1 soalan amazing …ada tablet yang bagus untuk kerja ?

Sejujurnya belum ada tablet yang bagus untuk kerja. Itu pengakuan saya secara peribadi. Bukan saja-saja. Ini alasannya.

Tablet yang bagus untuk kerja

tablet yang bagus untuk kerja

Alasan saya ringkas sahaja.

Tablet saiznya yang kopak, kurang berkuasa dan tidak praktikal berbanding laptop.

Jangan salah anggap.

Perbandingan yang saya buat antara tablet dengan laptop.

Bukan antara jenama tablet dan seumpamanya.

Mengapa saya berani berkata demikian ?

Sebab saya sudah ada pengalaman menggunakan tablet untuk kerja-kerja hakiki sebelum ini.

Tak sampai sehari, saya menggunakan tablet, kembali bertukar ke laptop semula.

Feel hilang. Mood ke laut. Alamak…emo la pulak.

Ini realiti yang saya perolehi.

Dari segi prestasi memang jauh dari jangkaan dan sangkaan.

Bak kata orang, indah ilusi dalam mainan emosi.

Mana tidaknya, tablet agak perlahan terutama melibatkan pemprosesan gambar yang berkapasiti besar dan video yang berat-berat.

Secara peribadi, saya memang tidak berpuas hati dengan penggunaan tablet kerana task kerja saya memang heavy duty hampir setiap jam.

WAJIB BACA :   Sarapan pagi minggu yang syahdu

Berbicara tentang saiznya pula agak subjektif. Mungkin ada yang suka saiz kopak atau kecil.

Yalah. Senang untuk dibawa ke mana-mana.

Cuma dalam zaman Covid-19, pergerakan kita agak terbatas. Tak boleh ke sana dan ke sini sesuka hati.

Lagipun ramai di antara kita memang bekerja dari rumah. Mungkin ada  buat bisnes dalam talian.

Dalam pada itu ada juga yang tengah berusaha  mencari cara menjana pendapatan dari  rumah.

Berita baik, jemput sertai Volten International.  bersama kami : https://bit.ly/3kvFTce

Ya, tablet yang kecil skrin memang kurang feel. Sama seperti telefon. Yang kecil macam tak puas.

Jika dihubungkait dengan bekerja yang heavy duty, sekali lagi tablet bukan pilihan yang bijak.

Untuk para pelajar atau anak-anak  kita yang masih kecil masih boleh dipertimbangkan.

Sementelahan sekarang ini, PdPR memerlukan mereka buat kerja rumah menggunakan tablet memang wajar diambil perhatian.

Anak-anak kalau diberi laptop tidak sesuai terutama yang masih di sekolah rendah atau tadika.

Diharap penjelasan saya ini memberi kredit sokongan kepada tablet agar sesuai untuk belajar dan bukan untuk bekerja.

WAJIB BACA :   Santai makan malam di Restoran Lepau

Harga tablet

tablet yang bagus untuk kerja

Tentang harganya pula, jangan risau.

Memang tablet mampu milik.

Dengan harga bawah RM1,000 anda sudah boleh dapat tablet yang berjenama dan berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, jika meletakkan harga bajet sekitar RM500 juga anda mampu mendapatkan tablet yang baik dan boleh diharap.

Memang tidak dinafikan ada tablet yang bagus untuk kerja tetapi bagi tugasan yang ringan dan santai.

Rasanya itu sahaja penjelasan saya untuk menjawap soalan… ada tablet bagus untuk kerja.

Sebelum berakhir, izinkan saya buat review pengalaman guna tablet Teclast model P20HD sekali lagi.

https://mrhanafi.com/teclast-p20hd/

Dulu review pengalaman guna tablet pertama kali. Pada kali ini pula review setelah menggunakan hampir sebulan.

Nak tau tak ?

Memanglah nak tahu sekiranya anda sudah membaca hingga ke baris ayat ini.

Kita teruskan.

Tablet yang saya beli tempohari agak berat. Lenguh juga tangan dan lengan saya untuk memegang dalam jangka masa yang agak lama.

Saiz tablet

tablet yang bagus untuk kerja

Saiznya besar gedabak dengan diameter skrin 10.1 inci. Tak macho pulak untuk dibimbit seperti telefon bimbit.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 1)

Sekiranya ada penggilan masuk, saya terpaksa guna pembesar suara untuk bercakap.

Segala butir perbualan akan orang sebelah dengar.

Bagaimana kalau ada topik pendapatan dalam Volten enam angka didengari oleh ramai…

Tentu ada yang mengetap bibir dan teruja nak dengar.

Bagi saya tidak kisahlah sebab lagi ramai yang tahu lagi bagus.

Manalah tahu dalam ramai begitu ada yang berminat dan ingin menyertai Volten International sebagai ejen.

Tidak teringin ke nak dapat rumah dan kereta secara percuma.

Saya ada tulis artilkel  tersebut yang bertajuk “RUMAH DAN KERETA PERCUMA DARI VOLTEN…BIAR BETUL ?”

tablet yang bagus untuk kerja

Kesimpulan

Sekali lagi saya tegaskan tablet sesuai untuk kerja-kerja ringan atau hiburan di media sosial.

Selain daripada itu kurang sesuai melainkan anda membeli harga tablet sama  harga dengan laptop.

Maksud saya dengan RAM yang besar dan storan yang besar juga.

Pilih prosesor yang terkini dan sistem operasi yang bereputasi tinggi.

Jika itu pilihannya, maka tepatlah tablet yang bagus untuk kerja.

Jika sebaliknya, berdamailah dengan perasan bahawa tablet kurang menepati kriteria untuk task bekerja.

*kemas kini 10/4/22

Comments 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge