Teknik Visualisasi Penting Untuk Berjaya

Teknik Visualisasi Penting Untuk Berjaya Mrhanafi faham dan akur untuk berjaya perlu ada kaedah tertentu.Ada pelbagai kaedah.Ada yang mudah.Sudah tentu juga yang sukar.Dalam entri ini mrhanafi nak kongsikan cara mudah iaitu menggunakan teknik visualisasi.

visualisasi

Menurut pemahaman mrhanafi yang bukan pakar dalam ilmu tersebut,visualisasi adalah cara pemikiran kita membuat bayangan.Setiap imej yang sentiasa dibayangi dengan rasa gembira,bahagia dan seronok akan menjadi kenyataan.Minda bawah sedar akan berkerja keras untuk menjadikan bayangan itu berada dalam alam realiti.

Semua orang boleh membuat bayangan atau visualisasi.Yang penting ada kesungguhan,istiqamah dan yakin.Untuk hasil yang lebih mantap perlu ada latihan dan sedikit ilmu yang berkaitan.Boleh juga cuba-cuba.Tak salah dan mrhanafi pasti para pembaca mengalami keajaiban pemikiran yang luarbiasa.

WAJIB BACA :   Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch

Sebab itu ada orang yang mengguna gambar kereta yang menarik,rumah besar yang menawan dan apa sahaja yang diingini untuk mengaktifkan visualisasi minda masing-masing.Mrhanafi pernah melihat ada kawan-kawan mrhanafi yang suka melekat gambar artis di dinding bilik tidur.Mereka terlalu minat dan tidak mustahil boleh mendapat isteri (bagi lelaki) yang secantik artis tersebut.

Bagaimana pula dengan mrhanafi.Oh Ya mrhanafi guna imaginasi dan gambaran mental melalui tindakan.Misalnya ketika memandu kereta Avanza mrhanafi sudah membayangkan pandu kereta Ninja King yang besar gedabak tu.Pagi-pagi lagi tu selepas pulang bersolat dari masjid.Aduh memang terasa bahagia dan nikmat sekali.

Mrhanafi juga membayangkan pasangan ‘hidup’ duduk disebelah sambil bibirnya mengalunkan ayat suci Al-quran.Matanya bercahaya memancarkan aura cinta yang ikhlas semata-mata kerana Allah Taala.Sudah pasti mrhanafi mendoakan pasangan ‘hidup’ ini kekal bersama-sama hingga ke Jannah.In shaa Allah mrhanafi redha kerana ketaatannya pada suami.Maaf itu adalah visualisasi mrhanafi.Ada seperti realiti tak?

WAJIB BACA :   Jika nak berjimat biarlah bertempat

Jika ada pembaca suka menulis maka tulislah artikel berbentuk visualisasi.Ia adalah latihan untuk membentuk pemikiran berbentuk bayangan.Lagi kerap lagi bagus.Lagi jelas maka lagi cepat hasilnya.Ayuh pembaca sekalian.Cubalah.Percuma sahaja dan mudah untuk dipraktik setiap hari semasa nak tidur,bangun tidur dan semasa santai-santai.

{sekilas pandang}

Semalam mrhanafi tulis tentang kuasa tindakan manakala hari ini pula mrhanafi mengupas teknik visualisasi.Jika diteliti dengan mata hati ternyata teknik visualisasi sangat berkesan mencipta kejayaan.Perlu mrhanafi ingatkan bahawa proses kejayaan bukan sekelip mata.Ambik masa dan bersabar untuk menunggu hasilnya.

Mrhanafi terus buat visualisasi tanpa memikirkan sangat hasilnya.Apa yang pasti mrhanafi seronok melakukannnya setiap hari.

Terima kasih kerana sudi membaca dan lanjutkan bacaan ke blog Hero Borneo.

WAJIB BACA :   Motivasi Jatuh Merudum Akibat Tiada Awek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge