha yang bijak dan sungguh-sungguh.Jika tak jadilah impian tak kesampaian dan mimpi indah di siang hari.

Kesan dari penjualan sampah tersebut mrhanafi dapat dua faedah.Selain dapat duit,mrhanafi dapat menyelamatkan bumi ini dari tercemar.Sampah yang boleh dikitar semula mengurangkan pencemaran agar generasi anak isteri kedua cucu boleh menikmati hidup seperti kita pada hari ini.

Mrhanafi berharap agar pembaca boleh menghargai sumbangan para pencari sampah yang boleh dikitar semula.Mereka memang berbuat demikian demi duit.Namun hikmah usaha mereka jauh lebih bermaruah dari sikap segelintar kita yang suka membuang sampah merata-rata.

Mereka sanggup meredah bau sampah ditapak pelupusan sampah.Mereka rela berpanas dan berhujan.Mereka redha dengan rezeki yang sedikit itu demi kelangsungan hidup.Mereka jauh lebih baik dari manusia yang mencari duit dengan menganiaya dan menzalimi orang lain.Maaf jika tersentap namun itulah realiti kehidupan pada masa lalu,kini dan akan datang.

{sekilas pandang}

Walaupun sampah membawa maksud bahan buangan namun sampah boleh mendatangkan duit segera.Jual sampah biasanya dibayar tunai dengan penghantaran sendiri.

Sekali lagi mrhanafi nak buka minda pembaca semua bahawa laluan untuk mendapat duit segera ada di mana-mana termasuk jual sampah.

Apatah lagi kalau nak duit segera dan lumayan seperti Kisah Jutawan Sekelip Mata

Terima kasih kerana sudi membaca.Jumpa lagi.

(Visited 50 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Sampah Ini Menghasilkan Duit Segera

  1. Orang cina selalu kutip sampah untuk dikitar semula dengan jual balik Walaupun dah ada duit yang cukup. Dari situ dah nampak betapa gigihnya dorang untuk mencari duit tanpa mengira pekerjaan apa2x pun.

  2. Anak saya kalau nak cari duit sendiri akan kumpul surat khabar lama. Jadi berebut pula masing-masing bila sampah tu menghasilkan duit. Yang lagi seorang pulak akan kilatkan kasut, sapu sampah dan buang sampah sebelum bagi invois kat saya untuk di bayar he he.

Leave a Comment

CommentLuv badge