Tertunai Hajat Untuk Makan di NeNe Chicken Plaza Merdeka

Admin dah lama berhajat untuk makan di NeNe Chicken Plaza Merdeka.Akhirnya hajat tersebut terlaksana juga.

Alhamdulillah.

Pada mulanya admin ternampak banner NeNe Chicken di Plaza Merdeka.Itupun sebelumnya memang ada keinginan selepas mengetahui kejadian Nene Chicken CityOne tempoh hari.

Kini Nene Chicken Kuching semakin popular selepas itu.

Dulu hari-hari admin  nampak kelibat banner NeNe Chicken. Lama kelamaan terpengaruh juga untuk mencuba.Itulah hebatnya iklan menggunakan banner.

Masuk restoran admin bagaikan rusa masuk kampung.Tak tahu nak pilih apa.Betul-betul macam orang kampung.Serius admin memang asal orang kampung pun.

Nasib baik tak bawak awek.Kalau ada memang kena gelak sakan. Lebih menyayat hati kalau kena tinggal awek sebab ada boyfriend yang tak Friendly Fast Food.( sekadar gurau)

Admin sebenarnya ada pengalaman menjadi pekerja restoran segera selama 4 tahun suatu ketika dahulu. Dengan pengalaman tersebut admin cuba menguji staf yang bertugas ketika itu. Admin minta penerangan daripada gadis cashier. Penerangannya sangat bagus.Jelas dan menyakinkan.

Akhirnya admin pilih menu yang ada nasi perang dan ayam goreng tidak bertulang. Istilah lainnya Nene Dosirak yang berharga RM16.Perisa pula admin nak yang jenis manis atau Swicy.

Ada pelbagai pilihan termasuk Original, Bulgogi dan Freaking Hot. Selain itu ada banyak menu yang lain termasuk burger, ayam goreng dan pelbagai lagi.

Elok sangat sediakan duit yang banyak.Lagi banyak duit lagi banyak pilihan untuk dimakan.Tak salah mencuba jika nak makan,Cuma jangan membazir makanan.Tak habis boleh bawak balik ke rumah untuk dimakan orang tersayang

Tentu tak lengkap kalau makan tanpa minuman.

Admin order Ice Lemon Tea.Ada pelbagai pilihan soft drink.

Malahan NeNe Chicken menyediakan kemudahan untuk boleh top up air minuman secara percuma.Boleh itu bah.

Keseluruhan harga makanan  yang admin bayar dalam RM24.50

Mengigil kepala lutut.Kebetulan pula wang tunai yang dibawa cuma RM23.

Alamak tak cukup.Gelabah seketika.

Nasib agak baik restoran Nene Chicken boleh menerima kad debit.Paling bernasib baik kerana masih ada duit dalam kad debit tersebut.

Ada duit ada segalanya.Fuh !

Tekan sahaja nombor pin maka urusan niaga berjalan lancar. Jika tidak, malu besar kerana makan tempat mahal tetapi duit tak cukup.

Sebenarnya admin ada menyelit wang tunai kecemasan dalam dompet. Cuma pada masa tersebut tak ingat langsung.

Inilah gara-gara asyik teringat bilalah dapat bawa awek cantik untuk makan bersama di Nene Chicken. Boleh makan bersuap sambil bertentang mata dengan senyuman manja.

Ceh !

So sweet gitu dan romantik la sangat.

Kesimpulan

Dari segi rasa memang tidak mengecewakan. Jujur memang sedap makanan di Nene Chicken.

Sedap macam manapun jika makan sorang-sorang tidak terasa nikmatnya.Lain kali boleh bawa rombongan anak yatim jika sudah berkemampuan, kaya dan mewah segala-galanya sehingga ke jannah.

Aamiin.

Harga boleh dikatakan agak mahal untuk orang kampung macam admin. Bagi orang bandar harga tersebut boleh pejam mata.

Sungguhpun begitu admin amat menyarankan pembaca harus mencuba Nene Chicken yang berasal dari Korea ini.

Peminat cerita orang Korea wajib cuba.Sambil makan boleh imaginasi duduk dengan gadis Korea atau pemuda Korea.

Nak tahu. jom ke Nene Chicken yang berhampiran atau layari http://www.nenechicken.com.my/ untuk maklumat lanjut.

p/s: Review ini sekadar pandangan peribadi dan tiada bayaran secara komersial tau !

20 thoughts on “Tertunai Hajat Untuk Makan di NeNe Chicken Plaza Merdeka”

  1. tak jumpa lagi outlet ni kat KL, kalau tk nak juga mencuba..nampak sedap dgn beras perang korea tu..

    amiin..semoga niat tuan admin nak belanja anak yatim dimakbul olehNya..

    • aamiin..

      memang itulah niat murni saya nak belanja anak yatim makan sedap-sedap.

      saya tahu bagaimana perasaan mereka kerana saya juga anak yatim

    • Budaya orang Jepun dan Korea sama..

      mereka meletakkan makanan pada harga yang mahal.

      bagus juga ..tidak membazir ..

      nak makan banyak pun takut hahaha

  2. tak pernah try lg, tp teringin nk try jgk makanan korea nih…
    nampak rupa nya mcm ranggup je… mmg agak mahal la 1 set rm24+
    sesekali layan boleh la, doa2 lps ni blh try mkn bertemankan awek ye

Leave a Reply to Admin Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: