Seronok Tak Kalau Hidup Bujang ?

Andai kata diberi pilihan untuk hidup bujang atau berkahwin pasti ramai akan memilih untuk hidup berkahwin.Tak kira mereka yang masih hidup bujang atau untuk mereka sudah berkahwin.

Cumanya mereka sudah berkahwin akan berniat untuk menambah cawangan yang sedia ada.Sekadar niat dapat pahala juga tu.

Dalam artikel ini admin ingin berkongsi pendapat peribadi.Namun belum tentu betul pada pendapat orang lain.

Bujang atau single menurut bahasa orang sekarang ialah belum berpunya.Senang kata belum ada jodoh,rezeki dan sewaktu dengannya.

Ada juga yang sudah berumahtangga namun jodoh tidak kekal lama.Ironinya mereka kembali menjadi single baik untuk golongan lelaki atau wanita.Gelaran yang sinonim adalah janda muda berhias atau duda terlajak laris.

Baiklah.

Hidup single itu best  dan tidak best.Ada pro dan kontra.

Bestnya hidup bujang  bila…

intographics / Pixabay

1.Peluang untuk memilih pasangan yang terbaik masih terbuka luas.

WAJIB BACA :   Pickup line: Orang lama versus orang muda

Orang bujang boleh melaram.Boleh berdandan secantik yang boleh.Objektifnya untuk menarik perhatian bakal pasangan yang berkenan dihati.Pilih yang terbaik akan dapat terbaik.Sudah semestinya berbaloi dengan usaha yang kita kerahkan.Jika memilih kerana terdesak takut nanti, pilihan membawa penyesalan sepanjang hayat.Pada masa itu cakap pun tarak guna lagi.

2.Pembuat keputusan hampir 100 peratus

Cakap la apa sahaja.Nak beli apa sahaja.Tiada sesiapa yang boleh larang kecuali kemampuan kewangan atau sekatan hukum halal haram.Paling tidakpun batasan undang-undang negara.Hidup single keputusan ditangan sendiri tanpa terbatas dengan pandangan pasangan.Itulah yang bestnya.

3.Bergeraklah sebebas mana yang boleh

Sebagai orang single tiada langsung orang akan kisah kita nak pergi mana destinasi yang kita suka.Cuma jangan pergi ketempat yang boleh menggangu iman.Selain dari itu pergilah sejauh mana yang kita mahu.Malah tak balik-balik pun tiada orang akan cari.Kebebasan itu milik orang single dan pasti dicemburi orang yang sudah berkahwin.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Tak best hidup bujang bila…

Takmeomeo / Pixabay

1.Tiada teman tidur malam

Disaat orang berkahwin tengah ‘sedap‘ memeluk pasangan masing-masing orang single akan kesejukan sampai pagi.Nak peluk pun sekadar bantal yang tiada langsung ‘tranfer perasaan’ kepada empunya diri.Kehidupan begini  agak rugi dan apa boleh buat kepada insan yang terpaksa menghadapinya

2.Perasaan sunyi sepi adalah teman

Sunyi dan sepi adalah dua ungkapan yang hanya empunya hati akan tahu.Jika nak tahu juga cuba pergi pulau yang tiada berpenghuni seorang diri.Mungkin juga mencuba ekspedisi solo ke hutan belantara.Pada masa itu terungkap  perasaan sunyi kepada orang yang masih single.Lebih-lebih untuk mereka yang tinggal di bilik sewa murah

3.Tiada kenangan terindah menikmati makanan sedap 

Bagi insan pelahap memang tidak kisah pun nak makan berteman atau seorang diri.Bagi mereka peduli apa dengan orang, yang penting tengkorok mereka diisi sepuas hati.Namun bagi insan prihatin tentunya makan berdua atau bersama keluarga adalah saat yang sangat berharga.Tiada nilai jika diukur dengan kasih sayang walaupun ada yang sinis menyatakan kasih sayang mana boleh dimakan,diratah dan dikunyah.

WAJIB BACA :   Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [siri 4]

Kesimpulan

Bagi yang masih hidup bujang jangan berputus asa untuk terus mencari pasangan.Luaskan pergaulan kerana dalam ramai kenalan itu akan ada jodoh untuk admin.

Eh silap la pulak..

Untuk anda sebagai pembaca, jom menjemput jodoh dalam portal Baituljannah

Sekiranya pembaca sudah berpunya atau dalam ikatan perkahwinan, hargailah pasangan masing-masing.Mereka adalah peneman suka dan duka.Mereka sanggup susah dan senang  bersama.

Realitinya ada juga “abang senang kena sayang,abang susah kena tendang” tetapi jarang-jarang ada.

Hidup terlalu indah untuk dinikmati baik masa bujang atau sudah berpunya.Bersyukurlah dengan apa yang ada dan pasti nikmat itu berganda-ganda.

Comments 31

Leave a Reply to Ikhwan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge