Sebelum menulis artikel ini saya jogging dulu. Ia merupakan rutin orang sihat. Biasanya aktif bersenam, jaga pemakanan dan ambil suplimen seperti halia hitam.
Semasa berjoging, saya terlihat dan terfikir tiga senario kehidupan.
1.Kucing putih
Seekor kucing berkeliaran. Mencari makanan yang tersisa di sekitar restoran. Lantas saya terfikir. Alangkah bertuahnya kucing tersebut kerana tidak perlu fikir tentang rumah. Ke sana dan ke sini sebagai binatang gelandangan.
2.Sepasang burung
Sepasang burung bercanda. Bermesra sambil menikmati alam semulajdi. Apabila saya mendekati sepasang burung ini, ia terus terbang ketakutan. Saya pun terfikir, alangkah beruntungnya burung tersebut kerana ditemani pasangan. Tidak sunyi dan tidak sepi.
3.Keluarga muda
Seorang suami duduk termanggu di suatu tempat sebelum menuju ke tempat kerja. Saya perhatikan dari jauh. Tidak lama selepas itu, kelihatan isterinya mendekati suami sambil mengendong anak yang masih kecil.
Mungkin setahun dua usianya. Tanpa berfikir panjang saya doakan mereka dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dan kesihatan berpanjangan.
Saya teringat nostalgia saya yang pernah menjadi suami suatu ketika dahulu. Terkenang pula anak saya yang pernah dikendong ibunya.
Kini sudah remaja dan akan menjejak kaki ke universiti. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana Allah sudah kurniakan saya zaman berumah tangga walaupun hanya bertahan 17 tahun sahaja.
Tiga perkara kosong yang mesti dielakkan
Berbalik saya kepada topik utama artikel ini. Ada tiga perkara kosong yang wajib atau mesti kita hindari sebaik yang mungkin.
Ada banyak sebenarnya tetapi saya suka untuk bongkar kepada tiga perkara ini dahulu.
1.Otak kosong
Agak kasar juga bunyinya. Otak kosong ialah otak yang tiada ilmu, tidak mahu berfikir dan selalu dibiarkan berangan-angan tanpa hala tuju.
Otak kosong mudah terjadi kerana tabiat kita yang tidak suka membaca, belajar atau menuntut ilmu.
Pendek kata otak kosong kerana sikap ambil senang dan ambil mudah banyak perkara.
2.Cakap kosong
Orang begini seperti tin kosong. Cakap bukan main tetapi tindakan tidak seperti diungkapkan. Ada orang kata, dengar boleh tetapi percaya jangan .
Bagi saya lebih baik jangan dengar terus dan ucapkan selamat tinggal untuk mereka. Masa kita sangat berharga untuk dibazirkan dalam menyantuni mereka yang suka cakap kosong.
3.Poket kosong
Sindrom yang banyak melanda orang masa kini ialah poket kosong. Dengan pelaksanaan PKP dan serangan pandemik Covid-19, ramai hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Perniagaan tutup, gulung tikar dan tidak bermaya lagi.
Memang sukar untuk mengelakkan diri dari poket kosong.
Sebutlah apa-apa bantuan, dana dan KWSP memang tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi golongan peniaga yang memang tiada caruman KWSP. Nyawa-nyawa ikanlah jawapnya. Ini tidak bermakna tiada cahaya di hujung terowong.
Saya sarankan mereka yang bakal hadapi poket kosong atau sudah pun poket kosong terus berusaha mengubah keadaan. Caranya menyertai Team Siber Sukses.
Penutup
Tiga perkara kosong yang saya cerita tadi bukan perkara baharu dalam masyarakat hari ini. Ia boleh diubah. Boleh dihindari dan dicari solusi.
Sama seperti penyakit pasti ada ubat kecuali mati. Masalah juga sama. Pasti ada penyelesaian. Langkah paling ampuh berdoa dan selalu percaya Allah sentiasa ada bersama anda.
Kadang saya pun camtu juga. Bila kita lari, kita nampak orang dan haiwan, kita refleks balik benda tu dalam hidup kita. Tu pasal saya suka berlari. Sambil lari, dapat muhasabah diri. Betul tu, Allah ada dengan kita. Doa je, minta dengan Dia.
Nur recently posted…Selamat ari raye aji
ya…betul.
berfikir untuk muhasabah diri
Kupasan yang menarik… syabas… keed up the good work…
komen yang macam selalu dengar.
btw..terima kasih sudi singgah
Menarik untuk dibaca di hujung minggu. semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Media Klik recently posted…Zehra Güneş, atlet tinggi lampai Turki menjadi trending di Olimpik Tokyo 2020
terima kasih tuan.
moga dapat manfaat hendaknya
sambil jogging sambil observe keliling dan berfikir. bagus tu
ya..betul.
harap cara ini dapat saya kekalkan untuk lebih banyak idea untuk menulis
hidup kita pasti x terlepas drpd sslh satu kosong tu😢
paling sukar dan mencabar …jiwa kosong hehehehe
doakan Hans tak ada 3 perkara kosong tu
risau kan
Hans recently posted…Perbaharui Takaful Dan Cukai Jalan Kenderaan Melalui Platform Atas Talian CAKNA
samma-sama kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik bro…aamiin