Selesai Ujian Kelayakan MRSM Anak [edisi kemas kini]

Alhamdullillah hati mrhanafi lega apabila anak selesai Ujian Kelayakan MRSM.  Ujian tersebut untuk kemasukan Tingkatan 1 pada tahun 2016.

Jelas terpancar juga kepuasan pada wajah anak mrhanafi kerana berjaya menduduki ujian tersebut.

Sambil berseloroh mrhanafi cuba menanyakan peluang kejayaan dalam ujian tersebut. Anak mrhanafi membuat analisis awal bahawa dia boleh dapat peluang 70 peratus .

Katanya ujian berkomputer  mudah dan boleh dijawab sebaik yang mungkin.

Cuma sesi temuduga secara perseorangan dia agak gementar. Maklum sahaja dengan umur 12 tahun tentunya terlalu baru untuk sesi temuduga sedemikian.

Dalam ujian kelayakan MRSM ini ada 4 sesi sebenarnya.

Ujian Kelayakan MRSM

takwim sekolah 2018

Anak mrhanafi menduduki sesi pertama kerana kami berdua datang awal. Sehari sebelum itu sudah membuat persediaan dokumen dan salinan seperti berikut:

WAJIB BACA :   Fikiran Kosong Dek Layan Perasaan

1.Salinan kad pengenalan anak dan ibubapa

2.Salinan slip gaji ibubapa

3.Salinan keputusan UPSR 2015

4.Salinan surat berhenti sekolah

5.Salinan surat tawaran

Apabila semua sudah selesai bawa sahaja ke pusat ujian kelayakan MRSM yang diingini.

Pada masa tersebut mrhanafi dan anak memilih untuk ujian kelayakan di MRSM Kuching.

Terima kasih banyak kepada kakitangan yang bertugas di MRSM Kuching.

Mereka menjalankan tugas dengan terbaik dan melayani keperluan kami sebagai ibubapa dengan thumb up.

Bersyukur organisasi MARA kerana mempunyai barisan tenaga kerja sebegitu.

Ini pula cerita sebelum ujian kelayakan MRSM.

Mrhanafi dan anak sempat singgah untuk sarapan pagi di Bandar Baru Semariang, Kuching.

WAJIB BACA :   Kisah Cinta Berprofil Tinggi Penuh Misteri

Perkena dulu mee jawa dan teh tarik.Anak pekena mee kolok dan ia memang kesukaan dia yang sukar dinafikan.

pekena mee jawa

Jangan tanya rasa mee jawa tersebut. Memang rasa mee jawa la jawabnya.

Lidah mrhanafi susah nak akui kesedapannya. Sekadar boleh dimakan untuk mengenyangkan dah kira ok.

Lagipun makan untuk sarapan pagi sangat penting kepada konsep kenyang berbanding konsep nyaman.

Peluang anak mrhanafi untuk masuk MRSM memang cerah jika dilihat dari segi kecemerlangan dapat 5A dalam UPSR. Kelayakan asas dengan dapat 3A dan 2B sudah memadai.

Selain itu kemampuan pendapatan ibubapa akan diambil kira.

Mrhanafi bekerja sebagai CEO Cully memang berada bawah kemiskinan di bandar.

WAJIB BACA :   Kenangan Terindah Ke MRSM Betong

Isteri mrhanafi pula penjawat awam dalam kategori kakitangan rendah. Pendapatan kami berdua jika ditambah pun masih layak untuk menerima BR1M.

Namun begitu jangan pula nak menagih simpati dengan nasib badan. Apa yang penting anak-anak mrhanafi berjaya mendapat peluang pendidikan terbaik agar boleh bersaing secara global setelah dewasa nanti.

Aamiin.

  • Kemas kini 17/6/23

Comments 20

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge