Testimoni Dari Pembeli Ebook Actionable SEO

ebook Actionable SEO

Testimoni Dari Pembeli

Saya adalah pembeli ebook Actionable SEO dan memberi testimoni yang ikhlas tanpa dibayar atau tanpa diarahkan mana-mana pihak melainkan diri sendiri.Sebab itu saya jujur nak buat pengakuan dan berkata benar dengan apa yang saya alami sendiri.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel pendek iaitu Artikel Tanpa Sentuhan Actionable SEO Ketika itu saya belum baca,telaah dan amalkan ilmu tersebut walaupun  sudah menbeli.

Hasil pembacaan tersebut saya telah berjaya buat beberapa setting plugin WordPress.Dulu saya tak tahu.Kini dah tahu.Selepas belajar dari Actionable SEO saya nampak mengapa blog saya kurang menyengat dalam bab SEO.

Belajar SEO dengan guru

Secara dasarnya SEO bukan perkara baru buat saya.Sebelum ini saya pernah berguru dengan seorang blogger yang pernah menjadi juara peserta SEO contest pada tahun 2014.Pada ketika itu saya menggunakan platform blogspot.

Selain berguru secara langsung,saya juga belajar dengan membaca artikel-artikel yang berkaitan SEO dari blog di Malaysia dan Indonesia.Ada juga sekali sekala membaca blog antarabangsa dari Amerika Syarikat dan India.

Membaca blog dan belajar secara tidak langsung memang baik tetapi belum menjadi terbaik.

Jika nak dapatkan yang terbaik harus belajar secara langsung dengan guru atau pakar dalam bidang tersebut.Saya pernah belajar dengan kawan sendiri yang diakui hebat mempunyai trafik blog yang lebat.

Belajar SEO tidak pernah berhenti

Atas keperluan tersebut saya membeli ebook Actionable SEO hasil penulisan Pakar SEO dan Pemasaran Konten Malaysia.Beliau pernah menjadi Speaker dalam Sepetang Bersama Blogger 2017 yang lalu.

Tak lain tak bukan.Beliau adalah Dr Wan Yusof Wan Jeffery dari Kota Baharu Kelantan.

Konsep Actionable SEO yang ditekan oleh Dr Wan Yusof adalah ilmu buat atau ilmu amal.Dah tahu jangan sekadar tahu sahaja tetapi amalkan terus.Buat secara istiqamah.Pendek kata buat sampai jadi.

Saya belajar menggunakan teknik buat satu persatu tanpa meninggalkan satu langkah sekalipun.Ada juga yang saya langkaui langkah tersebut apabila berjumpa dengan pilihan seperti plug in Yoast atau All In One SEO.

Kedua-dua plug in tidak boleh dijalankan secara serentak.

Mana-mana bahagian yang saya belum faham saya emailkan terus kepada Dr Wan Yusof.Tengok bagaimana beruntungnya kalau belajar secara langsung dengan guru.

Saya anggap tindakan saya wajar dan tepat.Saya akui proses belajar SEO bukan jangka pendek.Ia adalah rancangan jangka panjang.

Mungkin lain orang lain caranya.Ada yang beruntung dapat memahami dengan pantas.Ada yang agak beruntung kerana proses pemahamannya mengambil masa.

Sabar itu penting dan ingat bahawa antara cara orang masuk syurga tanpa hisab ialah orang yang sabar.

Betul tak?

Tak betul, tolong perbetulan saya.

Selain tutorial memasang plug in, saya juga belajar kajian kata kunci.Saya belajar banyak perkara.Sebelum ini saya congak sahaja.Sekarang ini saya buat dengan kajian terperinci.

Belajar kajian kata kunci

Memang kajian kata kunci ini mengambil masa.Malah kawan saya kata dia pernah buat kajian kata kunci satu jam sebelum menulis artikel yang tidak sampai pun 30 minit untuk ditulis.

Kalau saya boleh sehari suntuk untuk menyiapkan satu artikel.Tulis,edit dan publish serta promosikan artikel tersebut.

Itu baru sebahagian.Ada banyak lagi perkara yang saya belajar.Jika nak tahu boleh dapatkan ebook Actionable SEO.

Saya berharap kawan-kawan blogger yang sama kasta dengan saya jangan berhenti berusaha.Kita insan terpilih kerana sifat yang sama.Kita nak sangat berjaya dan kuat sangat berusaha.

Namun rezeki belum menyebelahi kita kerana Allah SWT Maha Mengetahui kita jenis orang yang sabar untuk menikmati kejayaan tersebut.

Kesudahannya

Teruskan berusaha.Teruskan belajar.Terus buat apa yang kita telah belajar dan yang paling penting sekali jangan berhenti belajar.

Akhir kata, jangan ragu ragu untuk mendapatkan ebook  Actionable SEO

 

Sumber rujukan:

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

7.Mantera Pemasaran Untuk Jualan Luarbiasa

 

 

(Visited 105 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Testimoni Dari Pembeli Ebook Actionable SEO”

    1. basic SEO ..mainkan pada template

      template ok..pergi kata kunci..

      kata kunci ok..pergi ke artikel

      artikel ok…pergi ke konten..

      konten adalah gabungan artikel,video,gambar dan sebagai

      faham tak.hehehe

  1. Terima kasih Tuan Hanafi di atas review ebook Actionable SEO ini.
    Makluma balas dan word of mouth begini menjadikan saya semakin berkobar-kobar untuk terus menghasilkan ilmu premium dengan sungguh-sungguh.

    Semoga Tuan Hanafi mendapat manfaat berbaloi-baloi.

    Mantranya: Supaya mahir ilmu buat, saya akan buat, buat dan buat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge