Terasa Nikmatnya Sihat Ketika Sakit

Selama beberapa hari yang lepas saya demam.Alhamdulillah, kini sudah beransur pulih.

Saya pernah menulis kisah saya yang dilanda demam sebelum ini.

Artikelnya bertajuk Demam Rindu Sudah Melanda Jiwa.

Itulah untungnya ada blog.Boleh pulak jadikan rekod dan catatan sejarah untuk diri sendiri.

Demam kali ini sama seperti tahun yang sudah-sudah.

Yang berbeza, masa dan tempatnya.

Kini saya bergelut dengan rasa berat kepala dan perasaan risau yang berterusan.

Berat kepala kerana terlalu banyak berfikir tentang dia.Cewah.

Perasaan risau kerana takut dia berat kepala memikirkan tentang saya.Alahai.

Pening.

lelaki nangis

Kebiasaannya ketika demam saya tidak mengambil sebarang ubat moden atau tradisional.

WAJIB BACA :   Yang mana lebih baik, lelaki kacak atau lelaki berduit ?

Saya cuma mengambil air kosong dengan banyak.Makan buah-buahan segar lebih dari biasa dan rehat yang mencukupi.

Saya mengambil madu sebagai alternatif antibiotik.Selain itu saya juga menjadikan hirisan lemon dicampur madu sebagai minuman.Sedapnya terangkat bulu kening hahahaha.

Setelah beberapa hari demam baharulah saya tahu betapa nikmatnya waktu sihat.

Nikmat sihat  begitu banyak sekali.

Kalaulah boleh nak sihat sehingga ke hujung hayat.

Saya nak menikmati hidup ini dengan kesyukuran semaksima mungkin.

Sementara nyawa masih dikandung badan.

Sebab kita tidak akan tahu bila kita akan pergi buat selama-lamanya.

Mungkin dalam keadaan bersedia atau belum sempat bersedia ?

Mungkin ketika masih solo ?

Mungkin ketika sudah berdua ?

WAJIB BACA :   Tips hadapi kemelesetan ekonomi 2023

Tiada yang pasti.

Yang pasti itu MATI.

Comments 33

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge