Dahsyatnya sedekah waktu subuh yang wajib diyakini

Ramai sedia maklum sedekah waktu subuh mempunyai kebaikan luarbiasa dan kesan ajaib dalam kehidupan ini.Kebaikan pasti mengembirakan.

Kesan akan dirasai dalam masa terdekat atau jangka panjang.Semuanya dalam pengetahuan Allah.

Dalam artikel ini saya berkongsi cerita tentang bersedekah waktu pagi.Secara mudahnya sedekah subuh.

Kita hadami maksud hadis sahih ini.

Abu Hurairah r.a. menyebut bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” – Sahih Bukhari dan Muslim.


Sedekah waktu subuh

sedekah waktu subuh

 

WAJIB BACA :   Hadiah menarik menanti anda semua

Saya malu juga nak ceritakan pengalaman bersedekah waktu subuh ini.Namun dengan niat untuk inspirasi dan tauladan yang positif, saya rendahkan hati untuk hebahkan juga.

Saya mula bersedekah Subuh dari dulu lagi.Nilai yang masukkan dalam tabung masjid tidaklah banyak.

Ketika belum berduit saya selalu masukkan syiling sahaja.Kadang-kadang ditengah keheningan subuh, bunyi gemercing duit syiling yang masuk ke dalam tabung masjid begitu syahdu sekali.Maksudnya saya malu dengan diri sendiri kerana hanya mampu bersedekah duit syiling.

Alhamdulillah saya lakukan secara konsisten dan kini syiling sudah bertukar wang kertas pula.Mudah-mudahan pada masa akan datang masa saya masukkan cek pula dalam tabung masjid.

Ini kesan sedekah buat saya.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Alhamdulillah saya perolehi hati yang tenang dan lapang.Malah sudah menjadi tabiat untuk terus bersedekah.Bukan setakat waktu subuh malah waktu biasa juga saya berbuat demikian.

Kaedah bersedekah waktu subuh yang betul ialah memasukkan duit sedekah ke dalam tabung selepas masuk waktu.Jika di masjid sebaik sahaja habis azan berkumandang.Kaedah ini khas golongan kaki masjid yang mampu berjemaah.

Golongan wanita pula boleh sediakan tabung khas untuk bersedekah.Masukkan duit ke dalam tabung sebelum menunaikan solat Subuh.Latih diri untuk melakukan setiap hari,Kumpul selama seminggu atau sebulan.Duit tersebut kemudiannya boleh diserahkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan.

sedekah waktu subuh

Rumusnya mudah.Simpan untuk sedekah.Cukup masa maka serahkan untuk disedekah.Itu sahaja.

Jika belum mampu bersedekah duit cuba bersedekah senyuman kepada insan-insan di sekeliling kita.

WAJIB BACA :   Percubaan guna Mesotropin hydro whey protein

Selamat mencuba dan beramal.

Jom share untuk manfaat bersama.Jika rasa belum yakin amalan sedekah ini jom layan Youtube ini pulak.

https://www.youtube.com/watch?v=8J0yWW9T4yI

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge