Tabiat fokus boleh cipta kejayaan hebat

Sudah dua hari saya memikirkan solusi bagaimana untuk selesaikan tugas yang diberikan.

Entah bagaimana saya terkejut beruk apabila solusi yang cari tidak ditemui.

Saya setkan fikiran untuk fokus.Cuba dan terus cuba buat sesuatu untuk selesaikan tugas tersebut.

Alhamdulillah tidak sampai 15 minit saya berjaya menemui solusi tersebut.

Apabila difikirkan balik, rupakannya selama dua hari saya buat kerja tetapi tidak fokus.Natijahnya saya tidak berjaya mendapat apa yang saya cari.

Dari cerita ringkas tersebut, ternyata tidak fokus menyebabkan kerja yang mudah menjadi susah.

Tugas cuma perlukan 15 minit sahaja tetapi mengambil masa dua hari untuk siap.Kerana tidak fokus membentuk sikap suka bertangguh.
.
Benar sungguh kata-kata sifu motivasi saya dulu.Tak silap 20 tahun lepas.

“Bertangguh adalah bebanan yang berat untuk dipikul”

Bila tidak fokus kejayaan sukar dicapai.Mungkin tidak fokus pada matlamat, pelan tindakan dan cara berfikir.

Kuasai fikiran akan kuasai kehidupan kita.Kehidupan ini ada tiga fasa.

1.Masa lalu
2.Masa sekarang
3.Masa depan

Masa lalu sekadar ingatan dan pengajaran.Tak perlu untuk difokus.

Masa sekarang wajib FOKUS untuk buat tindakan dan laksana perancangan.

Masa depan pula sesuatu yang kita tidak pasti namun boleh fokus untuk cipta kejayaan.

Membentuk tabiat fokus memang sukar buat permulaan.Perlu latih tubi dalam tempoh tertentu.

Belajar fokus kepada perkara kecil-kecil dulu.Misalnya fokus semasa makan.Nikmati makanan tanpa memikirkan hal-hal lain.Dari sini akan terbentuk tabiat makan yang bagus.

OK cukup.

Kalau banyak sangat susah pulak untuk fokus.Semoga fokus melayari kehidupan ini.

Jom fokus untuk cipta kejayaan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.Jangan segan-segan untuk komen atau share artikel ini. Setiap kunjungan anda besar maknanya buat saya.In shaa Allah saya akan membalas komen dan membuat kunjungan kembali nanti.Saya juga mendoakan pembaca agar bahagia dan ceria sentiasa.Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge