Tiga tanda poket belum sihat

Jangan kata badan sahaja nak sihat. Poket juga perlu sihat.

Apakah tanda-tanda poket belum sihat ?

Poket kurang sihat yang saya maksudkan ialah orang yang tidak mempunyai wang yang cukup.

Tiada simpanan, hutang sangkut sana-sini dan krisis kewangan yang parah.

Mari saya kongsikan dengan anda bagaimana tanda poket belum sihat.

Sebelum itu saya nak ceritakan pengalaman saya sewaktu jadi juruwang ketika bekerja di restoran segera suatu ketika dulu.

Tidak juga lama sangat.

Adalah lebih kurang empat ke lima tahun dahulu..

Saya suka perhatikan gelagat manusia.

Dari situ, saya belajar memahami erti kehidupan.

Makna kemanusiaan dan kasih sayang.

Pada hujung minggu kebiasaannya satu keluarga makan di restoran.

Ada anak, isteri dan suami.

Kadang-kadang bawa dengan datuk dan nenek sekali.

Memang meriah dan seronok tengok.

Dalam keadaan seronok dan teruja saya terharu apabila tiba masa membayar harga makanan dan minuman yang di ‘order’.

Siapakah yang membayar atau mengeluarkan wang  di kaunter ?

Cuba teka ?

Suami atau isteri ?

Jawapannya isteri dan tidak dinafikan ada juga suami.

Saya bersangka baik.

Mungkin isteri yang pegang duit suami.

Jadi isteri yang kawal dan urus belanja.

Persoalannya dalam 10 keluarga yang datang, hanya dua keluarga sahaja yang pihak suami yang bayarkan.

Selebihnya memang isteri.

Betullah isteri sebagai menteri kewangan dalam keluarga.

Itu tanda tidak rasmi poket si suami kurang sihat.

Jangan marah kerana belum ada bukti secara saintifik.

Tanda kedua ketika shopping di kedai ternama setakat belek-belek.

Bukan sekejap tapi lama-lama.

Dan habis belek tapi tak beli.

Ini tanda mereka yang poketnya belum sihat.

Kalau beli bajet akan lari.

Namun keinginan itu tetap ada.

Malah bukan setakat keinginan tapi keperluan walaupun bukan pada tahap terdesak.

Kita pergi ke tanda ketiga pula.

Tanda orang yang poketnya kurang sihat sentiasa mahu percuma.

Makanan percuma. Minuman percuma.

Malah yang lebih menarik lagi sentiasa mengharapkan bantuan secara percuma.

Mungkin untuk belajar, sekolah anak dan bantuan perniagaan.

Mengapa mereka sanggup berbuat demikian?

Adakah kerana terpaksa atau pemikiran mereka mahu jalan selamat, selesa dan senang semata-mata?

Saya selalu pesan kepada diri sendiri: kalau sentiasa berharap bantuan, bila masa diri kita akan maju, berjaya atau kaya.

Meminta bantuan tidak salah.

Tetapi sentiasa mengharap bantuan bukan tindakan yang bijak.

Sama-sama kita renungkan dan bermuhasabah diri.

Jika tadi saya berkongsi tanda-tanda orang poket kurang sihat, sekarang pula saya berkongsi cara nak menyihatkan poket pula.

Ada tiga cara yang praktikal dan mudah untuk diamalkan.

Terpulang sama ada sanggup, berani atau rela sahaja.

Cara pertama, kerja lebih masa.

Bayangkan masa rehat dan sedap-sedap di rumah terpaksa bekerja lebih masa.

Demi wang dan keperluan hidup, masa untuk bersantai dan bersenang-lenang wajar untuk korban.

Kerja lebih masa akan mengakibatkan lebih wang atau lebih pendapatan.

Cara kedua berjimat tahap gaban.

Namun cara ini bukan yang terbaik dan tidak praktikal untuk kebanyakan orang terutama kepada yang sudah berumah tangga.

Sanggupkah seorang ayah membuat catuan makanan untuk anak-anak dan isterinya.

Makan ala kadar dan apa yang ada.

Makanan yang kurang sihat berisiko untuk mengundang sakit.

Bila anak atau isteri yang sakit, siapa yang akan susah?

Berapakah belanja untuk merawat mereka ?

Apabila tiada berwang, anda sebagai ketua keluarga akan membiarkan tanggungan menuju maut tanpa usaha?

Mohon dijauhkan walaupun keberangkalian sangat tinggi jika berjimat dengan soal pemakanan yang sihat.

Akhir sekali atau cara yang ketiga dengan melibatkan diri dalam perniagaan networking.

Mengapa perniagaan networking ?

Sebab perniagaan ini tiada risiko melainkan jadi kaya dan berjaya jika kena dengan caranya.

Modal permulaan sangat rendah dan terjangkau oleh sesiapa sahaja.

Bukan itu sahaja, ilmu pemasaran dan ilmu perniagaan akan diberikan pihak syarikat sendiri dengan cara hampir percuma.

Maklumat lanjut perniagaan networking sudah saya tulis dalam artikel berikut.

BISNES NETWORKING PALING SENANG NAK BUAT

Demikian cara untuk mengatasi poket kurang sihat agar menjadi lebih sihat dan gemuk.

Jangan lupa bantu mereka yang bermasalah poket kurang sihat hanya kongsikan pautan ini kepada mereka.

Andainya mereka berjaya, anda akan dapat pahala yang berterusan.

Betul tak ?

8 thoughts on “Tiga tanda poket belum sihat”

Leave a Reply to anies Cancel reply

CommentLuv badge
%d bloggers like this: