Selamat Hari Gawai Dayak 2017 Dan Alkisahnya

Selamat Hari Gawai Dayak 2017  Dan Alkisahnya…Setiap tahun pada 1 Jun adalah hari besar atau cuti umum di Sarawak.Kaum Dayak yang terdiri dari orang Iban dan orang Bidayuh akan meraikan hari tersebut.

Gawai Dayak

Kredit :Group Whatsapp

Saya ada alkisahnya dengan Hari Gawai Dayak.Maklum sahaja orang Sarawak.Kami bersatu padu dan hidup harmoni dalam pelbagai kaum di bumi kenyalang yang nan indah ini.

Hari Gawai menurut Wikipedia  :

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat.

Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.

Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial.

Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964 apabila Hari Gawai diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri yang pertama adalah pada 1 Jun 1965. Sebelum itu, hari cuti umum ini dipanggil Hari Sarawak oleh pemerintahan Rajah Brooke.

Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak.

Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.

WAJIB BACA :   Pendapatan Pasif : Jadikan Aku Yang Kedua

Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.

Imbas kembali tahun 2000

Saya masih bujang ketika itu.Kawan saya pun sama.Dua-dua belum disentuh awek.(dalam hati ye ke tu)

Beberapa hari sebelum Hari Gawai,kawan saya ajak untuk meraikan perayaan tersebut dirumah panjang.Kawan saya merupakan seorang Bidayuh Serian yang berasal dari Kampung Tebakang.

Buat makluman semua,Kampung Tebakang tidak jauh dengan Tebedu iaitu sempadan Sarawak dengan Kalimantan.Di sempadan Tebedu ada pasar berjual barang oleh penduduk Indonesia.

“Hanafi, mahu tak celebrate Gawai dengan saya.Kita bermalam di rumah dan habis keramaian kita balik la” Kawan saya yang bernama Ambrose  mengusul cadangan.

Kawan saya ini antara kawan rapat sehingga saya dah anggap macam adik beradik.Kami sekepala dan kamceng dalam banyak perkara.

“Entah la.Berat juga hati saya nak terima pelawaan kamu nie.Saya tak biasa la nak tidur rumah orang dan tak nak susah kamu sekeluarga” Saya bagi alasan untuk menolak pelawaan tersebut.

Please la Hanafi.Sekali ini sahaja dan anggap ia pertama dan terakhir dalam hidup kamu” Ambrose terus memujuk saya.

Ternyata saya jenis susah dipujuk rayu.Saya tolak dengan baik dan beri alasan untuk pergi pada masa akan datang.

Itulah kali pertama dan kali terakhir saya diajak oleh kawan untuk sambut Hari Gawai.Saya ada alasan untuk menolak atas sebab faktor makanan yang kurang mengizinkan.

Lainlah kalau rumah terbuka.Ini menyertai majlis keramaian yang pastinya mereka minum air tuak (sejenis arak tempatan) dan pesta makan-makan yang pastinya tidak halal.Mereka tak salah.Yang kurang elok kalau kita pergi begitu sahaja tanpa menjamah makanan.

WAJIB BACA :   Mengapa Saya Peluk Agama Islam ?

Masa terus berlalu.Saya mendapat jodoh dan tarikh pernikahan saya juga jatuh pada 1 Jun tahun 2002.Pada hari Gawai inilah tarikh ulangtahun perkahwinan saya dan isteri.Kini sudah menjangkau 15 tahun.

Tahniah Tuan Hanafi dan Puan Hajijah

Semoga saya dan pembaca dilimpahi rezeki yang berkat dan halal.Rezeki tersebut sebaiknya duit yang melimpah ruah dan tidak putus-putus hingga ke akhir hayat.Aamiin.

Kisah kawan saya

Kawan saya yang bernama Ambrose akhirnya masuk Isam.Nama barunya Amirul.Namun begitu kawan saya telah mengadap Illahi terlebih dahulu.Arwah meninggalkan isteri dan dua orang anak.

Jangan lupa baca kisah saya peluk Islam >> SINI

Sebelum arwah meninggal dunia, sempat juga berjumpa saya buat kali terakhir untuk meminta maaf.Alhamdullilah ketika itu saya memaafkan dan memohon maaf juga bagi pihak saya.Arwah mengadu kepada saya bahawa dia mengalami gejala jantung berlubang.

Arwah diberi pencen ilat oleh SOCSO dan tidak bekerja selama beberapa tahun sebelum arwah menemui ajalnya.

Ternyata kenangan bersama arwah sukar untuk dilupakan dan setiap kali saya teringat arwah saya akan sedekah Al Fatihah.

Kisah sedih begini tidak patut saya ceritakan masa hari Gawai.Namun peristiwa saya menolak pelawaan arwah dulu untuk menyambut Hari Gawai menyebabkan saya terkilan dan terkedu.

Setiap kali tibanya Hari Gawai maka akan terkenanglah memori dengan arwah.Meskipun hari bahagia saya bersamaan dengan Hari Gawai Dayak namun orang yang dah ‘tiada’ perlu dikenang juga.

Alangkah bagus sebelum kita ‘tiada’ hibahkan duit dengan #perundingBest

Kembali ke realiti sekarang

Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Gawai  Gayu Guru Gerai Nyamai kepada kawan-kawan yang berbangsa Dayak.Semoga anda semua seronok,gembira dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.

Sebelum itu.

Saya nak ucapkan juga selamat Hari Gawai Dayak istimewa buat Secret Admire saya yang dulu-dulu.Sehingga sekarang saya teringin nak jumpa dia kerana kata-katanya,

WAJIB BACA :   3 Idea Kerja Dari Rumah Menurut Zamri Nanyan

“walau berapa lama pun kita tidak jumpa Pie,saya akan tetap seperti dulu.Awak pula akan menjadi terkenal dan mempunyai nama yang besar”.

Saya bagaikan terpaku dengan pengakuannya.Pada masa itu siapalah saya kalau bukan seorang budak yang hensem dan cute di sekolah.

Kami membawa haluan sendiri dan berpisah mencari arah kehidupan masing-masing.Hanya kenangan silam yang berbekas dalam perasaan tatkala ini.

Maaf ini bukan kisah cinta Hari Gawai.Ini adalah rentetan keyakinan dalam harapan masa hadapan.Dia yakin pada nilai kejayaan dan nilai itulah yang tetap membangkitkan rasa yakin saya untuk berjaya dalam kerjaya sekarang ini.

Saya nak jumpa dia untuk melihat sejauh mana dia berubah dan saya yakin dia juga berubah kerana usia,persekitaran  dan falsafah hidup.

Namun satu perkara yang pastinya dia tidak boleh ubah ialah keadaan masa silam.Dia akan ingat dan saya juga akan ingat.In shaa Allah,kami  saling mengingati nostalgia tersebut.

Wow..lain macam sahaja.

Maaf bukan perasaan saya pertahankan tetapi keyakinan yang terus diuji dengan masa.Tanpa disedari masa sudahpun melewati 21 tahun.

Tempoh 21 tahun bukan masa yang singkat.Ramai juga yang dah ‘kembali’ dan entah-entah dia pun dah ‘kembali’.

Kalau boleh jangan dia pergi dulu sebelum kami nak berjumpa buat kali terakhir untuk menyatakan bahawa hidup ini adalah satu takdir diluar pengetahuan kita.

Siapa tahu dimana dia berada, tolong hubungi saya di sini.Saya setia menanti dia sampai bila-bila.

“Opp.Jangan salah anggap pulak dah”.Awal-awal akal saya mengingatkan pembaca semua.

Setiap kejadian ada hikmahnya.Setiap kejayaan ada cerita kegagalannya dan setiap perjalanan pasti ada destinasinya.

Kini saya terus melangkah ke hadapan dengan berbekalkan cerita-cerita hebat seperti   >>> Kisah Ali Jana Duit Online

Comments 10

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge