Teclast P20HD merupakan tablet yang berada dalam kategori bajet. Harga yang terjangkau oleh ramai orang terutama zaman ekonomi tidak menentu ini.
Alhamdulillah, pada 24 Ogos 2021 tercipta sejarah hebat dalam hidup saya sebagai manusia kerana berjaya memegang Teclast P20HD secara nyata.
Pandangan pertama saya terhadap tablet ini biasa-biasa sahaja.
Tidak begitu teruja walaupun saya memang minat dengan sebarang gajet elektronik.
Entah dimana silapnya, rasa teruja sudah hilang tidak seperti masa menunggu dan masa menanti.
Ketika dibuka dari kotaknya, tersembul objek tersebut dengan warna kurang menyerlah.


Warna kelabu.
Ya, warna kelabu asap dan itu sahaja warna yang ada semasa saya tempah online tempoh hari.
Sebaik sahaja dipegang, terasa berat juga. Mungkin sudah biasa dengan telefon pintar.
Dibelek sebentar dari atas sampai bawah. Diketuk manja bahagian depan dan belakang.
Ahh…rasa plastik. Jangan peduli kerana Teclast P20HD adalah tablet bajet.
Terus on. Wah sudah tersedia bateri 92 peratus.
Apa lagi, sebagai manusia biasa yang mendapat barang baik punya, lenjan sampai rasa puas.
Install itu dan install ini.


Beberapa jam juga terbuang semata-mata untuk menikmati Teclast P20HD.
Rupanya Teclast P20HD tidak begitu baik dari segi kamera, video dan bunyi.
Gambar yang terhasil kurang tajam dan warna out.

Video pula semadi nadai bak kata orang Sarawak. ( saya belum ambil sampelnya kerana faktor belum mengizinkan)
Namun jangan rasa patah hati Teclast P20HD kerana ada fungsi yang baik juga.
Antara muka mudah dikendalikan walaupun saya pada pertama kali hampir-hampir tidak tahu fungsi untuk keluar dari tetingkap.
Saya juga risau kalau ada pembeli yang selepas saya nanti, akan terdetik rasa menyesal.
Sebab Teclast P20HD bukan mesra pengguna kepada mereka yang belum biasa dengan tablet.
Bak kata orang putih, “bear in your mind” bahawa sehebat manapun tablet tidak mampu menyaingi laptop dan telefon itu sendiri.
Tidak hairan tablet bukan kesukaan ramai sebagaimana gajet yang lainnya.
Secara keseluruhan, saya bersyukur kerana memiliki tab bajet dengan harga RM474 sewaktu promosi 8.8.21 di Lazada.
Sekiranya ingin membeli tab bajet untuk kegunaan anak-anak PdPR, saya saran tidak salah mencuba kerana faktor harga dan bukan kerana prestasi yang biasa kita inginkan seperti di laptop atau telefon.
Itu sahaja dan semoga review jujur serta ikhlas ini membantu anda membuat keputusan lebih bijak.
p/s: Sekiranya ada pembaca berminat dan bermotivasi tinggi untuk menceburi Netcommerce, saya galakkan untuk meninjau peluang tersebut.
Maklumat lanjut boleh WhatsApp saya di talian mesra pertanyaaan : NAK TANYA
sejujurnya mama prefer laptop dari tablet. dari tablet baik guna hp tap terpulang pada masing2 kan
kita sama..laptop memang terbaik