blogger Suria

Srikandi Blogger Selayaknya Buat Suria Lekatlekit

Srikandi Blogger Selayaknya Buat Suria Lekatlekit..Srikandi adalah pejuang.Watak wirawati yang berjuang membela diri untuk mendapat keadilan seandainya teraniaya.Itulah gambaran awal pembuka bicara untuk artikel ini.[ bersastera la pulak]

Saya sedang mengikuti perkembangan rakan blogger saya iaitu Blogger Suria,penulis blog Lekat Lekit Dot Com.

Blogger Suria

Beliau kini menghadapi ujian gentir dalam kehidupan.Ujian yang cukup dahsyat dan berat untuk dilalui oleh wanita.Lebih tepat lagi seorang surirumah yang hanya bekerjaya sebagai blogger.

Cerita selanjut kita baca dari nota dalam Facebook rasminya.Saya tidak menokok tambah dan melakukan ini semua demi deria rasa saya sebagai manusia yang tidak sanggup melihat insan lain dalam kesusahan.Berjuang dan bergelut keseorangan.

Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya dan saya sekali lagi berpesan kepada Blogger Suria supaya kekalkan bacaan istighfar sebanyak mana yang mampu.

Ingatlah kita tiada daya dan kekuatan melainkan izin Allah SWT.

“La haula wala quwata illa Billah”

SAYA TIDAK MEMFITNAH

Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 dalam friendlist saya dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara ‘OutSpoken’ saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada ‘fair comment’ namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap rasa saya berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak.

Saya harap post ini dapat di panjangan (like/share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usahasaya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Sumber : Suria Lekatlekit

Kesimpulan

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Saya faham dan saya tahu bahawa undang undang dunia sangat perit. Yang berduit berkuasa dan yang kurang berduit akan merana.

Paksi duit itu menyebabkan ramai manusia hilang nilai kemanusiaan.Mereka sanggup menempa bahagia di atas derita orang lain.

Sungguhpun demikian orang yang teraniaya mempunyai keistimewaan yang tiada tolok bandingnya iaitu doa mereka tidak terhijab.

Doa mereka boleh menjatuhkan kemuliaan seseorang atau menaikkan martabat seorang dengan izinNya.

Semoga Allah SWT berpihak kepada mereka yang benar biarpun lemah material dunia tetapi kuat dan padu pergantungannya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Sebagai blogger dan pembaca budiman marilah kita sama-sama memberi sokongan dengan doa,wang ringgit [kalau sudi] dan semangat kepada Blogger Suria Lekatlekit.

Aamiin Ya Rabbil Alamiin.

Tahniah kerana berjaya membaca ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan kepada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

p/s: Tolong sebarkan sekiranya mampu berbuat demikian.

(Visited 282 times, 1 visits today)

45 thoughts on “Srikandi Blogger Selayaknya Buat Suria Lekatlekit”

  1. Saya pun terbaca apabila ada orang share di fb.. sangat terkejut ..sebab entri tu pernah saya baca.. tak sangka boleh sampai tahap ni ..

    allah nak uji tahap kemampuan hambanya.. mudah – mudahan blogger suria tabah menghadapi ujian ini, tiada yang mustahil melainkan senjata doa kita.. amin

  2. Assalamualaikum mrhanafi…semoga dugaan yg dihadapi ini akan ada hikmah disebaliknya…dan harap dipermudahkan segala urusan blogger Suria…aamiin…

  3. huhu..blogger picisan macam kawe sering elak kalau melibatkan menjurus ke arah pihak tertentu dalam menulis blog apalagi dalam tag review…mengelak lebih baik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge