Surat Terbuka Untuk Pengundi Malaysia

Surat terbuka ini ditulis kerana admin merupakan pengundi Malaysia.Pernah mengundi sekali dua.Pernah juga tidak turun membuang undi kerana faktor faktor yang tidak dapat dielakkan.

Dalam perkara ini admin rasa rugi kalau tidak mengundi.Rugi kerana tidak menunaikan hak rakyat Malaysia sebagai kuasa memilih dalam sistem demokrasi negara.

Sebelum itu admin akui bukan dominan kepada ideologi politik.Admin cuma rakyat Malaysia yang cintakan kemajuan dan pembangunan negara demi generasi kini dan akan datang.

Surat terbuka dari admin

Persepsinya mudah.

Siapa menang mereka kerajaan.

Siapa kalah mereka pembangkang.

Dalam sistem demokrasi mana-mana parti yang berjaya dipilih oleh kuasa rakyat akan menjadi kerajaan.Mereka akan bertanggungjawab mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini dengan sistem dan ideologi politik masing-masing.

Apa-apapun parti yang menang majoriti dalam pilihan raya ini akan membentuk kerajaan sama ada kita suka atau tidak.

Undi adalah rahsia peribadi

Undi adalah rahsia

Admin rasa terkejut dengan pendapat netizen  yang terang-terangan mengakui untuk mengundi parti yang mereka sukai.Sedangkan dalam konsep pilihan raya setiap undi adalah rahsia.

WAJIB BACA :   Cinta Lahir Untuk Balas Budi [ edisi kemas kini 2023]

Berbalik kepada sistem demokrasi yang kita anuti sejak merdeka, mana-mana pihak berhak untuk bersuara menentukan corak pemerintahan negara.

Kita bebas mengundi sesiapa sahaja yang kita suka sebagai wakil rakyat kita.

Kita bebas memilih parti politik yang kita suka sebagai sokongan dan harapan

Namun begitu pemilihan kita jangan hanya dipandang dari sudut kepentingan diri sendiri dan keluarga semata-mata.

Ada dua golongan utama.

1.Golongan profesional

Golongan profesional dan intelek berbeza dengan cara pemikiran orang biasa macam admin.Mereka berfikir jauh depan dengan penilaian berdasarkan fakta dan logik.

2.Golongan biasa

Golongan biasa berfikir dengan penilaian hati yang tulus suci dan keikhlasan.Mereka tidak cerdik tetapi tidak mudah untuk diperkotak katik oleh pihak yang berkepentingan negatif.

Ini alasannya..

Dalam senario ini golongan profesional dan intelek lebih selamat jika berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam pemerintahan negara.Mereka ada kemampuan kewangan,simpanan dan harta yang mencukupi untuk menampung sara hidup dalam apa jua keadaan ekonomi.

WAJIB BACA :   Daftar Blog Untuk Kembali Blogging

Sebaliknya bagaimana nasib golongan seperti admin dan majoriti rakyat Malaysia yang lain jika berlaku kesilapan dalam memilih kerajaan.

Mereka berdepan kesukaran untuk meneruskan kehidupan.

Pekerjaan susah nak dapat.

Hidup terus dibelit kemiskinan.

Rumah tidak  mampu dimiliki.

Keluarga porak peronda.

Gejala sosial meningkat dan pelbagai lagi musibah sekiranya keadaan politik tidak stabil.

Admin tidak menafikan ramai pihak memainkan sentimen emosi negatif kepada sistem kerajaan yang pernah memerintah negara sebelum ini.

Isu GST mencengkam rakyat.

Isu rasuah menaikkan darah.

Isu kos hidup melambung tinggi.

Dan banyak lagi sehingga persepsi negatif kepada minda bawah sedar rakyat baik dari golongan intelek atau golongan kurang intelek seperti admin.

Persoalannya adakah dakwaan itu betul dengan bukti yang sahih atau sangkaan semata-mata supaya memperbesarkan keburukan berbanding dengan kebaikan.

Cuba nilai selama 5 minit

Surat terbuka

  • Untuk ke sekolah kita bayar mahal ke murah.?
  • Jika ke hospital kerajaan mahal tak bayarannya ?
  • Berapa ramai dikalangan kita yang bermajikan kerajaan yang memerintah tetapi hati dan perasaan memberontak untuk pilih parti A atau parti B yang bukan majikan mereka?
  • Berapa ramai dari kita yang sudah dapat elaun dari kerajaan dengan mengurus masjid dan kerja dakwah ?
WAJIB BACA :   3 cara menurunkan kolesterol tinggi

Biarpun ada tohmahan kepada kerajaan sebelum ini tidak memelihara agama Islam dengan sempurna.

Jawapan itu semua bukan pada admin tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menjadi pengundi atau belum lagi layak mengundi.

Masa untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara akan tiba.

Sama-sama kita tunggu jawapannya dengan penuh debaran.

Sama-sama kita turun mengundi untuk memilih siapa calon wakil rakyat dan parti yang kita sukai.

Penutup

Sekali lagi admin ingatkan diri sendiri agar mengundi untuk kepentingan bersama.Jangan mengundi semata-mata kerana hasutan emosi bersalut marah yang tidak tentu arah.

Admin sayang Malaysia dan cinta kepada kedamaian serta keharmonian.

Demi Malaysia tercinta jomlah mengundi dengan hati yang bersih,fikiran yang tenang dan demi untuk kebaikan masa depan anak cucu generasi akan datang.

Sekian surat terbuka dari admin.

Comments 26

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge