Tulis Blog Dengan Gaya Tersendiri

Tulis Blog Dengan Gaya Tersendiri…Artikel terbaharu untuk bulan yang baharu.Dalam artikel kali ini kata diri ‘saya’ akan digantikan dengan ‘Mrhanafi’.Agak janggal namun cuba dulu.Sesuai ke tidak, Mrhanafi perlukan dapatkan maklum balas dari rakan blogger dan pembaca yang lain.

Penulisan blog penuh seni dan strategi.Mrhanafi akui masih belajar.Perlu mengasah kemahiran menulis dengan gigih.Mrhanafi perlu menulis tanpa mengenal erti putus asa.Apatah lagi untuk lemah semangat dalam menghadapi apa jua cabaran.

gaya tersendiri

Sebab itu Mrhanafi mesti merancang strategi dan teknik yang berunsur santai,rileks dan tenang.Mrhanafi faham bahawa menulis mesti ada perkara yang betul-betul memberi manfaat kepada pembaca.

Ada info yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pembaca.Sebenarnya bukan perkara mudah.Tetapi tidak juga terlalu sukar sehingga tidak boleh dilakukan.

Ternyata permulaan bulan Disember ini Mrhanafi akan menulis dengan santai.Ia memang konsep blog yang sememangnya Mrhanafi inginkan.Sungguhpun santai Mrhanafi nak menulis dalam lingkungan 300 patah perkataan.

Boleh dipanjangkan lagi.Cuma pendek dari itu Mrhanafi nak elakkan.Rasionalnya.Ia sebagai satu disiplin kepada Mrhanafi sendiri.Buat kerja biar bersungguh-sungguh.Lagipun jumlah kepanjangan artikel 300 patah perkataan menepati ciri-ciri SEO (search engine optimazation).

Mungkin ada yang nak bertanya.Apa yang nak Mrhanafi kongsikan dalam blog ini.Dengan rasa rendah hati, Mrhanafi ingin berkongsikan kisah atau jurnal kehidupan Mrhanafi sebagai blogger,pengamal media sosial,pekerja makan gaji dan akan datang pula pengalaman sebagai Pengamal Hipnosis Bertauliah.In Shaa Allah semuanya dalam perancangan kerjaya masa hadapan.

Kini Mrhanafi tiada keinginan yang  kuat untuk menjadi kakitangan kerajaan.Walaupun sekarang ini sudah disediakan Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan.Mrhanafi bersyukur kerana isteri sudah menyertai perkhidmatan kerajaan.Itu rezeki dia.Mrhanafi pula ingin berjaya sebagai usahawan meskipun melalui ranjau penuh berliku.

Mengimbau kembali beberapa tahun ke belakang, Mrhanafi masih belum berpuas hati.Kejayaan kecil Mrhanafi sebagai blogger baru nak bermula.Dulu ada satu blog.Sekarang dah ada 3 blog berdomain sendiri yang mempunyai pelbagai niche.Alhamdullilah.Perjuangan penulisan blog tetap akan diteruskan.

Blog-blog ini Mrhanafi tulis dengan gaya tersendiri dan ada kelainan antara satu sama lain.Namun tidaklah terlalu jauh berbeda kerana minda yang memuntahkan ideanya ada pada orang yang sama.

{sekilas pandang}

Secara praktikalnya Mrhanafi belum terserlah dalam bidang penulisan.Namun dalam bidang komunikasi lisan Mrhanafi akui jauh lebih baik dari menulis.Itu pandangan rakan yang pernah menilai Mrhanafi secara peribadi.

Namun Mrhanafi tidak boleh berpegang kepada skrip yang orang lain sediakan.

Mrhanafi ada cara dan gaya tersendiri untuk mencipta kejayaan baik sebagai blogger maupun orang yang biasa untuk menjadi luar biasa.

(Visited 7 times, 1 visits today)

30 thoughts on “Tulis Blog Dengan Gaya Tersendiri

  1. Okje dengan sebutan mr.hanafi. Saya masih terketar-ketar menulis setiap entry. yang pasti menulis dalam blog ini kena dengan perasaan yang tulus agar apa yang kita sampaikan pada pembaca akan sampai dengan jayanya. Yang penting kita kena rajin,practice make perfect kan mr.hanafi…?? ^_^

  2. Memang agak janggal bro…tp mungkin bro ada perancangan tersendiri disebalik pertukaran tersebut… 🙂

    300 patah perkataan lebih mesra SEO…saya masih anggap 550 hingga 700 patah perkataan lebih mesra SEO..Itu semua bukan kayu pengukur sebenar. InshaALLAH dari 3 domain setakat ini mana tau akan jadi 5 pula selepas ini… 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge