tulis konten blog

Tulis Konten Blog Untuk Seminggu Versi 1

Tulis Konten Blog Untuk Seminggu Versi 1..Sepanjang tempoh seminggu saya berjaya menulis 5 konten blog.Setiap blog topik yang saya tulis panjangnya lebih 2000 patah perkataan.Letih juga tu.Saya cuba menulis dengan penerapan unsur dan elemen topik blog yang menarik.

Cabaran untuk menulis sudah berjaya.Tahniah untuk diri sendiri.

Cabaran untuk mengisi topik blog yang paling banyak dikunjungi.

Cabaran untuk meletakkan pada halaman pertama Google. Hasilnya masih ke laut.Cuba lagi wahai diri sendiri.

Sentuhan tidak menjadi.Adalah silapnya tu.Kesilapan bulat-bulat saya tanggung.Silap sentuh la tu.

Rasa nak seperti Midas Touch.Pernah dengar tak ?

topik blog

Midas Touch ialah cerita dongeng orang putih.Kisah seorang raja yang mempunyai kuasa ajaid dengan sentuhan.Setiap kali nak sentuh barang mesti barang menjadi emas.Seronok macam tu.

Tak perlu kerja keras.Sentuh sana dan sentuh sini.Jadinya sana sini jadi emas.

Pada suatu hari raja menyentuh anak puterinya menyebabkan puteri tersebut menjadi emas.Raja kecewa dan menyesal.Raja jatuh sakit dan akhirnya mati.

Dah cukup.

Cerita Midas Touch ada moral of story yang tinggi.Dalam kehidupan sebenar mana mungkin apa yang kita buat terus menjadi.Kalian termasuk saya akan menghadapi realiti.

Tulis konten blog

Buat tak jadi.

Buat lagi masih tak jadi.

Terus buat masih terus tak jadi.

Buat dan terus buat.

Tak jadi dan terus tak jadi.

Jadi apa yang akan jadi.

Jawapannya mudah.

Buat sahaja.

Jadi atau tidak adalah kerja Tuhan.

Kerja kita usaha selagi sedaya.Sebab Allah SWT tak pernah menzalimi hambaNya.Orang yang buat,orang yang berusaha dan orang tidak faham erti putus asa pasti akan berjaya.

Atas pemahaman begini saya terus buat apa yang pelajari dalam ilmu SEO.Saya tidak baca dan simpan sebagai kenangan .Ada masanya nanti saya ceritakan untuk pembaca satu persatu.

Strategi untuk berjaya [walaupun belum berjaya] saya mempelbagaikan teknik untuk mendapat kesan beza.

Teknik masing-masing tak sama.Namun asasnya tetap masa.Ada asas maka olahan teknik seperti seni.Hanya mereka yang buat akan menguasai seni tersebut.

Nak dapat asas tersebut boleh baca Testimoni Pembeli Ebook Actionanble SEO”

Sifu SEO saya ramai.Ada yang secara langsung dan secara tidak langsung.Nama hebat seperti Bro Hasrul Hassan,Tuan Ahmad Faizal,Tuan Happysus dan Tuan Wan Yusof adalah sifu yang saya kagumi.Mereka terbaik dalam kelas tersendiri.

Nak belajar SEO boleh follow blog mereka kerana blog mereka paling banyak dicari di Google.

Baiklah.Tak nak bebel macam awek manja saya.

Saya kongsikan beberapa konten blog yang tulis selama satu minggu.Boleh baca jika belum baca.Nak baca lagi pun boleh.Tak ada undang-undang untuk melarang.Lagi bagus sebenarnya.

artikel blog

Selasa

Saya menulis konten berkaitan rezeki.Macam-macam cara nak dapat rezeki yang akhirnya boleh mencipta kekayaan.Konten yang saya tulis diinsprasikan dari penulisan Sifu Hukum Tarikan Islam iaitu Tuan Ir Ezwan.

Beliau merupakan seorang jurutera,perunding motivasi dan IM yang hebat.Banyak bidang yang beliau kuasai dan menempah kejayaan.

Selain itu saya menceduk informasi dari grup wasap.Semoga perkongsian mereka bisa memberi motivasi dan inspirasi kepada kita untuk mendapat rezeki yang lebat dan hebat.

Artikel tersebut bertajuk : Amalan Pembuka Pintu Rezeki dan Kekayaan

Rabu

Topik menarik yang dibincangkan kali ini berkisar tentang hutang.Kesan hutang dan cara melunasi hutang.Banyak tip yang bagus untuk dibaca.Sayangnya konten ini belum dketahui ramai.

Kalau ramai yang tahu mereka akan tersedar amalan berhutang dan tabiat berhutang akan melenyapkan ketenangan dalam hidup.

Dalam pada itu juga saya mengambil satu artikel hebat penulisan Elias Abllah, Personal Finance.Artikel ini wajib dibaca rakyat Malaysia supaya sedar bahawa negara menghadapi tekanan hutang yang berat.

Semoga ada pembaca yang prihatin dan sudi menyebarkan konten tersebut kepada sanak saudara dan rakan taulan.

Mana tahu ada dikalangan mereka amat memerlukan buah fikiran berkaitan hutang bank dan cara menyelesaikannya.

Artikel tersebut bertajuk : Bebas Hutang Bank Elakkan Kemiskinan

Khamis

Ada orang kata bumi yang mana tidak ditimpa hujan.Maksudnya manusia mana yang tidak berhadapan dengan ujian dan cabaran hidup.

Konten yang saya tulis berkisar tentang diri saya sendiri secara peribadi.Saya akui menghadapi ujian yang gentir dan saya mengambil pendekatan dengan istighfar.

Bagi yang belum biasa boleh amalkan segera.Malah dalam konten tersebut saya ada sertakan ayat Quran dan al Hadis berkaitan hikmah istighfar.Bukan itu sahaja ada video Youtube sebagai piiihan kepada pembaca yang kurang gemar membaca konten tersebut.

Saya juga berharap pembaca ambil manfaat dan tingkatkan keyakinan untuk mengamalkan istighfar sebagai solusi kepada ujian hidup yang gentir.In shaa Allah saya yakin pembaca dapat merasai betapa hebatnya keajaiban istighfar.

Bukan setakat mengetahui dari orang lain tetapi merasai dengan pengalaman sendiri dengan syarat beristighar dengan sebanyak yang mungkin.

Artikel tersebut bertajuk : Bacaan Istighfar Jadi Solusi Ujian Gentir Dan 7 Kes Studi Secara Peribadi

Jumaat

Bersempena penghulu segala hari saya telah menerbitkan satu konten berkenaan bekerja dari rumah.Ramai yang nak bekerja dari rumah terutama golongan surirumah.Boleh jaga anak dan urus rumah tanpa keluar rumah.

Sekali lagi saya memohon jasa baik pembaca untuk sebarkan konten ini kepada kawan-kawan atau sanak saudara terutama golongan wanita yang ingin bekerja dari rumah.

Penulisan konten tersebut adalah gabungan artikel dari blog lama saya yang dah tak aktif lagi.Jadi tidak hairan isi konten tersebut ada yang lari bersimpang siur.

Saya nak padamkan rasa sayang la pulak.Mahu tidak mahu saya padatkan dalam satu artikel.Tak la sia sia usaha saya selami.Ada artikel yang ditulis sejak tahun 2013 lagi.

Artikel tersebut adalah : Bekerja Dari Rumah Pilihan Nombor Satu Rakyat Malaysia

Sabtu

Berdasarkan perancangan awal saya nak terbitkan konten yang hanya ada gambar tetapi ada menyelitkan mesej.Tak jadi.Komputer yang saya guna ada masalah ‘hang’ yang sangat serius.

Saya tukar plan asal dan menulis konten berkaitan roti paun dan roti bun.Konten ini saya akui disukai para wanita kerana ada resepi membuat roti paun.

Kaum wanita dan kaum lelaki [barangkali] suka bermain didapur maka inilah konten yang sesuai dibaca oleh mereka.Ada petua untuk mengelakkan nasi hangit dan petua meranggupkan jering tua.

Kalau tak baca rugi kot dan saya berharap pembaca yang budiman boleh sebarkan konten ini.Jangan risau kerana konten ini tiada unsur-unsur fitnah atau lucah

Artikel tersebut adalah : Roti Paun Dan Roti Bun Buat Saya Keliru Seketika

konten blog

Penutupnya

Minggu yang seterusnya saya akan memgubah teknik penulisan pula.Saya kaji perkembangan kehendak pembaca berdasarkan Google Analytics.

Kalau ikutkan,saya suka penulisan yang santai dan rilek.Kalau boleh satu perkataan dalam satu artikel.Senang nak touch and go.

Jangan sentap kalau itu kebenaranya.Namun tak semua begitu.Saya ada lain misi dan visinya.

Saya nak pembaca dapat manfaat sebanyak yang boleh hasil dari pembacaan dari blog yang tak seberapa ini.

Apa-apapun itu sahaja.

Tahniah kerana berjaya membaca ke perenggan ini dan terima kasih tak terhingga buat pembaca semua.

Sebelum itu saya nak minta tolong pembaca yang disayangi untuk pilih antara satu daripada pilihan dibawah sebagai tanda sokongan kepada saya.

1.Tolong Like Fanpage 

2.Sertai Group Whatsapp 

3.Sumbangkan komen ikhlas

4.Sebarkan konten ini 

Sumber rujukan :

1.Panduan Jana Pendapatan Pasif 

2.Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

3.Panduan Dapat Duit Cepat

4.Cara Meroketkan Jualan Di Facebook

5.Produk Tahan Lama Untuk Lelaki

6.Software Terbaru Untuk Peniaga Instagram

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Tulis Konten Blog Untuk Seminggu Versi 1”

  1. perhhh hebat 5 blog satu masa. satu satu blog berhari-bari baru nak siap wakakakaka. itu beza otai dengan blogger biasa mcm saya ni hehehe..

  2. GV pun masih dalam proses nak memahami konsep SEO dan Google Analytics ini. On Off juga la. huhu. cmner pun, GV doakan yang terbaik untuk Mr Hanafi. 😀

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge