Satu Gajet Permainan Video Sony PSP.Saya agak klise dengan permainan video.Selagi ia bersifat permainan maka ia memang melekakan.Ada yang tidak solat ataupun tidak tentu makan dan minum.
Malah mengabaikan aktiviti sosial seperti bersama keluarga.Maaflah ye.Tak semua yang sedemikian rupa.
Dalam konteks ini bukan setakat satu gajet video Sony PSP (Portable Sony Playstation) yang melekakan,ada juga gajet seperti telefon pintar atau media sosial yang mempunyai kesannya sama.Pokok pangkalnya ia terpulang kepada individu sendiri.
Saya bukan seorang terlalu anti dengan permainan video seperti PSP.Cumanya tidak berminat untuk melaungkan masa dalam aktiviti begini.Al maklum masa saya cukup banyak telah diperuntukkan bagi penulisan blog dan melayan media sosial.
Baru-baru ini anak lelaki saya telah mendapat hadiah menarik.Ia hasil kejayaannya meraih 5A dalam UPSR 2015.Ambil perhatian.
Bukan saya yang bagi.Ada ahli keluarga yang lain yang bermurah hati untuk menunaikan janji mereka.Agak-agak macam nazar jugalah tu.
Saya pun berfikir seketika.Terfikir perbezaan gajet PSP berbanding telefon pintar yang digunakan untuk main games.Saya langsung tak main games pada masa sekarang.Malah satu games pun saya tidak install dalam handphone.
Dalam pada itu saya terpandang sesuatu yang menarik pada satu gajet pemainan video game PSP.
PSP mempunyai butang yang pelbagai.Jadi ‘feel’ permainan video lebih terasa seronok.
Itu tidak dinafikan kerana PSP direka untuk ‘game’ manakala telefon pintar menjadikan aplikasi game sebagai nilai tambah sahaja.
Sekilas pandang :
Ini adalah artikel paling sukar untuk saya tulis kerana kekurangan idea dan banyak gangguan luar yang mengurangkan tumpuan.
Mungkin kerana saya kurang suka dengan games maka minda macam letih nak memikirkan perkara tersebut.
Lagipun saya sekarang amat sibuk mempelajari teori ilmu Hipnosis sehingga tak sabar rasanya untuk belajar praktikal pula.
Cuma sekali sekala tu ada membuat praktikal ke atas diri sendiri sebagai self hypnosis.
Ok.Berbalik kita tentang kisah satu gajet permainan video PSP tadi.
Agak-agaknya dengan sistem yang ada pada permainan video PSP mungkin ada peminat gajet ini.Saya godek menggunakan Google.
Wah!
Memang ada peminat setia permainan video PSP ini.
Jika ada mari kita kongsikan pandangan dalam ruangan komen dibawah.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa untuk terus membaca >>> Susahnya Cari Njoi Prepaid RM10 Di Kedai
dulu game yang kotak..kotak tu kan… zaman saya.tapi ayah saya tak pernah beli heee..
suri recently posted…3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!
kalau suri rasa teringin..sekarang boleh beli juga tu
Dah terlalu banyak peranti games sekarang nie dan kesemuanya melekakan..
kalau orang yang sedar tu tak pe..
Masa kecik saya mmg kuat main game.. tapi bila dah besar, dah tak boleh main lagi… kepala mudah pening dgn pergerakan pantas pada games..
tapi bro orang yang yang berjaya walaupun kuat main games
tahniah bro..itu yang terbaik..retire main game