Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Ada apa dengan aplikasi istighfar?Ramai sedia maklum bahawa saya tidak lagi membuat promosi untuk Aplikasi Duit.Ramai pembeli yang tak puas hati.Ramai juga yang kecewa kerana tidak ada hasil.Jadi saya anjurkan buat sahaja aplikasi baru iaitu aplikasi istighfar.

Untuk membuat aplikasi istighfar tak perlu bayar seperti aplikasi duit.Semua percuma.

Aplikasi istighfar merujuk kepada amal istighfar

Itu sahaja.

Mana lagi nak cari aplikasi yang percuma tetapi mempunyai kesan yang luarbiasa.Kalau bukan buat aplikasi istighfar.

Mungkin ada yang tertanya-tanya?

Mengapa saya busy body nak suruh orang Istighfar.Dosa orang lain maka orang lain la menanggungkannya.

Baiklah saya jawap kemelut ini.

WAJIB BACA :   5 cara mencari jodoh yang terbaik

Saya membuat analisis sendiri berdasarkan perkembangan yang berlaku sekeliling.Ramai sekarang ini nak cari duit lebih.

Nak cari pendapatan lebih.Mungkin ada juga nak cari isteri lebih [ gurau aje].

Mereka ini termasuk saya juga,ada kesulitan dan himpitan ekonomi.Kita dah tiada pilihan.Akal dah buntu.Jalan kejayaan susah nak nampak.

Nak ke depan susah dan nak kebelakang pun payah.Apatah lagi nak koner kiri dan kanan.

Jadi talian hayat terbaik  adalah istighfar.Jika nak pakej lengkap buat juga sedekah,selawat,solat,zikir dan baca Al Quran serta doa kaw-kaw.

Saya faham kerana tak semua mampu untuk memilih pakej yang demikian.Bukan kerana mahal tetapi hati dah kotor.Hilang nur atau cahaya untuk beribadah.

WAJIB BACA :   Cerita Menarik Wang Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH )

Semoga saya dan pembaca dijauhkan perkara ini.

Pilihan paling asas ialah Aplikasi Istighfar

Dengan istighfar kita tidak perlu yakin pada usaha sendiri sebaliknya bergantung sepenuh harap kepada Allah SWT selepas habis ikhtiar.In shaa Allah akan ada sumber yang kita tidak  sangka akan datang.

Saya pernah tulis sebelum ini dalam konten Testimoni Istighfar Oleh Pengamal Tegar

Boleh rujuk balik sekiranya belum baca.Nak baca lagi dipersilakan.Tak rugi.Lagi kerap baca maka lagi faham.

Tak faham juga pun tak pe.Saya syorkan sahaja untuk menonton video ini :

Sebelum itu saya nak minta tolong rakan pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan dan ingatan tulus ikhas daripada saya.

WAJIB BACA :   Kayo-kayo Di Plaza Merdeka Kuching Sarawak

Kesimpulan:

Jom kita aplikasi istighfar ramai-ramai.Lagi ramai lagi bagus.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

Comments 13

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge