Mengapa Tak Tun Tuang Menjadi viral Dan Fahami Mesej Yang Disampaikan

Perkataan Tak Tun Tuang itu sendiri tiada membawa maksud tetapi merujuk kepada bunyi paluan gendang.Populariti lagu Tak Tun Tuang oleh Upiak Isil sangat hebat.Ramai sungguh orang minat dan suka.

Siapa yang menonton video klip di Youtube akan tahulah.Sehingga artikel ini diterbitkan jumlah tontonan hampir 4 juta orang.

Banyak woo.

Upiak Isil

Sebab Tak Tun Tuang Menjadi viral

Saya pun terfikir juga mengapa orang suka dengan Tak Tun Tuang.Adakah kerana kisah anak dara yang menganggap dirinya cantik biarpun belum mandi.

Itupun boleh menjadi viral.

Best sangat ke ?

Jujur  saya katakan melodi Tak Tun Tuang sangat sedap di halwa telinga.

Sambil-sambil goyang badan dan kepala  memang layan.

Budak-budak boleh layan.

Anak-anak dara boleh layan.

Atuk dan Nenek pun boleh layan.

Tapi  satu perkara jangan lupa.Layan memang boleh layan.Jangan pulak lupa nak mandi.Macam orang selalu kata,

” Mandilah kamu sebelum kamu dimandikan buat kali terakhir”

Oh.Ya.

Selain itu keunikan suara penyanyinya.Memang mantap dan lain dari yang lain.Pitching Upiak memang tinggi giler.

Tak Tun Tuang  merupakan lagu orang Padang, Minangkabau.

Sangat kena dengan Upiak Isil yang berpakaian kebaya separuh lengan dan kain batik lepas.

Ehem-ehem.

Upiak Isil cantik,lucu dan lawak penampilannya.

Baiklah.

Saya sertakan juga lirik lagu.Siapa yang dah hafal boleh nyanyi masa karaoke orang kenduri kahwin nanti.

Boleh glamer you!

tak tun tuang

Lirik Tak Tun Tuang

Aku belum mandi 
Tak tun tuang tak tun tuang
Tapi masih cantik juga 
Tak tun tuang tak tun tuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tun tuang
Pasti cantik sekali 

Kalau orang lain melihat aku tak tun tuang
Badak aku taba bana
Tak tun tuang tak tun tuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tun tuang
Astaghfirullah baunya

Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh

Yang penting indak
Manggaduah urang tak tun tuang
Walau acok galak surang
Tak tun tuang tak tun tuang

Walau sangko urang
Awak dalang tak tun tuang
Tapi hati isil sanang… iiiyesss

upiak isis tak tun tuang

Mesej Yang Ingin Disampaikan

Ini sekadar pendapat saya.Mungkin anda setuju.Mungkin tidak setuju.

Tak apa.

Selagi pendapat ini tidak mengaibkan orang kira halalkan jelah.

1.Akui kesilapan

Selagi kita bergelar manusia tidak lepas dari buat silap.Ada kesilapan yang remeh.Ada juga kesilapan yang serius.

Dalam lagu Tak Tun Tuang, kesilapan remeh sehaja iaitu belum mandi.Sungguhpun belum mandi masih mengakui diri masih cantik.

Kesilapan yang diakui itu akan diperbetulkan segera.

2.Keyakinan diri

Yakin diri bukan mudah untuk dibentuk.Dalam lagu tak tun tuang Upik menyampai mesej secara simbolik.Katanya selepas mandi kita akan lebih cantik lagi.

Kalau lelaki lebih hensem.

Maksudnya setelah kita mengakui kesilapan dan ada keyakinan diri untuk berubah sudah pasti kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.

3.Tidak peduli pandangan negatif orang

Manusia suka mengata.Manusia suka melihat kelemahan orang lain berbanding kelemahan diri sendiri.

Dalam lagu Tak Tun Tuang, Upik tidak peduli orang kata dia perempuan gila.Yang penting dia boleh mengekalkan rasa gembira walaupun dalam keadaan belum mandi dan berbau busuk.

Senario sebenar.!

Bagaimana kalau kita diperlekeh atau dipersendakan oleh orang lain?

Adakah kita kecewa dan merana?

Adakah kita terus berduka sepanjang masa?

Tetapi mesej dalam lagu ini mudah sahaja.Jangan rasa down biarpun pandangan negatif orang lain bertali arus.

4.Hidup mesti berusaha

Hukum alam sangat adil.Orang berusaha akan dapat apa yang diusahakan.Tidak semuanya mudah.Yang pasti melalui kesukaran yang kadang-kadang tak masuk akal.

Upiak cuba memikat jejaka hensem.Usahanya memang tidak dilayan kerana badannya berbau busuk dan penampilan kekampungan.

Maaf ya.

Saya juga orang kampung dan kampung saya juga tak tun tuang hehehehe

Sungguhpun begitu Upik tidak berputus asa dan terus mencuba dengan rasa penuh gembira.

Dahlah badan berbau  manakala muka pula masih bersisa dengan bedak sejuk.

Jejaka hensem mana yang suka kalau ada gadis demikian rupa.

5.Kebersihan adalah cerminan kejayaan

Budaya Islam meletakkan kebersihan luar dan dalam.Ibadah tidak sah jika tidak bersuci dari hadas kecil.Apatah lagi hadas besar.

Bukan badan sahaja perlu bersih.Bahasa pertuturan juga perlu bersih dari perkataan celupar,sumpah seranah dan carian bin makian.

Kebersihan adalah cerminan akhlak orang Islam.

Lihat sekali lagi dalam lagu tak tun tuang.Orang memandang jelik jika melihat gadis cantik tetapi berbau pelik.

Jika nak mendekati calon jodoh wajar sekali untuk kelihatan bersih,kemas dan cantik atau hensem.

Cik Puan Jadora's profile photo, Image may contain: 1 person, close-up

Artikel ditaja oleh Cik Puan Jadora

Kesimpulan

Akhirnya saya mengaku sangat suka dengan lagu tak tun tuang oleh Upiak Isil.

Bukan saya sahaja yang suka.

Penduduk di Malaysia,Thailand,Korea dan sudah semestinya Indonesia sendiri lagi suka.

Itulah penangan Viral.

Wow.

Hebat penangan viral Tak Tun Tuang.Dalam masa yang sama telah menaikkan nama orang Padang di Minangkabau.

Di Malaysia sendiri pun ada orang yang berasal dari Padang yang kebanyakkan di Negeri Sembilan.

Jadi berbanggalah kita hanya dengan lagu telah menyatukan hati  penduduk di rantau Nusantara.

Agak-agak boleh diterima ke Tak Tun Tuang di Singapura,Brunei dan Filipina.

Sama sama kita tunggu dan lihat.

Sebelum kita berpisah kita layan dulu video rasmi Tak Tun Tuang

Kredit video : Youtube
Kredit gambar : Google
Kolaborasi bersama Mrhanafi Media
(Visited 145 times, 1 visits today)

36 thoughts on “Mengapa Tak Tun Tuang Menjadi viral Dan Fahami Mesej Yang Disampaikan

  1. Haha. Saya lepas baca entry ni terus pi dengar lagu ni kat Youtube. Lagipun asyik tengok orang duk sebut. Dahsyat penangan viral. Siap dapat masuk MeleTOP lagi tu penyanyi ni. 😀

  2. Best juga kadang2 layan lagu ni.. ya la sekadar suka2..

    Tak sangka kalau kita tengok dari sudut positif, banyak benda kita boleh lihat secara tidak langsung untuk dijadikan pengajaran..

    Rentak lagu ni pun boleh tahan catchy

    • lagu ini memang best…

      best kerana melodi dia..

      sejujur saya pun tak suka kalau orang tak mandi kecuali dia cantik,bersiah dan harum..

      hehehehe

    • sifat penulis itu memang ada sense of humor tuan..

      sebab itu lagu-lagu memnag lawak.

      suara kadang-kadang tak penting tetapi pembawaan kepada lagu itu tetap berbisa

  3. penulis lirik tu kata dia mmg
    tak suka mandi…
    ada tgk kat motif viral ari tu…
    hihihi…

    bila dah viral
    sekejap je popularkan..

Leave a Comment

CommentLuv badge