Sandal hilang di pagi Raya Aidiladha 2020

Sebetulnya bukan juga musibah. Ala sekadar cubitan manja. Cuma agak terkesan di pagi Raya Aidiladha 2020.

Saya ringkaskan cerita…

Kisah bermula tatkala solat sunat Aidiladha di Masjid India Bandar Kuching.

Foto : FB Iqbar Manan

Ada yang mengelar Masjid Terapung. Tak kisah la itu semua.

Seawal jam tujuh pagi saya sudah turun ke masjid. Niat untuk solat. Tak terfikir pulak niat nak akad nikah hahahaha.

Saya mengenakan sandal baharu beli. Usia cecah dua hari. Harga tidak mahal. Anggaran dalam RM18.++.

Rekabentuk sandal ini memang menarik. Cuma sayang tidak sempat untuk ambil gambar.

Sangat selesa untuk dipakai. Sesuai pulak dengan harga. Berbaloi dan puas hati.

Biarpun pada perkiraan saya tidak juga mahal. Bukan berjenama dan saya pula sudah tidak ingat jenamanya.

Pada pagi tersebut, langsung tidak terlintas dalam hati untuk kehilangan sandal tersebut.

Memang benar kata orang. Malang tidak berbau. Tuah ayam nampak di kaki dan tuah manusia terambil sandal saya huhuhu.

Selepas dibenarkan masuk ke pekarangan masjid, saya teruja.

Rasa tidak sedar dunia. Hanya ingat akhirat..untunglah kalau begitu selalu.

Saya letak sandal pada tempat yang sepatutnya. Rak selipar dan kasut.

Pegawai masjid ambil suhu badan. Nama ditulis dalam buku rekod. Tangan disembur dengan bahan sanitasi. Semua SOP dipatuhi.

Inilah norma baharu semasa Pandemik Covid-19 tengah melanda dunia.

Seusai solat sunat Aidiladha, saya bergegas keluar. Tatkala kaki sudah berada di luar pintu masjid, saya tergamam.

Alamak.

Sandal kesayangan saya sudah tiada ditempatnya. Terdetik dalam hati, alhamdulillah ujian lagi.

Hilang barang kesayangan.

Dengan tenang. Ya, cukup tenang. Saya menarik nafas. Duduk seketika di kerusi yang di beranda masjid.

Fikiran sudah terfikir nak pinjam selipar masjid. Bolehlah untuk alas kaki ke kedai.

Ketika duduk berseorangan sambil buat muka kesian, saya ditegur pegawal masjid.

Saya ceritakan kisah sebenar. Tanpa banyak soal saya dibenarkan meminjam sandal masjid.

Selipar orang yang ditinggalkan. Tapak pula sudah botak. Saya nak ambil gambar pun tidak sampai hati.

Saya hentikan kisah sandal ini.

Apa yang berlaku ada pengajarannya.

Mungkin orang terambil sandal saya kerana suka.

Ia terlalu baharu dan cantik. Kalau beli mungkin dia rasa tak sempat lagi kot. Ada PKPP dan Pandemik Covid-19.

Saya maafkan dia walau apapun niat dia sama ada tersalah ambil atau sengaja ambil.

Semoga Allah gantikan barang yang hilang dengan yang lebih baik. Kereta supersport ke atau wang berjuta. Saya terima dengan penuh reda dan syukur hehehe

Ini pesanan saya akibat peristiwa tersebut.

Pada masa akan datang, pergilah ke masjid dengan sandal yang buruk.

Kalau ada sandal yang cantik dan mahal bawa juga rantai dan mangga. Kuncikan ia sekuat dan setahan yang boleh.

Namun cara yang paling sesuai berkaki ayam ke masjid supaya diri sentiasa ingat betapa pedihnya berjalan di padang Mahsyar.

Barulah solat lebih khusyuk dan rasa insaf akan dosa yang lalu lebih terasa.

Selamat beramal.

Artikel berkaitan

26 thoughts on “Sandal hilang di pagi Raya Aidiladha 2020

    1. perkara sudah berlaku mas..

      saya akui silap kerana terpakai sandal yang cantik untuk masjid..

      walaupun ke masjid selok-eloknya gunakan yang terbaik sebab nak jadi tetamu Allah

  1. haiiii… tempat suci mcm ni pun ada jg nk buat keje tak baik… ke…mmg ada jenis yg pantang tgk selipar baru? kalau si pencuri baca entry ni harap2 dia pulangkanlah…

    1. tak pelah…

      saya dah niatkan untuk sedekah sahaja dan doakan sahaja Allah ganti dengan lebih baik lagi..

      kereta mahal ke atau banglo mewah ke hehehe

      aamiin

  2. Hihihi….”Saya nak ambil gambar pun tidak sampai hati.” Tu yg win.
    Walaupun harganya lebih mahal dari ayam penyek Kedey Kamek Metrocity, tapi Mr Hanafi dpt sesuatu yg lebih berharga, Insya-Allah.
    Anak2 saya dulu bukan saja selipar yang hilang, kasut sekolah pun pernah di surau sekolah. Last2 kami nasihatkan anak2 utk letak kasut dlm beg plastik dan bawa bersama ketika solat.
    Zurainny Ismail recently posted…Registered for the MSLSSL Employment Virtual Conference 2020My Profile

    1. kalau dibuat bandingan harga memang mahal sedikit berbanding harga ayam penyet tersebut..

      namun saya tetap bersyukur kerana hanya sandal yang hilang dan bukannya iman ketika dilanda musibah kecil begini

  3. Kan khatib ada berkata semasa khutbah:
    “Ambillah yang baik dan tinggalkan yang buruk”

  4. Teringat cerita arwah anak remaja saya beli selipar atas talian. harganya sayapun tidak tahu setelah hilang di masjid bbu, JB barulah saya tau harganya RM 100++. Patutlah muka anak saya masam mencuka .. berbulan dia menyimpan duit nak nak beli selipar tu …

  5. semoga sandal yang org tu ambil memberikan pahala buat mr h setiap kali dia membuat kebaikan bila memakai selipar tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge