Teknik SEO 2018 menjadi topik keterujaan ramai termasuk saya sendiri.Saya masih merangkak dan bertatih dalam bidang SEO.Namun saya cekalkan hati untuk belajar tanpa kenal berputus asa.
[ SEO = Optimasi Enjin Carian ]
Inilah hasil kupasan saya selepas menekuni artikel dari blog http://thelifetech.com
Saya cuba mengupas isi kandungan artikel tersebut dalam bahasa Melayu.Bahasa asal memanglah bahasa Inggeris.
Terjemahan saya memang tidak tepat 100 peratus.Kalau nak tepat bagus saya Copy and Paste. [ kerja mudah yang tidak beretika ]
Teknik SEO 2018

Saya tidak berani untuk kata terbaik 100 peratus.Ia cuma jangkaan penulis asalnya.Saya cuma belajar dan cuba praktik sedaya upaya.
Teknik SEO 2018 tidak jauh berbeza dari tahun sebelumnya.Asas tetap sama.
Itulah yang saya perhatikan sejak tahun 2013 lagi.Ketika itu saya masih mentah berkaitan SEO.Kalau nak diibaratkan saya seperti bayi yang baru dilahirkan.Masih suci,mulus dan flawless.
Berikut adalah teknik SEO terkini yang diwar-warkan tersebut.
1.Merancang penulisan artikel dengan kata kunci
Dulu saya menulis artikel ikut sedap hati.Belasah sana-sini tanpa memperdulikan sama ada pembaca suka atau tidak.Akibatnya penulisan menjadi statik.
Pencapaian saya dalam arena blogger kurang menyerlah berbanding rakan rakan blogger yang lain.
Rezeki masing masing.
Jom kita terus membaca.
Ya.Ramai akui artikel adalah raja.
Pada tahun 2018 pun sama.Sebab itu tackle SEO dengan penulisan artikel yang berkualiti.Artikel yang boleh memberi manfaat kepada pencari maklumat.
Kita teruskan lagi.
Perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut :
- Kata kunci yang mudah naik
- Kata kunci yang berkait dengan artikel
- Kata kunci yang menjadi carian ramai
Kata kunci yang bagus maka artikelpun sepatutnya bagus.Artikel yang lebih jelas dan yang lebih mendalam penghuraiannya.
Senang cerita.Tak perlu pusing jauh.Blogger perlu bijak memilih kata kunci yang terbaik untuk menghasilkan artikel berkualiti.Berbaloi untuk berada di halaman utama Google.
Saya sarankan anda untuk beli tool kata kunci = https://kwfinder.com/
2.Tajuk artikel yang mengoda nafsu untuk tahu
Artikel menarik tetapi tajuk hambar memang orang tidak peduli.Kita boleh bermain dengan emosi pembaca.Tarik minat pembaca supaya teruja untuk klik link artikel anda.Goda mereka supaya tidak sabar-sabar untuk tahu.
Contohnya tajuk artikel dibawah ini.
Yang mana satu orang akan klik tanpa berfikir panjang ?
Sudah tentu no 1.Itu biasa.Rata-rata pembaca akan klik apabila membaca tajuk yang berkaitan
- Rahsia
- Tip
- Panduan
- Cara-cara
- Tutorial
Meletakkan jumlah nombor juga tidak menghampakan.Pilih la nombor ganjil dan gempak seperti :
- 3
- 5
- 7
- 100
- 1001
Jangan lupa untuk selitkan kata kunci dalam tajuk supaya lebih mudah rank pada halaman Google.Saya pernah menulis artikel sebelum ini dalam Belajar Buat Blog Yang Power SEO
3.Penulisan Artikel Yang Menyelesaikan Masalah Pembaca
Seorang kawan pernah berkata,
“Carilah masalah dan penyelesaiannya maka anda akan dapat duit”
Saya tergumam.Nasib baik mulut saya tidak ternganga seperti buaya darat yang kelaparan.
Memang betullah kata-kata dia.Pengunjung datang untuk membaca blog.Mereka datang untuk ketahui penyelesaian masalah.
Misalnya ada suami yang cepat tewas diranjang,Mereka disarankan untuk membaca artikel Tahan lama Beraksi Tanpa kecundang
Ya.
Memang tidak dinafikan artikel seperti ini mencabar.Blogger pula akan bekerja keras untuk menghasilkan artikel terbaik yang betul-betul menjawab soalan pembaca.
Setakat ini saya pun belum mampu lagi.Dalam proses berlatih dengan teknik mencuba menulis dengan lebih baik.
aamiin.
4.Mengumpan pembaca untuk kekal lama berada di blog
Lagi lama pengunjung berada di dalam blog anda lagi bagus.Umpannya mestilah artikel yang ada variasi.
Ada gambar,ilustrasi dan video.Ingat video pendek memang menarik perhatian.
Cara lain.
Para penulis blog wajar meletakkan internal link.Tujuan supaya pencarian mereka berterusan dalam blog.
Misalnya saya telah letakkan internal link seperti Cabaran SEO WCB Yang Mencabar
Saya nak menambah secara peribadi.Penulisan gaya melekat wajar diterap selalu.
Penulisan melekat = pembaca seperti terpukau
Biarkan pembaca terus leka dan leka menikmati pembacaan .Penulisan begini memerlukan seni dan bakat tersendiri seorang blogger.
5.Bawa pembaca menjelajah blog dengan rasa gembira dan puas hati
Pembaca yang datang ke blog membawa satu harapan.Sudah pasti harapan mereka supaya persoalan yang bermain dalam benak fikiran boleh terjawab.
Artikel yang bagus SEO tentunya ada elemen dan ciri-ciri begini.Manfaat kepada blogger ialah kedatangan pengunjung yang berulang dan kemudiannya menjadi pengunjung setia.
Dari penggunjung setia bakal menjadi pembeli yang gembira dan berpuas hati.
6.Kemaskini artikel selepas 6 bulan
Ramai yang terlepas pandang perkara ini termasuk saya sendiri.Artikel yang sentiasa dibaca oleh pengunjung harus dikemaskini fakta dan info.
Tujuannya supaya pembaca dapat perkara baru dan isu terkini untuk mereka.
Selain itu boleh buang apa-apa backlink yang tidak lagi relevan.Kesan akhirnya pengunjung berpuas hati dan sentiasa kembali ke blog kita.
Bahkan jika artikel kita sudah jatuh halaman kedua boleh ditarik semula ke halaman pertama Google.
7.Optimumkan kepada Local SEO
Saya pasti bab ini mudah untuk digunakan jika populasi ditempat tersebut masih kepadatan penduduk yang rendah.
Local SEO amat berguna untuk bisnes kedai makan,premis bangunan dan sebagainya.
Sekiranya ada blogger yang suka berjalan-jalan apa kata tulis sahaja artikel yang menceritakan keadaan setempat.
Saya sendiri pernah buat dengan artikel local SEO melalui kata kunci “ Sekolah Agama Samarahan ”
Rumah saya dan dan sekolah tersebut jauhnya lebih kurang 15 minit.
8.Menggunakan Teknik Semantik
Untuk memahami Teknik Semantik tidak susah.Yang susahnya saya nak jelaskan kepada pembaca melalui penulisan. hehehehe
Saya menggunakan https://lsigraph.com/ untuk mencari perkataan yang berlainan tetapi sama ertinya.
Sebagai contoh.
Saya gunakan keyword Teknik SEO.Dari website tersebut muncullah beberapa keyword semantik seperti berikut.
Tengoklah berapa banyak kata kunci yang boleh digunakan dalam menghasilkan artikel yang berkualiti dan terbaik.Tugas kita pilih yang berkenan dihati.
Pilih jangan tak pilih.
9.Pilih backlink yang berautoriti untuk dimasukkan dalam artikel
Backlink yang bagus atau mempunyai autoriti sangat sesuai untuk dimasukkan dalam artikel.Jangan membeli link atau backlink larangan.Jika dikesan boleh dikenakan penaliti oleh pihak Google.
Untuk mendapat kesan SEO yang terbaik bina backlink secara semulajadi.
Saya suka nak jelaskan backlink juga bermaksud ekternal link atau link dari website luar.
Praktis biasa saya suka meletakkan backlink dari blog SEO kesukaan ramai Tuan Wan Yusof dan Tuan Happysus Sait
Kesimpulan
Mencabar juga menulis artikel berkaitan teknik SEO 2018.
Pernah saya tanya ‘bonus question‘ kepada seorang awek
“tahu tak apa kepakaran saya?”
“entah la awak”
Itu jawapan yang tak suka saya nak dengar.
Secara logiknya manalah dia tahu melain diri kita sendiri.Yang pelik saya sendiri pun tak tahu apa kepakaran saya.
Ok.
Saya berharap pembaca faham dengan apa yang saya tulis.Jika tak faham juga boleh tanya Sifu SEO tempatan,Tuan Azham Zainal
Akhir kata jumpa lagi dan anda semua dipelawa untuk follow blog ini menggunakkan saluran berikut.
4)Email Percuma
Alhamdullillah.
Saya tinggalkan pembaca dengan kata-kata keramat dari Matt Cutts
“someone walked up to me and pretended like he wanted to bribe me: $500,000 for a 1st place ranking. I turned him down, because no one can guarantee a #1 ranking, not even me.”
I visited your website you have a good looking website and also I have read this article. I really like it. Lots of good information and found it very interesting and well done
thank you come to my blog
awesome article.
thanks…
macam nak baca cerita menarik dan sedap untuk didengar.
hahahaha..
terima kasih
Ceria membaca isi blog anda..terberkati
alhamdulillah..
semoga bisa memberi manfaat.
Waa teknik semantik tu pertama kali saya dengar. Menarik. Biasanya dengar istilah semantik masa dalam kelas Bahasa Melayu.
Naziman Azlye recently posted…3 Kesalahan Blogger Baru Selalu Buat Masa Buat Duit Melalui Blog
teknik semnantik diwujudkan agar tidak berlaku keyord stuffing dalam artikel..
cuma perlu banyak kerja sahajalah
Nice sharing Mr. Hanafi…banyak manfaat boleh dapat..terbaik!
alhamdulillah.
mudah mudahan bermanfaat
saya terjemahkan dari artikel asal je..
kalau nak fikir mana ada info sebegitu
banyak ilmu baru ni. tq mrhanafi
alhamdullilah..itu yang sebaik.
semoga ia bermanfaat kepada para pembaca
Apa pun teknik seo yang baru keluar
kalau di salah guna secara melampau “abuse”
Lambat laun akan jadi black hat juga kan tuan
kuncinya kita bersederhana
Mazni Azmi recently posted…Petua awet muda dari doktor & Pakar kecantikan ini selamat & berkesan!
memang begitulah kejadiannya…
ikut garis panduan yang ditetapkan oleh Google ..
tak jadi black hat seo.
Banyak nak kene hadam info ni hehe..
thehaikal recently posted…Sertai Prgram Affiliate Ini Dan Menangi Hadiah Lumayan Lebih RM5000 (Iphone 8, Macbook Air, Lumix DMC-G85)
ya..banyak..
tapi bro kan dah terror
saya masih bingung dengan web video saya. itu khan tidaj ada artikel. na faktor penentu supaya masuk halaman pertama google apa bang hanafi. apakah seperti backlink dll. di sini khan cuma di jelaskan on pagenya.
saya video tak tahu sangat..
boleh tanya orang yang lebih pakar..
nanti saya rasa buat research juga kat internet
waah bestnya tips ni, belajar ilmu baru. tq2 for sharing
nurul aziyana recently posted…Cara Hentikan Serangan Gout dan Buang Asid Urik
ya..memang best..
boleh la praktik sikit–sikit..
kalau banyak sekali takut tak mampu nak ikut
Wah bagus ni..mummy memang telah belajar mengenai SEO ni..almaklum la tak pernah attend mana2 kelas tentang blogging ni..Thanks Hanafi
sejujurnya saya belum pernah attend kelas..
boleh belajar secara online..
cara mudah faham..
apply the knowledge
Sekejap sy nak buat SEO, sekejap nak buat video. Tak fokus. Kini sy fokus buat video ja. 😁
fokus satu perkara dalan satu masa tuan..
banyak perkara pun boleh tetapi rancang betul betul sebelum buat
Wah, banyak rupanya cara-cara nak seo kan entri kita.
Untuk permulaan atau beginner, pada saya, dah betul dah cara MH tu dengan main belasah tulis jer.
Sebabnya, kalau kita terlalu nak SEO kan sangat artikel kita, kita boleh stress dan jadi stuck.
Last sekali, asyik draf jer memanjang.
Tapi tu untuk permulaan lah.
Dari semasa ke semasa, bila dah sedap menulis, mula tingkatkan ilmu SEO ni.
InshaaAllah, sure tip top dan asyik jumpa artikel dia jer kat 1st page….hehehe
bermain dengan SEO memang best..
dah pandai senang je naik first page..
tak bukan gerenti..
ikut luck juha
pelan-pelan sahaja.
ambil mana yang patut dulu
Teknik No 9 tu masih di luar jangkauan akak.
Maklumlah blog akak masih di peringkat bayi lagi baru tiga bulan.
Ya, akak tau, membina backlink dari site yang berkaliber, yang mempunyai page authority dan domain authority yang tinggi sangat baik untuk tingkatkan SEO
Soalan nya, macam mana ya cara nya. Tapi tak apalah, akak take one step at a time.
Pelan2 kutip ilmu dan pelan2 terapkan.
Akak suka gaya penulisan dan persembahan awak yang terkini. Site layout pun macam ada perubahan, nampak bersih dan kemas.
Syabas, teruskan usaha
terima kasih kerana memberi feedback yang positif.
ada dua cara untuk membina backlink.
1.menjadi penulis jemoutan
2.minta izin mereka letak link kita dalam blog mereka
Wah template baru …
artikel ini untuk yang pakai WP je ke ?
lisak recently posted…10 Idea Menarik Untuk Menghias Bilik Tidur Kecil
tak semesinya.
blogspot pun boleh..
saya tak de mention guna plug in dari WP..
so universal la tu.
Masih tertunggu-tunggu ada contest seo yg best..contest yg x bnyak sgt syarat..
Nak bertanding jugak..huhu.
Elih Japahar recently posted…Giveaway Pertama Dari Blog Irda Garmin
bro dijangka menang..
dari segi psikologi sudah bersedia untuk seo ini
nampaknya masih banyak lagi benda kena belajar tentang seo
nikkhazami recently posted…5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI iPHONE X
Cik Nik Khazami dah terror..
cuma nak tambah apa yang kurang sahaja
Terima kasih atas perkongsian ini.
sama-sama ..
Terima kasih tips ini. saya lupa tips nombor 6. Isi blog saya dah ketinggalan zaman. InsyaAllah akan dikemas kini dari masa ke semasa supaya sentiasa evergreen. Terima kasih.
mau rajin sikit la..
sebab kerja kerja kemskini ini perlu masa juga untuk check satu persatu
no 4 tu umpan pakai apa ya? umpan cacing ka? umpan udang ka? hahaha
thanks 4 sharing
#guraujer
saya umpan dengan perasaan..
mana tahu ada yang sangkut..
#terlebih gurau!
Semakin lama semakin meningkat pengetahuan MrHanafi tentang SEO.
Itu untungnya menjelajah, mencari sumber terkini dan praktikkan di blog sendiri untuk diujikaji.
Lebih bermakna adalah denganbmencari keberkesanannya terutama menggunakan keyword yang boleh menarik Pak Google menyukainya.
Tahniah bro…. teruskan berusaha. Tak mustahil, jika ada pertandingan atau contest….. bro boleh menang.
Jangan lepas peluang menyertainya untuk menilai tahap SEO blog kita terutama dari segi penulisan, isi kandungan, susun kata ayat dan yang berkaitan.
Kamil Salleh recently posted…Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone
tulah tuan..
pantang ada artikel SEO waima bahasa asing sekalipun saya berminat nak tahu..
terima kasih bagi sokongan.
Makin lama makin power Tuan ni.. Congrats
Adi Channel recently posted…Koleksi Ucapan Selamat Hari Lahir Dalam Bahasa Inggeris
power..
tak la.
masih belajar..
hehehehe