Cerita Ketika Solat Tarawih Betul Betul Berlaku

Solat tarawih sangat dianjurkan kepada umat Islam.Sebab solat tarawih hanya sah dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.Dalam bulan lain orang tak buat.Sebab itu dianggap istimewa.Lebih istimewa lagi solat tarawih dilakukan secara berjemaah di musola,surau,masjid dan sebagainya dalam suasana penuh meriah.

Sungguhpun begitu tidak juga dilarang untuk mendirikan solat tarawih secara bersendirian.Tepuk dada tanya iman.

Admin bertuah kerana berkesempatan untuk mendirikan solat tarawih beberapa malam yang lepas.Malam tadi ada sedikit kelainan yang berlaku.

Tidak seperti kebiasaan, kehadiran admin di surau tersebut tidak langsung disedari.Biarpun admin sudah menjadi pengunjung tetap surau untuk solat Subuh dan Isyak sejak beberapa bulan yang lepas.

WAJIB BACA :   Buat apa makan di luar kalau masak sendiri lagi sedap

Surau mahmudi

Sungguhpun begitu tidak pula terniat dalam hati admin pergi ke surau untuk perhatian manusia.Jauhkan sama sekali kerana perbuatan tersebut adalah riak.Kita beramal secara ikhlas.Orang tahu atau tidak tahu bukan persoalannya.

Apa yang admin risau.Satu sahaja.Adakah amalan kita diterima oleh Allah SWT atau tidak.Sewajarnya memang mengharapkan agar amalan kita diterima.Malah kita  juga mengharapkan supaya dikurniakan rahmatNya.

Aamiin.

Berbalik pada cerita asal.Semasa solat tarawih admin perasan kelainan.Admin mudah sahaja ditegur beberapa jemaah.Seolah-olah admin orang penting dan hebat kepada mereka.Hakikatnya mereka jauh lebih hebat.Mereka jauh lebih penting.Hati admin dipaksa untuk belajar menjadi orang yang tawaduk dengan permainan dunia.

Rupanya ada perbezaan sebelum dan selepas dengan penampilan admin.

WAJIB BACA :   Hebatnya Kuasa Aura Kasih Sayang

Sebelum.

Admin biasa mengenakan pakaian yang sangat dhaif.Baju lusuh dan seluar track yang sudah sedikit koyak.Dengan keadaan demikian memang admin sendiri pun tak sanggup melihat diri melalui cermin.Apatah lagi orang lain.Logik kan..

solat tarawih

Selepas.

Admin mengenakan pakaian yang agak elok sedikit.Baju kemeja lengan pendek jenama biasa sahaja.Seluar pula jeans biru yang entah bila admin dapat dari pemberian orang.Alhamdulillah dengan sedikit penampilan begitu admin boleh menarik perhatian ramai orang pada malam solat tarawih.

Ini realiti.

Admin sudah lali dengan kehidupan yang susah.Biarlah orang tersalah sangka dengan admin seperti orang hidup susah.Yang penting mentaliti dan agenda admin sendiri untuk menjadi orang kaya. tidak pernah luntur dan goyah.

WAJIB BACA :   Cenderahati Blogger Anies Sudah Mendarat Di Sarawak

Penutup.

Semoga pembaca dapat sesuatu yang admin cuba sampaikan dalam perkongsian pada kali ini.Jika rasa nak kahwin selepas raya nanti boleh singgah sebentar untuk membaca  artikel Pakej Fotografi Perkahwinan

Comments 14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge