Selamat Hari Guru 2017

Selamat Hari Guru 2017 ..Mrhanafi bukan guru sekolah.Namun mrhanafi ada anak yang bersekolah dan sudah pasti ada guru yang mengajar mereka.Mungkin guru kelas,guru pendidikan Islam dan sebagainya.

guru takaful

Setiap tahun yang jatuhnya pada 16 Mei adalah hari yang bertuah tuah baut guru.Yang pasti tidak pernah tinggal dalam diari aktiviti sekolah ialah Hari Guru.Semasa Hari Guru tiada cuti umum.Jadi guru bekerja macam biasa dan pelajar pula melakukan aktiviti bebas.

Semasa Hari Guru mrhanafi selalu terusik jiwa.Pelbagai memori menyelinap dalam minda.Banyak kenangan manis dan tak kurang juga kenangan pahit bagaikan hempedu.

Mrhanafi tak sekolah tinggi.Sekolah rendah ada tiga tingkat dan sekolah menengah pun tiga tingkat.Jika dicampur dan ditolak maka mrhanafi hanya bersekolah sehingga tingkatan enam sahaja.

Ramai rakan sekelas mrhanafi sama ada sewaktu tingkatan lima dan tingkatan enam memilih kerjaya guru.Rakan-rakan mrhanafi juga membuat sangkaan mrhanafi memilih guru sebagai profesion.

Sebabnya.

Mrhanafi antara pelajar sekolah yang aktif bercakap.Apa-apa kegiatan kebahasaan seperti pidato,bahas,forum dan pantun memang mrhanafi sapu habis.Peringkat sekolah memang juara.Namun ketika berada diperingkat bahagian dah tersangkut.Dah tak boleh pergi jauh.

Mrhanafi tidak memilih guru sebagai kerjaya.Mrhanafi sudah menganggap ianya bukan rezeki.Mrhanafi faham untuk menjadi guru perlu ada niat dan cara pemikiran untuk mendidik anak bangsa supaya berguna kepada negara.

Masa terus berlalu.Mrhanafi memilih untuk kerja kuli-kuli sahaja.Lama tempohnya.Kira-kira 20 tahun menjadi orang yang bekerja makan gaji.Kalau gaji besar tak pelah cuma duit yang diterima tak sampai 5 angka.

Kini mrhanafi memilih kerjaya yang seakan-akan guru juga.Mrhanafi perlu mendidik masyarakat agar ada kesedaran dengan takaful.Melalui perlindungan takaful kita berasa tenang fikiran sekiranya berlalu perkara yang tidak disukai ramai seperti kematian atau lumpuh.

Jika kita tidak terkena musibah maka kita ada saham untuk membantu para peserta lain dengan sistem Tabbaru.Rugikah kita membantu insan lain dengan sedekah atau derma.Pastinya tidak rugi.Malah rezeki kita akan menjadi lebih mudah dan murah.

[Nota penutup]

Biarpun mrhanafi bukan guru di sekolah namun jiwa mendidik tetap ada.Mrhanafi ada kerjaya yang bukan guru namun objektif adalah sama yakni memberi manfaat kepada bangsa dan negara.Sesuai juga tema hari guru 2017 iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.

Jom layan lagu kesukaan mrhanafi sejak dari zaman sekolah hinggalah zaman anak dah ada di sekolah.

kredit : Yoube.com

Akhir kata selamat hari Guru 2017 kepada semua guru seluruh Malaysia termasuk kawan-kawan sekolah  mrhanafi yang kini sudah manjadi guru.

(Visited 164 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Selamat Hari Guru 2017”

  1. guru, adalah jendela pendidikan, ketika jendela itu tertutup maka, cahaya ilmu tidak akan bisa memberi sinar pada ruangan tersebut, tetapi jika cendela tersebut dibuka maka akan terang cahaya didalam ruangan, guru pokoknya is the best.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge