Pembaziran tenaga minda yang sia-sia

Pembaziran tenaga minda jarang orang sedari.Tambahan pula pembaziran boleh berlaku di mana-mana.Pembaziran yang paling ketara ialah pembaziran masa.Tidak terkecuali pembaziran wang,harta benda dan sebagainya.

Malah pembaziran terbesar yang selalu saya perhatikan ialah pembaziran tenaga minda manusia.Saya sendiri juga tidak terkecuali.

Tenaga minda manusia sangat berkuasa.Namun ramai dikalangan kita membazir tenaga minda ini baik secara sedar atau tidak.Persoalannya bagaimana tenaga minda itu dibazirkan.

Jom kita telusuri satu persatu.

Tenaga minda

1.Selalu berfikiran negatif

Sudah lumrah.

Ramai yang berfikiran negatif.

Ada yang fikir tentang diri sendiri dan orang lain.

Malah memikirkan negatif tentang haiwan pun ada.

Memang dahsyat sekali jika dalam situasi begini sih.

Adakah gampang kita memperlakukan minda yang hebat ini untuk memikirkan sesuatu yang negatif.

Sekali sekala masih boleh lagi diterima.

2.Melayan emosi sedih

Emosi sedih begitu banyak membuang tenaga minda.

Minda terus berfikir untuk layan emosi sedih.

Yang pasti emosi sedih tidak membawa apa-apa manfaat.

Jadi mengapa buang tenaga yang pasti yang tidak bermanfaat untuk anda.

Kadang-kadang melayan emosi sedih melampau-lampau la pulak.

3.Angan-angan kosong

Wah.

Pasti ramai yang suka berangan kosong.

Layan perasaan tanpa tujuan.

Entah-entah yang diangankan ngak bagus.

Jadi buat apa angan-angan kosong yang membuang masa dan tenaga minda kita.

Angan-angan yang disusuli dengan doa dan tindakan tak pelah pulak.

4.Menceritakan gosip orang lain

Gosip sesuatu enak sekali dibicarakan.

Lagi jahat cerita tersebut maka lagi seronok pula bercerita.

Minda kita akan terus berfikir dan berfikir untuk mereka cipta cerita keburukan orang lain.

Tetapi sayang perkara ini betul-betul membuang tenaga minda kita.

Dalam agama Islam, perkara ini adalah dosa.

Ya.

Dosa mengumpat.

5.Menonton cerita cinta cintun

Maafkan saya kerana agak prejudis dengan cerita cinta yang keterlaluan.

Cerita begini selalu dipaparkan melalui cerita Hindustan yang panjang filemnya sehingga tiga jam.

Bayangkan sahaja berapa banyak tenaga minda yang diperlukan untuk menghayati jalan cerita begini.

Sedangkan realiti kehidupan tidak mungkin begitu.

Kalau nak feeling cinta tak salah.

Tapi biarlah realistik dan berpijak di bumi yang nyata.

Kesimpulan

Ayuh pembaca sekalian.Usah bazirkan tenaga minda kita untuk terus menerus melakukan lima perkara yang saya nyatakan diatas.Ianya akan menjadi sia-sia sahaja.Tiada manfaatnya.

Alangkah bagus kalau tenaga minda yang ada ini digunakan untuk meningkatkan kemampuan diri dan juga menambah ilmu untuk minda seperti membaca

Sekian.Salam ceria dan semoga bahagia serta gembira hendaknya.

p/s: Jom baca Pasrah Tuntutan Terakhir Selepas Berusaha

14 thoughts on “Pembaziran tenaga minda yang sia-sia”

  1. Ooo yang no.5 tu menonton cerita Hindustan ke hehe. Layan juga tapi bergantung pada jalan cerita dan pelakonnya juga. Yang sampai 3 jam tu iklan yang lebih rasanya

Leave a Reply to Dunia Zumal Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: