Tulis Blog Storytelling Kini Bermula

Tulis Blog Storytelling Kini Bermula..Saya menggaru kepala yang tidak gatal.Cuba mencari idea.Suasana diluar tenang.Sangat tenang dan mendamaikan.Sesuai untuk berkarya.

blogger mrhanafi

Namun dalam hati dan fikiran saya resah serta gelisah.Saya bagaikan suami yang menunggu isteri tengah bersalin.Siapa yang pernah laluinya tahulah bagaimana rasanya.Makan tak kenyang.Tidur tak lena.Mandi pun celupkan air dekat kelopak mata sahaja.Ambik syarat macam cerita P Ramlee..

Banyak perkara yang kena saya fikirkan.Sudah semestinya bab duit.Rasa macam tak nak fikir pun ada namun terpaksa juga fikir sehingga saya ambil keputusan untuk menulis satu artikel ini.

Luahan hati..

Dah masuk 5 tahun saya menulis blog.Hampir setiap hari dan menghabis malam yang indah itu untuk blog.Bahkan laptop yang saya guna ini semakin uzur.Bila-bila masa boleh temui ajal dan pergi buat selama-lamanya.Saya berdoa supaya jangan laptop ini berpisah terlalu awal dengan tuannya.

Akui kehebatan minda..

Ya.Saya dan pembaca semua dikurniakan akal dan fikiran.Mesti digunakan supaya kehidupan ini lebih bermakna dan membahagiakan.Saya mesti optimumkan penggunaan minda sekarang ini.

Saya duduk sejenak.Duduk sambil berfikir.Rupanya dalam usia begini memang banyak berfikir diluar kotak fikiran.Tak mustahil rambut semakin nipis dan lama-lama botak ditengah.Kalau boleh,dielakkan.

Saya nak juga mengayakan rambut menggunakan Hipster Pomate

Teruskan…

Dalam masa yang  sama saya muhasabah diri.Menilai kelemahan dan mencari kekuatan.Setahu saya kelemahan jangan dijadikan alasan dan kekuatan pula jangan dipersiakan.Saya terus bermonolog.Fikiran terus menerawang.

Cerita lama..

Saya teringat beberapa tahun yang lepas.Saya minat menulis.Tulisan saya tak la sebaik mana.Penulisan berterabur dan lintang pukang.Mungkin sebab itu saya kurang cemerlang dalam penulisan.Cikgu kat sekolah tak pernah terbitkan penulisan saya dalam majalah sekolah.Saya selalu sertai pertandingan menulis peringkat sekolah.Oh.jangan harap nak menang.

Cuma penulisan artikel saya pernah tersiar dalam akbar tempatan,Utusan Sarawak.Tak silap sekitar tahun 1999.Artikel pendek,santai dan berkisar kepada cara untuk meningkatkan potensi diri.

Selepas itu saya tak menulis artikel lagi.Minat tenggelam timbul.Macam Yoyo atau lebih dahsyat lagi dari biskut chipmore.Sekejap ada dan terus tiada.Hilang dari radar.Salah saya.Kalau tidak saya, jadi wartawan sekarang ini.

Nostalgia..

Ketika tahun enam,saya pernah dapat nombor ketiga dalam pertandingan bercerita.Cerita saya karang sendiri yang diadaptasi dari cerita mak saya.Tak dinafikan mak saya pandai bercerita.Cerita ada pengajaran dan  ada moral.

Dalam pertandingan tersebut,peserta tak ramai.seingat saya dalam 5 orang sahaja.Juara dan naib juara pun dah saya tak ingat.Hadiah yang saya terima pun tak ingat.

Apa yang saya ingat sehingga sekarang saya darah gemuruh.Terketar-ketar atas pentas.Rupa-rupanya perkara yang boleh kita ingat sambil bila-bila adalah emosi.

Peluh mengalir laju.Baju saya basah kerana peluh.Nasib baik badan tak berbau.Kalau badan berbau wajib cuba Semerbak Perfume

Saya cuma ingat dan lupa-lupa ingat hakim pertandingan bercerita pada itu seorang Cikgu yang bernama Mr Lutong Boniface.Saya masih ingat lagi cikgu ini kerana saya selalu kena cubit.Main-main dalam kelas.Aduh!

Kembali lagi..

Saya berdoa dan berimaginasi.Betul betul kuat keinginan saya ketika itu untuk menulis blog sehingga saya sanggup menulis segala curahan hati dan perasaan dalam sebuah buku.Saya belum ada laptop.Telefon pintar pun belum ada.

Tak lama selepas itu barulah dapat laptop.Panjang ceritanya.Oleh sebab cerita panjang saya simpan dulu cerita tersebut.

Blogger inspirasi..

Adanya laptop maka saya dah jadi blogger.Dah boleh tulis artikel.Saya kalut seketika.Adapun blog tetapi tiada talian internet tak boleh jadi juga.

Pada masa itu saya tiada pekerjaan tetap.Cabaran orang yang tidak bekerja maupun bekerja ialah duit.

Perasaan orang yang kesempitan rezeki hanya Allah SWT tahu.Saya mesti tabah dan kuat untuk hadapi semua itu.

Saya kembali bekerja makan gaji untuk menampung kos hidup dan kos menjadi blogger.Sebelum itu memang saya ada kerja.Pekerjaan yang boleh tahan pendapatan.

Saya berhenti kerja dan saya cuba berbisnes.Dipendekkan cerita, bisnes tak menjadi dan tekanan ekonomi sangat mendesak,Saya kembali bekerja makan gaji sambil berimpian untuk menjadi blogger.

Konon-kononnya nak jadi blogger hebat.Nak jadi blogger sebagai kerjaya utama dan ada nama besar seperti

1.Hasrul Hassan

2.Ahmad Faizal

3.Denaihati

4.Broframestone.

Nama-nama hebat ini baru sahaja saya kenali pada tahun 2012.Saya nak berjaya seperti mereka.

Getus hati kecil saya meronta-ronta.Kalau saya bawah umur mahu sahaja hempaskan diri untuk membuktikan saya memang mahu dan sangat mahu.

Saya nak berjaya menjadi penulis blog yang hebat.Orang kata sebagai blogger profesional.Ada duit banyak dan boleh makan sedap-sedap seperti penulis blog mahamahu.com

Kalau tidak pun jadi seperti penulis blog unclezuan.com.Kerjanya melancong dan makan angin.Saya tahu dia ada kerjaya utama namun dengan adanya blog dia boleh dapat apa yang dia mahu.

Saya pun nak.Dah lama saya nak.In shaa Allah masa semakin dekat.Sebab itu saya rela menjadi #perundingBest.

Kisah sedih..

Pencapaian saya dalam bidang blogger tak seindah mimpi.Saya menulis setiap hari.Saya buat blogwalking untuk mendapat trafik.Saya belajar SEO dan marketing Content.

Nampaknya saya belum berjaya.Masih ditakuk lama biarpun sudah mencuba hampir 5 tahun.Semua ini saya anggap satu pengalaman hebat dan bernilai untuk diri sendiri.

Mungkin ini penyebabnya..

Hubungan saya dengan blog agak sedih.Blog saya bertukar ganti.Jodoh saya dengan blog yang dulu-dulu tak kekal lama.

Baru-baru nie saya ditinggalkan blog kesukaan.Sedihnya.Emosi saya bagaikan jejaka kehilangan gadis pujaan hati.Ayat jiwang karat tahun 90-an.

Saya dah usaha namun rezeki belum ada.Apapun saya redha.Saya tahu ada hikmahnya.Lelehan air mata saya tahan.Mana boleh lelaki nangis.Tak macho la kecuali nangis atas sejadah sewaktu berdoa.

Matlamat mesti jelas…

Jadi sedikit demi sedikit saya menukar penulisan blog menjadi storytelling.Tak boleh mendadak,Saya yang terkejut beruk nanti.

In shaa Allah penulisan saya akan bermain dengan isu sentimental dan nostalgia lama.Ada juga garapan dan kutipan  pengalaman bekerja selama 20 tahun.

Dalam masa yang sama saya juga akan menulis cerita rekaan yang ada unsur-unsur komedi,percintaan,kejayaan dan perniagaan.

Saya akan bermain emosi dengan pembaca.Saya akan goda pembaca untuk terus menjadi pembaca setia,Kalau ada.

Saya tak pasti tetapi memang ada pembaca senyap-senyap yang ada Whatsapp saya mengakui pembaca blog mrhanafi dot com.Dua perkataan yang keramat untuk pembaca blog saya -TERIMA KASIH

blog storytelling (2)

kredit : hidupluarbiasa.com

Nasihat penting…

Untuk diri sendiri,saya pesan berkali-kali.Jangan berputus asa,sedih atau lemah semangat.Hidup mesti diteruskan.Seorang pejuang mana boleh tewas.

Tatkala waktu petang panas membara,hati kecil saya berbisik untuk mandi.Nak mandi sekarang atau mandi maghrib nanti.Tak pelah saya mandi sekarang sahaja.

Iklan spontan..

Kebetulan ada Gel Mandian Ektrak Daun Bidara.Gel mandian ini membantu rawatan gangguan jin syaitan dalam badan.Kalau ada anak dara makcik makcik yang berminat tu jangan tunggu lama-lama.Dapatkan segera sepantas kilat.

Kembali lagi..

Proses tranformasi blog santai ke blog Storytelling bukan mudah.Banyak perkara yang saya nak buat.Saya perlu fine tune otak supaya jadi kreatif giler-giler.

Kalau ada anak kecil boleh sangat diberi suplimen Jus Kid Expert Falip. Biar minda anak-anak bertambah cerdas dan pintar.

Tagline baru..

Antaranya saya menukar tagline blog menjadi The Storyteller Blogger.Saya tukar perlahan lahan.Slow and steady.

Sebab menulis blog storytelling mencabar.Ayat mesti kreatif,jiwa mesti ada feel dan paling penting sekali niat untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Saya berharap perubahan ini memberi impak positif.Saya akui agak kekok menceritakan watak saya sendiri.Namun itulah permulaannya.

Sebab kemahiran storytelling ini adalah belajar buat dan belajar memperbaiki seni menulis.

Buat latihan demi latihan.Saya pula kena menulis dan terus menulis supaya seni penulisan jadi lebih baik dari hari ke hari.

Saya nak berlatih selama 30 hari.Nampaknya saya baru sahaja bermula.Cuma bukan kali pertama.

Dengan ini secara rasminya perjalanan The Storyteller Blogger bermula…

(Visited 54 times, 1 visits today)

10 thoughts on “Tulis Blog Storytelling Kini Bermula”

  1. Saya rasa MrHanafi ada gaya penulisan yang baik. Storytelling itu rasanya memang pilihan yang tepat. Saya sendiri memang tak ada bakat menulis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge