Seronoknya Panggilan Pertama Guna Bestmobile

Seronoknya Panggilan Pertama Guna Bestmobile…Saya cukup teruja membuat panggilan pertama menggunakan talian telco saya yang terbaharu.Memang best sangat.Kebetulan pula orang yang sudi angkat panggilan telefon tersebut insan hebat.Orangnya jauh di utara iaitu di Perlis dan panggilan dibuat dari Sarawak.Tak terkata saya pada mula-mulanya.

kad sim terbaik

Atas kesudianya yang memberi respon panggilan pertama saya maka saya berbesar hati untuk memaklumkan siapa orang tersebut.Saya juga nak mengucapkan terima kasih.Bayangkan pada ketika itu jam dah 1 pagi.Nasib baik orangnya belum tidur.

Beliau ialah Tuan Ahmad Zu Mal.Seorang blogger yang tak asing lagi bagi di dunia blogspot Malaysia.Kini menjadi Brand Partner Bestmobile di negeri utara,Perlis Indera Kayangan.Setahu saya Perlis popular dengan buah mangga Harum Manis.Tak sangka dengan Bestmobile saya boleh dihubungkan dengan seseorang yang berada jauh.

‘Sumber gambar dari FB Ahmad Zu Mal’

Saya pernah ke Perlis suatu ketika dahulu sekitar tahun 2005.Itu kalau tak silap ingat.Pada masa itu saya dan keluarga melawat saudara sebelah isteri yang berada di Sungai Petani,Kedah.Alang-alang dah ke sana singgah ke Perlis dan Padang Besar.

Maaf la ye.Pada ketika itu saya belum kenal lagi Tuan Ahmad Zu Mal.Saya pun masih muda lagi.Kata orang mudalah sangat.he..he..

Baiklah entri yang merapu begini saya tak nak tulis panjang-panjang.Cukup sekadar nak bagitau untuk mereka yang berminat untuk menyertai Bestmobile bersama Tuan Ahmad Zu Mal bolehlah mendaftar secara online di >>>>>[ SINI.]

Beliau boleh juga dihubungi dengan Facebook.Cuma saya tak berani dedahkah no.handphone beliau sebab belum minta kebenaran beliau.Mana boleh kan bagitau no handphone orang senang-senang begitu.Kira nak kasi keselamatan juga buat sahabat saya nie.

Rasa-rasanya itu sahaja perkembangan kali ini.Apa yang pasti buat perkara yang pertama ini memang best.Macam malam pertama.Cewah!

Sekali lagi saya nak buat ingatan mesra kepada mereka yang belum lagi mendaftar sebagai Brand Partner Bestmobile jomlah bersama Tuan Ahmad Zu Mal di >>>>>SITOK

(Visited 10 times, 1 visits today)

13 thoughts on “Seronoknya Panggilan Pertama Guna Bestmobile

    • kelajuan internet guna handphone belum saya test buat masa sekarang kerana smartphone dah hilang baru-baru ini..tunggu sedikit masa untuk beli yang baru..

      tapi kalau call..steady je..line clear

    • setakat ini memang puas hati..memang betul jimat la..saya dah kontek ramai orang baki panggilan masih banyak la..cuma rasai macama mana reload pulak ..

Leave a Comment

CommentLuv badge