Tasbih digital dikebas budak…ini kisah pengajaran penting

Tasbih digital  saya telah dikebas budak. Namun harganya tidaklah mahal mana. Ketika itu saya beli RM5 satu set. Tidak pasti sama ada beli di Shopee. Yang pasti saya bukan buat  BisnesLazada.com

Namun kegunaan barang tersebut  tidak sebanding harganya.

Tasbih digital ini saya gunakan untuk berselawat setiap hari ketika ada kesempatan masa dan peluang.

Biar saya ceritakan sebelum, semasa dan selepas kejadian.

Tasbih digital

Tasbih digital

Sebelum kejadian

Ketika hendak briswalking dan jogging di tasik pada petang 12 Julai 2023, saya terlupa bawa tasbih ini.

Perasaan dan hati saya sudah rasa lain.

Rasa kekurangan sesuatu.

Namun saya tepis saja kerana malas untuk berpatah balik ke rumah kerana sudah berada di pertengahan jalan.

Semasa kejadian

Tasbih digital saya letak bersama telefon atas sejadah ketika solat berjemaah di masjid.

Ketika itu solat fardu Maghrib pada rakaat pertama.

Entah macam mana, tiba-tiba ada kelibat budak yang baru berumur lingkungan dua tahun berlari-lari atas sejadah.

WAJIB BACA :   3 Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 2017

sejadah

Entah siapa punya bapak yang terlepas budak ini sehingga mengganggu tumpuan para jemaah tengah bersolat.

Tiba-tiba budak ini berhenti pada tempat saya solat,

Dia membelek-belek tasbih digital dan melepaskan kembali ke tempat asal.

Budak ini kemudiannya beredar sebentar.

Tetapi, dia berpatah balik dan terus mengambil tasbih saya tanpa teragak-agak.

Ketika itu saya hendak sujud dan hampir-hampir tidak dapat sujud seperti biasa kerana  halangan budak yang tengah berada di tempat tersebut.

Tasbih digital
Gambar hiasan

Nasib baik budak ini terus beredar dan memberi ruang untuk saya melakukan sujud.

Malangnya budak ini terus kebas tasbih dan terus menghilang entah ke mana.

Kalau bukan ketika solat fardu, sudah pasti saya batalkan sahaja solat dan ambik rampas tasbih tersebut ketika itu juga.

Selepas kejadian

Seusai solat Maghrib tersebut, saya berusaha untuk meninjau kalau-kalau ada kelibat budak dan bapanya.

WAJIB BACA :   Cara cari barang dan produk popular pilihan ramai

Namun mereka sudah beredar dari masjid dan saya tidak pasti di manakah budak ini meletakkan tasbih tersebut.

Dalam hati saya cuba belajar berdamai dan reda.

Apalah sangat kehilangan barang yang kita sayang kerana mungkin tiba masanya tasbih ini berpindah milik.

Ketika menunggu solat Isyak, saya masih mencari siapa bapak atau penjaga budak tersebut.

Sayangnya kelibat mereka sudah tidak muncul lagi.

Saya cuma nak beritahu dia bahawa solat saya hampir terbatal gara-gara budak tersebut

Dalam masa yang sama, saya nak bagi mereka tasbih tersebut sebagai hadiah kerana hadir ke masjid walaupun tidak berjaya mengawal anak berkeliaran menggangu jemaah.

Kesimpulan :

Beberapa hari sebelum itu, ada ustaz ‘sound’ jemaah kerana tindakan membawa budak-budak yang terlalu kecil sebagai satu kemungkaran.

Mereka sukar dikawal kerana belum mengerti arahan.

Dikhuatiri mereka membuang air besar atau kecil atas sejadah biarpun ada menggunakan lampin.

WAJIB BACA :   Peluang Kerja Di Singapura Pasti Ada

Tasbih digital

Mungkin ada baiknya kalau ibu dan bapa bergilir menjaga budak kecil begini ketika berada di masjid.

Ketika bapa solat, ibu tolong jaga dan ketika ibu solat bapa pula ambik peranan untuk kawal budak dari berkeliaran sehingga membahayakan diri mereka sendiri.

Dalam satu sudut yang lain, kasihani jemaah yang lain kerana mereka datang ke masjid untuk beribadah untuk lebih selesa dan tenteram.

Kalau ada bunyi bising dan gangguan budak samalah seperti solat di rumah sahaja.

Bayangkan ada 40 jemaah dan mereka terganggu kerana hanya satu keluarga yang tidak cakna dengan adab, perasaan dan kepentingan kariah yang lain.

Wajar saya kurang berkenan dengan sikap kariah yang membawa anak terlalu kecil ke masjid.

Ini bukan pasal tasbih digital saya yang dikebas budak semata-mata tapi banyak lagi perkara yang terlibat dan terbabit sama.

Sama-sama kita renungkan…

Comments 10

  • Mungkin di negara kita ni sepatutnya masjid ada ruang permainan untuk kanak-kanak bermain supaya dia tak mengganggu jemaah yang lain solat tapi pada masa yang sama, dia terbiasa dengan suasana di masjid. Pernah terbaca di US, masjid sana mesra anak-anak kecil maksudnya ada ruang khas untuk mereka bermain-main sementara ibubapa dengar ceramah agama & solat berjemaah.

    Semoga Allah gantikan tasbih digital yg hilang tu dgn sesuatu yg lebih baik 🙂
    carneyz recently posted…Terima Hadiah Top Komentator dari SAMy Profile

    • betul tu..kebanyakkan masjid di negara kita tidak mesra budak kecik.

      kawasan memang luas dan lebih kepada perhiasan yang mengkagumkan..

      saya dah tak kisah pun dengan tasbih ini…dah bukan reseki kita lagi…ada hikmahmua kot..

      atleast boleh jadi konten blog ini juga

  • iya juga sih barangkali harga benda yg hilang gak seberapa,tapi nilai sejarahnya ituloh..apalgi hilang di depan mata..memang kadang keberadaan anak di bawah umur suka sedikit menggangu khusuk solat di masjid tapi,tapi ambil sisi positif nya aja supaya anak terbiasa datang ke masjid,kalau sudah besar malahan suka malaz

  • Terganggu dengan bunyi bising.
    Alamak tasbih digital kena ambil. Harap ayahnya nasihat supaya pulangkan barang diambil.

    • bunyi bising memang menghilangkan rasa fokus..

      entahnya…budak yang masih kecil faham ke tidak untuk dinasihati supaya jangan ambik barang dan hantar balik hehehe

  • semoga Allah ganti dengan yg lebih baik…

  • dulu waktu saya di Lhokseumawe, Aceh Utara, mesjid di sana menyediakan Shaft khusus anak2 laki dan perempuan bang. jadi tidak mengganggu shaf dewasa.

    tapj pindah ke JKT, dahlaaah, suka terganggu Krn mereka bercampur dengan dewasa.

    aku setuju kalo anak2 yg masih blm paham , sebaiknya dijaga kalo dibawa ke mesjida, atau di sana sediakan tempat utk mereka bermain.

    di Indonesia sendiri skr ini ada 2 pendapat, satu mensupport anak2 terlalu kecil jangan dibawa ke mesjid.

    yg 1 nya lagi mendukung anak2 ini dibawa dan biarkan mereka bermain. Krn menurt mereka itu bisa menimbulkan rasa cinta anak2 kepada mesjid, so kalo dah besar mereka tak susah untuk diajak sholat ke mesjid.

    saya sendiri termasuk yg tak support kalo mereka dibiarkan begitu aja. bikin tak khusyuk.

    semoga ada hikmah dari diambilnya tasbih Abang.

    • anak kecil yang belum cukup umur untuk faham jangan dibiarkan tanpa penjagaan…bahaya untuk mereka juga

      memang ada benarnya…ada pihak yang bersetuju dan ada pihak ok saja.

      kalau ikut logik…anak yang terlalu kecil memang akan ganggu kraiah lain yang bersolat…sebab mereka tidak dapat dikawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge