3 Tanda Ada Orang Yang Merindukan Kita

Anak bongsu saya selalu kata Tanda Ada Orang Yang Merindukan Kita ialah bulu mata kita gugur.Entah la.Saya tidak percaya dan rasa nak gelak pula.Saya senak perut kerana menahan ketawa.

Tak sampai hati pula nak ketawa berderai-derai didepan anak saya yang comel lote.Saya faham bagaimana perasaan jika diketawakan.

Sejujurnya saya pun tidak tahu bagaimana tanda orang rindukan kita.Hati dan perasaan orang lain mana mungkin kita dapat tahu secara tepat.

orang rindu kita

Gambar Hiasan dari Youtube

Apa yang kita dapat adalah jangkaan semata-mata.Ketepatan jangkaan bergantung kepada tahap kebersihan hati nurani seseorang.Hati bersih in shaa Allah dapatlah keputusan yang jauh lebih tepat.

Sebabnya hati ada berkait rapat dengan deria keenam.Tak ramai yang memiliki deria keenam yang masih berrfungsi dengan baik.Ada diantara kita langsung tidak berfungsi.Parah juga kan.

Sungguhpun begitu saya nak menyenaraikan 3 tanda yang boleh kita andaikan ada orang rindu dengan kita.

1.Panggilan telefon

Zaman dulu panggilan telefon menjadi keperluan utama.Zaman sekarang panggilan telefon cuma sekadar dipinggiran.Namun jika ada seseorang yang membuat panggilan telefon maknanya ada orang yang rindu la tu.

Mungkin kekasih kita yang lama tak jumpa.Mereka sekadar nak tanya “awak apa khabar ?”

Mungkin juga pegawai bank telefon supaya kita tidak terlupa bayaran pinjaman.Itu rindu juga nak namanya.

2.Hantar mesej Whatsapp

Kehidupan kita pada hari ini boleh dikatakan sangat dekat dengan telefon pintar terutama dengan aplikasi Whatsapp.Pagi petang dan siang malam mesti bertemankan telefon.

Sekiranya ada seseorang atau kekasih kita  selalu sahaja menghantar mesej mungkin isyaratnya tengah rindu dengan kita.

Kalau tak pun saja-saja kerana mereka tak tahu apa nak buat tatkala kesunyian melanda hati.

3.Kirim salam dari jauh

Zaman saya sekolah dulu selalu buat.Saya menerima kiriman salam dari seseorang apabila berjauhan.Konon-kononnya dia sukakan saya dan saya buat-buat tak tau.Zaman sekolah dulu dengan sekarang sangat berbeza.

Kalau mereka rindu mereka akan kirimkan salam melalui teman-teman untuk seseorang.Dulu-dulu mana ada media sosial seperti sekarang ini yang fungsinya seperti orang tengah dalam setiap perhubungan.

Ada lagi tak?

Jika tak ada, saya nak berhenti setakat ini dulu.Lagipun cerita-cerita rindu tak syok la.Mungkin ada syoknya baca kisah Siapa Zamri Nanyan Yang Sebenarnya

Tahniah kerana berjaya membaca hingga ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu, saya nak minta tolong pembaca semua untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah ini sebagai tanda sokongan dan ingatan kasih sayang..

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

(Visited 2,480 times, 9 visits today)

14 thoughts on “3 Tanda Ada Orang Yang Merindukan Kita”

  1. Hahaa.. rasa kelakar pulak bila baca sampai habis.

    Klu mcm saya ‘perasan’ orang rindu kat saya, saya akan doaakan orang tu bahagia dalam hidupnya..aamiin.. insyaaAllah, dan balas luahan rindu itu hanya pada Allah.. Kemungkinan yg merindui kita tu adalah Allah
    kerana mungkin ada ketikanya kita terlupakan Dia. 😭

    Maaf, tumpang lalu je..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge