Apa jua kerjaya dalam dunia ini pasti ada cabaran. Jika tiada cabaran bagaikan bulan tanpa bintang. Memang termaktub dalam hukum alam.
Pasangan kepada cabaran itu sendiri ialah kejayaan. Jadi apa pula cabaran seorang penulis blog?
Tak lain dan tak bukan. Cabaran itu ialah idea menulis blog. Malahan sehingga ke hari ini pun mrhanafi masih menghadapi situasi yang sama.
Sebab menulis blog perlukan idea dan informasi untuk digabung jalin supaya mendapat penulisan yang hebat serta menarik.
Blog yang ada niche pelbagai memang mencabar untuk ditulis, Biarpun ada idea namun tidak semua idea tersebut boleh ditulis sesuka hati, Jika tersilap pilih akan ada sindrom pelik binti ajaib atau hairan bin muskil.
Cabaran blogger seterusnya ialah pengurusan masa. Bukan blogger pun ada hadapi cabaran ini. Tentunya sebagai blogger lebih mencabar.
Blogger adalah kerjaya sendiri yang tidak ada bos kecuali diri sendiri.Terpulang kepada diri sendiri untuk serius atau tidak dengan pengurusan masa.Tak hairanlah kalau alasan tiada masa.Sibuk dengan kerja atau keluarga serta sebagainya.
Seorang Penulis Blog
Kalau boleh banyak lagi alasan untuk diberikan.
Selain itu blogger tetap menjadikan mood sebagai modal menulis.
Mood akan bertambah baik sekiranya ada perolehan pendapatan.Ia memang sukar dinafikan oleh blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan kedua.
Lagi banyak pendapatan maka lagi tinggi mood menulis blog.
Sebab itu ada blogger (tidak semua) tidak aktif lagi menulis setelah tiada pendapatan dari blog. Nampakkan ada cabaran kat situ. Logiknya menulis blog menggunakan masa.
Pengunaan masa yang banyak tetapi tidak menghasillan sesuatu berbentuk duit boleh juga dikatakan membazir.
Mrhanafi tidak menganggap cabaran ini sebagai bebanan. Cabaran ini seperti suplimen minda.
Ada cabaran lagi baik. Ada peluang untuk terus belajar,berfikir dan berikthiar untuk menjadi semakin baik setiap hari.
- Kemas kini 5/1/23
Tulah… Bukan senang nak bagi sepenuh komitmen untuk menjadi seorang penulis blog kan?
Anuar recently posted…Giveaway Carian Homestay Malaysia
sekarang saya baru tahu dan sedar tuan..
cabaran utama saya adalah masa… tulis pun kadang-kadang main sedap jari jer taip….hehehe.
biasa dan lumrah kita semua yang diberi masa 24 sehari
susah sangat bila mood update blog datang, tapi takde idea
nikkhazami recently posted…Kupon Diskaun 20% Lazada Mei 2016
kalau macam tu..tulis tentang mood jak la..
hidup mesti ada cabaran, kalau tak jadi bosan 😉
siti hazreen recently posted…Lelaki Gay: Berbaloikah Diberi Peluang Kedua, Ketiga dan Seterusnya?
cabaran mesti dilihat dari sudut positif kan ..
Saya setuju dengan kesemuanya. Cuma bila tak update blog tu bukanlah tak ada pendapatan tapi ada juga kesibukan menguruskan pendapatan yang datang . It can be both he he.
bestnya kalau macam tu…lagi banyak pendapatan maka lagi kurang update blog..
Cabaran saya seterusnya adalah disiplin , bagaimana saya nak disiplin diri akur pada jadual masa yang saya bahagikan.
perlu ada terapi minda bersama saya dulu tu tuan..kosnya cuma RM80 untuk 3 sessi pertama..he..he..gurau je la
semakin banyak cabaran kita semakin banyak pengalaman.
ya..betul tu..jom lah datang cabaran he..he..he..
Cabaran2 inilah yg buat blogger yg benar2 minat dapat terus berblogging walaupun ada masa2 terkekang juga. Tp berblogging tetap di hati … semoga tuan terus sukses… aamiin… 🙂
Khir Khalid recently posted…Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan
minat yang mendalam menyebabkan blogger sanggup berhabis duit dan masa untuk blogging…macam saya tuan perlu jaga 3 domain yng berbayar setiap tahun..
terima kasih kerana sudi mendoakan kejayaan untuk saya tuan.
jika dah minat..tak dapat duit pun tak kisah..
cabaran nak luang masa menaip entri..memang betul2 mencabar..idea banyak tapi tuan blog malas..hehe
malas akan terhilang apabila income termasyhuk dengan banyak.
buangkan sifat malas tu dengan tulis blog dengan santai je..
byk cabaran jd blogger ni..
klu dpt income mmg mood menulis terbaik..
he..he..he..tau tak pe..
ya..itu memang betul tuan
hehee betul tu.. idea untuk menulis tu satu cabaran.
Kalau tulis sambil lewa khuatir tak dapat nak sampaikan maksud dengan lebih baik dan tepat.
Teruskan menulis dan semoga terus sukses
Padin recently posted…Sambutan Hari Guru
terima kasih tuan..semoga kita sama-sama berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.
cabaran blogger ni: cari masa tulis artikel dan gambar. gambar paling susah buat saya sebab saya bukan kaki ambil gambar
Raihanah Ahmad recently posted…Pengalaman Saringan Kesihatan di Pathlab
ambik gambar dari google dan letak credit pun ok juga
Memang cabaran betul, tengah kering idea juga ni
Noriza Rahman recently posted…Tiada Lagi Parut Keloid yang Mengerikan!
kalau kering idea..kira siram dengan banyak membaca.