Secebis Kisah Sedih Di Pagi Hari Raya Aidiladha 2018

Dengan kesempatan ini admin ingin mengucapkan Hari Raya Aidiladha buat rakan pembaca.Tidak kira dilokasi mana sekalipun atau dipelosok manapun muka bumi yang nan luas ini.

Tahun ini merupakan tahun ketiga admin merayakan Hari Raya Aidiladha berseorangan tanpa insan tersayang dan keluarga tercinta.

Tahun lepas admin kelu dan sendu mengenangkan nasib badan.

Abaikan muka tak hensem

Dua tahun lepas pun sama.Keberuntungan belum berpihak kepada admin.

Atas sebab-sebab yang sukar dielakkan admin terpaksa menerima hakikat tersebut.

Mungkin ini dinamakan pengorbanan.

Admin belum mampu menyediakan ongkos untuk daging korban.

Namun admin mampu ‘menyembelih’ perasaan sedih,hiba dan tersisih supaya kekal tabah dan bersabar selalu.

Syukur alhamdulilah pada tahun 2018 admin berjaya mengubah tradisi.

Admin merayakan pagi Aidiladha bersama-sama warga kota di kompleks membeli belah.

Tetapi sebelum itu…

Solat sunat Aidiladha

Masjid Bahagian Kuching
solat kat Masjid Bahagian Kuching jelah

Pada pagi raya  yang redup, admin mengambil keputusan untuk solat Aidiladha di Masjid Bahagian Kuching.

WAJIB BACA :   Rungutan pemandu Grab yang menyentuh hati

Setibanya di masjid agak terkejut.Ada sekumpulan anak muda yang mengambil inisiatif menyusun selipar.

Mereka ambil tag nombor sebagaimana kita menyimpan barang sebelum masuk kedai.

Admin rasa kurang senang.Namun admin husnozun bahawa mereka membantu para jemaah untuk menjaga selipar atau kasut.

Rupa-rupanya dikenakan bayaran sebanyak RM2.Agak mahal juga bayaran ‘parking’ untuk selepar buruk admin.

Fikir logik macam tak patut dikenakan bayaran semata-mata nak susun selipar dan menjaga agar tidak hilang.

Setelah difikir secara emosi, admin redha.

Itu cara mereka mencari rezeki untuk menampung kos hidup yang semakin menggugat iman sekarang ini.

Cuma risau juga sekiranya mengambil air wuduk di masjid dikenakan bayaran suatu hari nanti.

WAJIB BACA :   Pengalaman Perit Menahan Perut Lapar

Sedekah tabung masjid lain cerita la.

Kalau boleh jangan berlaku kerana di masjid sepatutnya tiada urusan jual beli sebegitu.

Selepas solat sunat Aidiladha 2018

Seusai solat sunat Aidiladha admin mencari kedai makan.

Punyalah azab.Namun azab kubur dan azab Padang Mahsyar mohon dijauhkan sama sekali.

Satu kedai pun tidak beroperasi kerana Hari Raya Aidiladha.

Admin senyum sendirian.

Tak akan la nak balik bilik sewa.

Sebab kat bilik sewa tiada siapa yang sudi menyediakan juadah hari raya sebagaimana orang lain yang ada keluarga bahagia.

Sedihkan kalau hidup bersendirian lama-lama.

Nasib baik ada kedai 7E yang buka.Dapatlah juga merasa air kotak dan kacang bungkus sebagai juadah pengalas perut di pagi Raya yang indah.

Minum Yogurt susu pagi hari

Perjalanan ke Vivacity

Selang beberapa lama selepas itu admin menempah Grab ke Vivacity.

Cuci mata dan kayo-kayo sebagai pengubat kesunyian di pagi raya.

WAJIB BACA :   Tatkala Cinta Itu Datang Bertamu [ edisi kemas kini ]

Emosi tersentuh melihat insan sekeliling yang ceria dan gembira dengan keluarga masing-masing.

Betapa nikmatnya ada institusi keluarga bahagia dan harmoni.

Demi menyantuni diri sendiri, admin makan tengahari di restoran segera dengan menu burger ikan dan air mineral.

Setelah perut dialas, admin sempat menyoping (bukan mengemop).

Inilah terapi minda dan emosi dikata empunya diri kesunyian di pagi raya yang mulia.

Alang-alang sudah berada di Vivacity admin turut menyambar kasut getah yang ada potongan 70 peratus.

Kasut murah
Kasut murah !

Boleh juga sebagai kenangan terindah berhari raya Aidiladha di Vivacity.

Malah akan digunakan untuk aktiviti jogging serta jalan-jalan pada masa yang datang.

Penutup

Sudah tiga tahun admin beraya Aidiladha berseorangan.Tanpa keluarga dan tanpa teman.

Tahun 2018 lebih terasa peritnya kerana berada dalam konflik perasaan dan krisis emosi yang belum ada penyelesaiannya.

In shaa Allah dengan izinNya admin akan tidak akan berseorangan lagi pada masa hadapan.

Doakan sama-sama.

Aamiin

Comments 46

Leave a Reply to Ibu Mifzal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge