Tablet murah terbaik pilihan rakyat marhaen

Tablet murah terbaik bawah RM500 jadi buruan golongan marhaen. Ya, golongan yang terbesar dalam masyarakat kita hari ini.

Siapa golongan marhaen ?

Mereka ialah orang yang hidup dalam keadaan belum mewah, sederhana dan yang juga masih bawah garis kemiskinan.

Golongan ini amat digalakkan untuk membina masa depan melalui platform bisnes commerce

Kita pergi ke topik perbincangan asal.

Sabtu lepas saya berpeluang mengisi masa hujung minggu dengan misi mencari tablet murah terbaik di kedai sekitar Bandaraya Kuching.

Saya menyelusuri dari mall ke mall. Turun dan naik premis yang menjual gajet elekronik.

Sayang, tidak terjumpa. Yang ada model lama dan jenama yang memang tidak berkenan langsung di hati.

WAJIB BACA :   Hidup wajar bergembira, wajib pula bersyukur

Percarian saya untuk mendapatkan tablet di kedai konvensional tidak mendatangkan hasil.

Sekali lagi saya beralih ke kedai maya seperti Shoppe dan Lazada.

Kedai-kedai yang konvensional yang menjual gajet seperti hilang taring. Ia bagaikan tidak maya dan menunggu masa untuk beralih ke dunia maya.

Saya pun ambil keputusan untuk membeli dalam talian.

Kelemahannya ambil masa dan risiko juga mendapat indah khabar dari rupa.

Jom lihat model tablet yang berkenan pada citarasa dan jiwa saya.

Tablet murah terbaik

Kalau ikut gambar macam cantik

Model tersebut ialah Telcast. Jenama ini memang belum popular sebagaimana Ipad. Samsung. Lenovo, Huawei dan lain-lain.

Memandangkan saya belum kisah sangat pasal jenama dan dalam proses menguji jenama ini, mengapa tidak memilih Telcast dalam pemilihan gajet kali ini.

WAJIB BACA :   3 cabaran ‘budak baru’ nak jadi abang sado

Saya beli di Lazada dengan harga RM474.00 sewaktu harga promosi 8.8 tempoh hari.

Sebelum memilih model Teclast P20HD, ada juga tertarik untuk mendapatkan Lenovo Tab M10 HD (2nd Gen)

Sayangnya model ini cuma menyediakan 2GB RAM dan kapasiti 64 GB manakala Processor: MediaTek Helio P22T (8xARM Cortex-A53, up to 2.3GHz) , IMG PowerVR GE8320

Lebih baik dari Telcast yang dijana oleh Unisoc Octa Core CPU. Prosesor ini kurang popular berbanding dengan MediaTek Helio.

Saya sekali lagi tidak kisah kerana membeli tab tersebut bukan untuk main game tetapi untuk buat kerja-kerja hakiki dan bisnes netcommerce

Semoga pemilihan kali ini tepat dan in shaa Allah selepas berjaya dalam bisnes netcommrce nanti boleh upgrade ke gajet yang lebih power, terkini dan berprestij.

WAJIB BACA :   Hijrah Diri : Jadikan Hari Ini Jauh Lebih Baik
Tablet murah terbaik
beginilah rupa tablet tersebut
tablet murah terbaik
Spekfikasi yang ada pada Telcast P20HD

 

  • Kemaskini 21/3/22

Comments 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge