Tarikh 7.7 berhantu untuk kaki shopping

Hari ini, 7.7.2020 berlangsungnya jualan pertengahan tahun besar-besaran di Lazada dan Shopee.

Macam biasa saya juga terjebak sama. Dari semalam, bermula dari pukul 00.00, saya bersedia depan laptop. Ya, sedia untuk window shopping online.

Namun…

Mata saya mengantuk. Saya bergegas untuk tidur.

Keesokan harinya…

Sebaik sahaja selesai rutin pagi saya sambung lagi window shopping online yang tertangguh.

Aktiviti shopping berterusan sehingga tengah hari. Ternyata saya menghabiskan masa berjam-jam untuk aktiviti tersebut.

Alhamdulillah tepat jam 12.00 tengah hari saya berjaya sembat satu barang menarik. Saya beli phone casing yang berharga RM14.90. Boleh la kan dari pulang online dengan tangan kosong.

Jujurnya phone casing ini keperluan untuk memastikan telefon yang saya beli tempoh hari.Semoga telefon saya  boleh tahan lama semampu yang boleh.

Andainya terjatuh boleh terselamat dari pecah atau perkara yang tidak diingini. Jangan tidak tahu menghargai harta sebagai tanda kita mensyukuri apa yang kita miliki.

Betulkan.

Bagaimanapun, ada dua barang yang menjadi impian saya sebenarnya.

1.Telefon pintar

Saya mencari telefon pintar kedua. Telefon pertama sudah dibeli seminggu yang lepas.

Hampir-hampir terbeli juga pada malam tersebut. Nasib juga tidak jadi kerana masih mampu mengawal diri. Kalau terbeli saya sudah memiliki tiga set telefon.

Jika demikian keadaannya, sudah berlaku pembaziran. Keperluan bertukar kepada kehendak. Lagipun baru sahaja minggu lepas beli telefon baharu.

2.Laptop baharu

Ketika saya ‘window shopping’ pada waktu pagi banyak benda yang menghampakan berlaku. Laptop yang diingini banyak sudah ‘sold out’.

Dalam hati saya kata nasib baik. Sebab membeli laptop belum lagi keperluan mendesak. Masih boleh ditunda untuk sebulan dua lagi.

Memang diskaun cukup gempak. Namun bukan menguntungkan untuk membeli pada masa sekarang.

Kesimpulan

Membeli mengikut nafsu akan mendorong kita mengikut telunjuk kehendak. Hakikatnya nafsu tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Nafsu membeli perlu dididik dengan mengutamakan keperluan utama, keperluan mendesak dan keperluan pilihan.

Selagi bukan keperluan lebih baik jangan membeli.

Belajarlah untuk menunda selagi mampu dan biarkan kehendak itu lenyap perlahan-lahan.

Ada berani, jom mencuba.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Tarikh 7.7 berhantu untuk kaki shopping”

Leave a Reply to Rahimah Majid Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: