Beberapa hari yang lepas jam G-Shock saya habis bateri. Oleh sebab sudah jemu dengan jam tersebut saya bercadang pula untuk menukar jam baharu. Tukar selera dan berubah angin.
Saya memang gemar memakai dan peminat jam sejak dari kecil lagi. Entah berpuluh jam sudah saya guna terutama jam pakai buang.
Sebut saja apa jenis jam dari jenis analog hinggalah kepada jam digital pernah saya pakai sehingga saya tidak tahu ke mana jam tersebut menghilang atau terbuang.
Biasanya kalau habis bateri, rosak dan hilang memang saya tak akan cari lagi. Sikap buruk yang saya akui sendiri.
Memandangkan saya ada kelapangan masa, terus saja saya cari di Shopee dan hari ini saya terbeli smartwatch terbaik bawah RM50. In shaa Allah kalau rajin saya akan tulis review pulak.
Bukan jenama terkenal kerana jam berjenama dan mahal sekali pun tiada maknanya jika kita sendiri kurang menghargai masa. Saya la tu.
Dari semalam saya mengintai ratusan jam di platform tersebut. Semuanya saya kurang berkenan dan rasa kurang berkeinginan untuk membeli kerana pelbagai faktor.
Selain kekangan bajet, faktor psikologi juga main peranan. Saya di ambang nak beli jam jenis digital atau jam pintar. Kesudahannya saya macam tidak pintar.
Ya, diakui saya lemah dan rambang mata apabila memilih barangan di platform dalam talian. Berlambak pilihan.
Oleh sebab saya sudah rasa jemu untuk terus memilih, akhirnya saya terbeli smartwatch terbaik bawah RM50 berjenama DZ09 Smart Watch Digital.
Harga yang dipaparkan RM30.99 tetapi saya dapat harga RM24.27 kerana dapat diskaun RM6.72. Saya tolak jauh-jauh rasa menyesal kerana belum puas lagi untuk memilih.
Reda itu lebih baik.
Memandangkan saya sudah bersahabat dengan AI, saya suruh ia menulis ayat propaganda yang lebih tersusun untuk jam tersebut.
Jom layan apa kata AI…
DZ09 Smart Watch – Smartwatch terbaik bawah RM50 & Bergaya Untuk Semua
Temui DZ09 Smart Watch – jam tangan pintar dengan skrin sentuh, kamera, fungsi Bluetooth, dan banyak lagi. Serasi dengan Android dan iOS. Gajet pelengkap gaya hidup moden anda.
Kenapa Pilih DZ09 Smart Watch?
Dalam dunia serba pantas hari ini, kecekapan dan keselesaan sangat penting. DZ09 Smart Watch direka khas untuk anda yang mahu kekal produktif tanpa mengorbankan gaya. Ia bukan sekadar jam tangan biasa – ia adalah pembantu peribadi di pergelangan tangan anda.
Fungsi Hebat Yang Menjadikan DZ09 Smart Watch Unik
1.Keserasian Luas Dengan Peranti Android & iOS
DZ09 boleh dihubungkan dengan hampir semua telefon pintar Android dan juga beberapa peranti iOS. Anda hanya perlu sambungkan melalui Bluetooth dan semua notifikasi penting akan terus dipaparkan di jam tangan anda.
2.Panggilan Bluetooth & Bebas Tangan
Menjawab panggilan telefon kini lebih mudah – anda tidak perlu lagi mengeluarkan telefon dari poket. Dengan fungsi bebas tangan, anda boleh terus berkomunikasi dengan lancar, sama ada semasa memandu atau bekerja.
3.Kamera & Rakaman Video
Rakaman spontan kini lebih mudah. Dengan kamera 2.0MP terbina dalam, anda boleh mengambil gambar dan merakam video secara terus daripada jam tangan anda.
4.Penjejak Aktiviti Harian
Ingin kekal aktif dan sihat?
DZ09 mempunyai pedometer untuk mengira langkah, dan anda juga boleh menyelaraskan muzik serta menggunakan kamera kawalan jauh melalui telefon pintar anda.
5.Rekaan Bergaya, Sesuai Untuk Semua Majlis
Warna hitam klasik menjadikan DZ09 sesuai dipakai ketika bekerja, bersukan atau bersantai.
Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu
Sebelum anda membuat pembelian, perlu diingat bahawa DZ09 hanya menyokong kad SIM 2G dan rangkaian GSM 850/900/1800/1900.
Pastikan anda menggunakan kad SIM yang serasi untuk prestasi terbaik.
Kad 4G atau 5G mungkin tidak berfungsi dengan baik.
Kesimpulan
Dengan harga yang sangat berpatutan dan pelbagai fungsi yang ditawarkan, DZ09 Smart Watch adalah pelaburan terbaik untuk sesiapa sahaja yang mahu bergaya sambil kekal berhubung dan aktif.
Sudah tentu sesuai untuk pelajar, pekerja, ahli perniagaan atau sesiapa sahaja yang mencari gajet pintar yang serba boleh dan mungkin juga dianggap smartwatch terbaik bawah RM50.
Realitinya kita tunggu dan lihat.
Sehingga jumpa lagi….keep in touch.

Ini betul2 mampu milik ni!
boleh dikatakan macam tu..
harap cepat sampai dan tahan lama ketika diguna
semoga jam nya awet dan tahan lama ya bang.. kalo sudah rusak di koleksi saja bang, buat kenang”an hehe saya pun pengguna jam tangan, tapi bukan smartwatch lah.. lebih ke jam analog biasa… karena walau sudah bawa HP tetap saja ada yg kurang kalau tak pakai jam tangan.
mula-mula memang ada koleksi jam tapi sebab tak letak tempat yang sesuai …lama-lama terbuang dalam tong sampah
sama lah linda, sama ada jam habis bateri @ rosak…kalau tak, memang pakai yang tu j elah…tapi nie dah pakai smartwatch, tak tau lah bila pula nak habis baterinya…kikiki…sebab boleh dicas
bateri ada jangka hayat tertentu dan pasti akan bertukar juga nanti
apa-apapun beli sesuatu ikut keperluan dan kemampuan sendiri
Wahhh, power betul aura Shopee ni… asal niat nak tengok-tengok je, tahu-tahu “terbeli” 🤣 DZ09 tu legend ba tuan! Kalau dia ada perasaan, mesti dia bangga dipilih lepas ratusan jam lain kena swipe tepi 😎⌚
Part “kesudahannya saya macam tidak pintar” tu buat saya gelak sambil angguk2. relate sangat! Tapi jangan risau, jam RM24 tu kadang lebih ‘setia’ dari yang ratus-ratus. Janji dia boleh bagitahu pukul berapa, kita pun dah cukup rasa disayangi. 😂
AhmadiKatu recently posted…Masalah Trafik Blog Kosong: Bila Hanya Kau Yang Baca
Sebab itu ada orang shopee ini berhantu
ramai yang terjebak terutama mereka yang ada kemampuan..
tekan jer shop now atau pay now maka keluarkan wang dari genggaman kita
harap jam ini nanti berbaloi walaupun harga bawah RM50
Hahah tepat sangat tuan! Kadang tu bukan nak beli pun, tapi tiba-tiba barang sampai depan pintu 🤣 Semoga jam tu memang berbaloi dan bukan sekadar kenangan checkout tengah malam. kan.
AhmadiKatu recently posted…Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak
Kita tunggu dan lihat
biasa kalau beli online nie
lain yang order dan lain pulak yang sampai
kalau boleh saya puas hati la..kalau tak kira duit hangus jelah
Sy suka ciri #3 tu, ada fungsi camera 🙂
tapi resolusinya tidak sebaik telefon hehehe
ni memang mampu milik. sekarang ramai yang mencari murah dan berkualiti over branded.
sebab fungsi yang murah lebih kurang saja dengan yang mahal..
mahal kerana jenama saja
tengah mencari jugak ni
carilah yang sesuai
cadangan saya..cari ikut keperluan dan bukan kerana gaya semata-mata
Mesra poket betul ini jam. Tp design dia not bad, ada ciri futuristik lah sikit
Pencari Info recently posted…Menu Breakfast Kaya Protein
ya bro.
saja nak cuba jam pintar
buat permulaan sebelum keluar model yang lebih menarik suatu hari nanti
berbaloi harga mampu beli ni! hehehe
boleh dikatakan mampu milik oleh semua orang
dengar cerita jam ini untuk anak-anak
sy guna jam Mi Watch yg dibeli di Shopee. Harga x sampai rm100. Sy memang byk koleksi jam…sampai 10 tp yg kerap dipakai 3 utas aje..
abam kie recently posted…My Childhood Memories in a Small Village in Kelantan
wah…banyak betul jam abam Kie
boleh simpan untuk jual preloved kelak hehe
Eh, sama kita. Saya punya kawan baik pun AI juga. Ni hasil pengaruh Encik Hanafi juga, tau! Selalu sebut chatGPT. 😀
Murah sangat tu, harga jam. Semoga tahan lama dan berfungsi dengan baik.
harga yang murah dan jangan bagi harapan yang terlalu tinggi
apa-apapun doa yang baik-baik
CHATGpt salah satu AI yang bagus tapi penggunaan ada limit untuk yang percuma
eh dia hanya di support dengan card 2G? masih ada pakai ya card 2G skr ini?
jadi teringin beli smart watch. tp saya perlu utk menghitung latihan workout saya, kalori, jumlah langkah, dan kualitas tidur 😄
untuk kad 2G saya tidak pasti lagi bagus ke tak
kalau tak dapat juga terpaksalah guna untuk check masa saja
namun kalau murah tak menyesal sangat kalau tak bagus
It’s not a website in English language, I see.
Siam recently posted…‘I Know What You Did Last Summer’ Review
You’re right — it’s not an English-language website.
Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna! Sukar nak percaya adaSmart Watch dengan fungsi menarik pada harga bawah RM50. Ulasan anda sangat membantu untuk sesiapa yang cari jam pintar bajet tapi berkualiti. Teruskan berkongsi info hebat seperti ini!
terima kasih
moga ada manfaatnya kepada mereka yang memerlukan
Wow, dapatBest Smart Watch
bawah RM50 dengan fungsi lengkap macam ni memang berbaloi sangat!”
ya betul.
memang berbaloi
sumsung smart watch murah tapi berguna.
Betul..
murah tak kisah janji dapat pakai