Telco Malaysia Yang Dalam Nostagia

Telco Malaysia iaitu Bestmobile terkubur juga akhinya.Saya tidak terkejut sangat.Saya hampir menjangkakan perkara sebegini akan berlaku.Rupa-rupanya betullah.

Ini kerana proses membina jenama telco Malaysia bukan perkara mudah.Ada turun dan ada naik.Saat gentir begini adalah lumrah dalam sepak terajang dunia perniagaan terutama dalam bidang telco.

Hanya kebijakan pihak pengurusan syarikat sahaja yang bisa menghadapi dengan jayanya.

Sebagai networker  saya ada dua pilihan.Terus bertahan atau berhenti setakat ini.

networker telco

Sudah semestinya saya memilih untuk bertahan.Sambil berusaha segenap kudrat untuk kekal bersama baik masa senang atau sukar.

Tanpa mengetepikan juga fikiran untuk berubah arah.

Buat masa sekarang bertahan dan bersabar lebih baik dari membuat keputusan terburu-buru.

WAJIB BACA :   Bagaimana dapatkan modem modified unlimited terbaik ?

Jika dah terlalu keliru apa kata buat solat sunat Istikhirah dan minta pertunjuk yang terbaik.

Cabaran yang dihadapi syarikat ialah sistem yang belum lengkap sepenuhnya.Tambahan pula usia belum setahun jagung.

Jadi lebih logik juga alasan ini sebagai penyenang hati.

Sistem ini menyebabkan  komisyen top up masih tertunggak ke hari ini.Agak sedih juga namun apakan daya itu urusan pihak pengurusan.

Mahu tidak mahu terpaksa menerima kenyataan pahit tersebut.Pahit itu ubat kot.

Ini sahaja perkongsian saya tentang cabaran yang dihadapi oleh syarikat Bestmobile.Tak dapat juga nak lebih lebih.Tersilap info takut buruk jadinya.

telco malaysia

Pesan saya kepada mereka yang masih membuat perniagaan telco teruskan sahaja.

WAJIB BACA :   9 Impian peribadi 2021 (Bahagian 7)

Jika masih ada yang menggunakan Digi,Maxis,Celcom,Umobile dan lain-lain terus sahaja.

Tak baik juga kalau nak burukkan bisnes orang lain.Masing-masing punya rezeki.

Kesimpulan

Telco Malaysia memang mengaut keuntungan berbillion.Namun prestasi kelajuan internet masih biasa-biasa sahaja.

Nak salahkan siapa atau kita redha sahaja.Sama-sama kita fikirkan.

Oh ya ketika artikel ini dikemaskini kelajuan internet sudah berada dalam isyarat 4G Lite.

Kadang-kadang hilang dan slow itu perkara biasa.Saya guna telco Malaysia syarikat C.Setakat ini ok la sebab belum nampak lagi yang terbaik.

Kalau setakat nak main Facebook dan Weechat memang terbaiklah.

Oh.ya.

Jangan lupa untuk follow stori blog ini rapat rapat tau.

Akhir kata,jumpa lagi.

WAJIB BACA :   Tip memikat wanita yang mesti dirahsiakan

Comments 17

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge