Telco Wafy Mobile Terlajak Jimat

Telco Wafy Mobile Terlajak Jimat…Sudah lebih dua bulan mrhanafi menjadi pelanggan telco Wafy Mobile.Sepanjang tempoh tersebut memang mrhanafi berpuas hati.Hampir sempurna dan menepati ciri-ciri yang diingini oleh seorang pengguna telco.Rasanya dah tak perlu cari yang lain lagi.Cukuplah sekadar itu.

wafymobile

Mrhanafi dah rasai pengalaman sebenar bagaimana nikmat dan jimat perkhidmatan talian telco Wafy Mobile.Baru-baru ini mrhanafi telah melanggan data 1GB  dengan harga RM25 melalui pakej Smarter.Mrhanafi diberi percuma 30 minit panggilan dan 30 sms,Ok sangat tu.Lagipun mrhanafi sangat jarang bersembang menggunakan telefon berbanding Whatsapp atau Facebook.

Seperkara yang pembaca perlu tahu bahawa segala data,panggilan dan sms yang tak habis digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya.Yang penting kadsim masih dalam tempoh aktif.Itu sebab mrhanafi reload sebanyak RM100 untuk mendapat tempoh sah 100 hari.Jika nak panjangkan tempoh aktif boleh langgan pakej sah aktif selama setahun yang berharga RM38.

Nampak tak betapa terlajak jimatnya talian Wafy Mobile yang mrhanafi guna.Mungkin ada pembaca  yang masih cuak dengan perkembangan syarikat telco yang baru sahaja muncul dalam pasaran.Anda boleh layari sendiri laman rasmi www.wafymobile.com Buat buat penilaian sendiri.Jangan pula kata mrhanafi tak payung anda semua.

Pada pendapat mrhanafi biar berani mencuba.Lagipun modal untuk memperolehi kadsim telco Wafymobile ini cuma RM55 (termasuk belanja pos).Ia sangat murah dan berisiko rendah.Nilai wang RM55 itu tak kaya kalau disimpan begitu sahaja,Namun pembaca pasti mendapat peluang menjana pendapatan secara pasif.Siapa yang nak pendapatan pasif merupakan insan hebat alaf ini.Buat kerja hanya sekali tetapi menikmati hasil berkali-kali.

Itu baru beberapa penjimatan yang talian telco Wafy Mobile sediakan.Mrhanafi turut tertarik dengan kelebihan rebat tunai.Baru-baru ini mrhanafi reload RM100 dan dapat balik RM45 dalam e-wallet.Pada masa yang akan datang mrhanafi nak reload baru maka guna sahaja nilai RM45 dalam e-wallet tersebut.Senang lagikan.Jika kehabisan kredit boleh roger upline untuk reload baru.Jika reload RM50 maka akan dapat rebat tunai RM20 dalam e-wallet.

Kadar panggilan dan data sungguh menjimatkan kepada para pengguna.Kadarnya adalah 18 sen seminit ke semua rangkaian manakala kadar sms pula 10 sen untuk setiap sms.Data untuk PPU atau pay per use adalah 5 sen untuk 1MB.Lain pula untuk kadar Family & Friend adalah 6 sen untuk 30 saat dan 5 sen untuk kadar 1 sms.Sangat menjimatkan.

{sekilas pandang}

Tidak dinafikan telco Wafy Mobile bakal mencipta fenomena terlajak jimat.Amat rugi jika tak bertukar talian telco yang menghisap duit kita secara diam-diam.Sendiri mahu ingat mana yang terlebih dan terkurang.

Mrhanafi  berkongsi pendapat sebagai pengguna talian telco.Jika berminat nak dapatkan talian ini jangan segan atau malu untuk whatsapp 011-34646975 atau layari miniwebsite ini >>>>>>>Minat Wafymobile.

(Visited 32 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Telco Wafy Mobile Terlajak Jimat

Leave a Comment

CommentLuv badge