Pengalaman Hadapi Kes Tuntutan Cerai Di Mahkamah Syariah

Tuntutan cerai yang difailkan oleh pasangan  kita bukanlah perkara yang mengembirakan.Sebaliknya mengandungi perasaan kecewa, kesal dan pelbagai lagi ragam emosi.Berikut ialah hasil perkongsian seorang lelaki yang kini berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya. Jom kita baca hasil perkongsian beliau.

Tuntutan cerai memang menyedihkan

Seawal jam 7 pagi saya dan isteri pergi bersama ke mahkamah rendah syariah dengan sebuah kereta.Tujuan dan destinasi yang sama apa salahnya.

Sebelum jam 8 pagi saya dan isteri sudah tercegat di bangunan Mahkamah Rendah Syariah.Kami tidak bersembang.Diam membisu seribu bahasa.

Perasaan saya ketika itu sangat tenang dan bersahaja.Tiada apa apa kegusaran melanda dalam fikiran.Saya sempat melihat sekeliling.Masih sunyi dan sepi.Belum ada staf atau pasangan suami isteri yang datang pada awal pagi tersebut.

Lebih kurang 30 minit kemudian baharulah datang beberapa pasangan yang bakal mengikuti prosiding.15 minit kemudian kami dijemput masuk ke bilik mahkamah.Pegawai yang bertugas mengutip kad pengenalan dan memberi arahan agar menutup telefon masing-masing.

Pihak lelaki dan perempuan diasingkan kepada dua bahagian.Lelaki sebelah kanan dan perempuan pula sebelah kiri.

Waktu kami masuk ke mahkamah masih awal.Belum pukul 9 pagi.Saya sempat bersembang dengan seorang lelaki yang duduk di sebelah kerusi saya.Perbualan kami sekadar untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah ketika menunggu kedatangan hakim pada pagi tersebut.

WAJIB BACA :   5 Tanda Jatuh Cinta Yang Buat Bakal Jodoh Tak Sabar Nak Kahwin

Sewaktu prosiding dilarang untuk bercakap,berbisik atau tindakan yang boleh mengganggu keadaan.

Sambil menunggu giliran saya sempat perhatikan beberapa insan yang dalam fikiran saya telah dan bakal menjadi janda.Mereka masih muda dan bergetah pulak tu.Namun terpaksa hadapi tuntutan cerai sama ada dari pihak isteri maupun suami.Kasihan sungguh mereka dan lebih kasihan kepada anak-anak yang menjadi mangsa keadaan.

Mengapakah mereka tidak ada usaha untuk mengekalkan perkahwinan tersebut ?

Hakim Mahkamah Syariah yang bertugas pada hari tersebut masih muda.Tidak terlalu serius tetapi tegas dalam membuat keputusan.

Ketika giliran saya ke kandang defendan saya sudah terasa seram sejuk.Fikiran saya sudah kosong namun masih rasa tenang.Tidak sempat pun saya nak menoleh ke arah isteri.Saya sudah seperti peduli apa dengan dia.

Kes dibentangkan oleh pihak pendaftar mahkamah sebelum diadili dan didengari oleh hakim .Pihak plaintif (isteri saya) diberi peluang untuk bercakap dan disoal oleh hakim.Kemudian giliran saya menjawab beberapa pertanyaan dari hakim untuk memastikan apa yang dibentangkan dapat difahami.

Segala kenyataan yang kita luahkan boleh didengari oleh para pasangan yang lain.Agak memalukan dan terkesan dalam perasaan.Mudahan boleh memberi pengajaran juga kepada mereka yang hadir pada hari tersebut.

Kalaulah begitu di mahkamah akhirat memang malu besar seandainya aib kita diketahui orang lain.Ini baru mahkamah dunia.

WAJIB BACA :   7 cara memulihkan tenaga batin dengan bahan semulajadi

Saya tidak pasti berapa lama masa yang diambil semasa prosiding kami.Pada masa tersebut sudah tidak terfikir masa dan bagaimana keadaan saya.Segala-galanya bagaikan terpukau,hening dan kosong.Segala butir pembicaraan kami tidak perlu saya kongsikan di sini.Biarlah menjadi rahsia untuk melindungi aib masing masing.

Sungguhpun demikian saya sempat ‘tangkap’ beberapa isu yang menjadi punca perceraian kepada pasangan lain.Niat saya agar dijadikan pengajaran dan tauladan kepada pembaca yang lain.Berikut adalah asas kepada punca perceraian.

1.Masalah cemburu

Cemburu itu tanda sayang.Terlebih cemburu tidak juga bagus.Akibatnya boleh kepada perceraian suami isteri.Ada satu kes suami isteri yang berdepan dengan perceraian apabila suami dapat provokasi dari isteri lantaran cemburu. Si isteri marah terus minta cerai.Suami pula beremosi lantas melafazkan talaq kepada isterinya.Tidak lama selepas itu mereka berkeinginan untuk rujuk semula.

Betullah kata hakim yang mengendalikan kes tersebut…menyusahkan orang sahaja.

2.Masalah kewangan

Masalah sejagat.Ada isteri yang tidak puas hati dengan suami kerana diberi nafkah duit yang tidak mencukupi.Isteri mendakwa suami kurang bertanggungjawab.Himpitan kewangan begini memang menjadi isu kepada hampir semua pasangan suami isteri terutama berhadapan dengan kos hidup yang tinggi sekarang ini.Anak kecil ramai dan kekangan kewangan semakin menjadi-jadi.

Adakah perceraian akan memberi jalan penyelesaian ?

3.Masalah komunikasi

Nampak macam remeh tetapi rupanya memberi implikasi yang berat.Si isteri marahkan suami kerana tidak berbincang.Si suami pula buat keputusan sendiri sehingga perasaan isteri terpinggir.Masalah terus menjadi kronik kerana disimpan dan dijeruk seorang diri.Inilah akibat dari masalah komunikasi.Sepatutnya suami isteri saling meluangkan perasaan tidak puas hati  dan sebagainya secepat yang mungkin.

WAJIB BACA :   Motif sebalik tembakan rambang di masjid Christchurch

Simpan lama-lama nak buat apa ?

Tuntutan cerai untuk bubar perkahwinan ditangguhkan.

Berbalik kepada kes saya tadi.Pada hari tersebut sebutan kes pembubaran perkahwinan saya telah ditunda ke satu tarikh yang lain atas sebab sebab yang tidak dielakkan.

Penutup

Kes pembicaraan di Mahkamah Syariah wajar dipandang serius oleh pasangan yang mengikuti prosiding tersebut.Tatatertib dan tatacara berpakaian perlu diambil kira untuk menghormati institusi kehakiman itu sendiri.

Saya perhatikan ada pihak lelaki yang tidak mengikuti tatacara berpakaian yang sesuai.Ada yang guna seluar Jean,berselepar, baju T berkolar dan agak kurang kemas.Mungkin mereka kurang kefahaman untuk menyediakan kelengkapan pakaian yang lebih elok.

Tuntutan cerai

Saya berpesan kepada pasangan suami isteri yang ada diluar sana untuk menghargai perkahwinan yang sedia ada.Jika ada masalah segeralah cari penyelesaian terbaik.Jangan tunggu lama-lama nanti buruk padahnya.

Fikirkan kebajikan anak-anak terutama yang masih kecil.Ketepikan rasa ego dan kepentingan diri sendiri.Perceraian bukan kerja yang mudah.Implikasinya adalah jangka pendek dan jangka panjang.Lebih menyayat hati membawa luka sepanjang hayat.

Maafkan saya kerana tidak berjaya membentuk perkahwinan bahagia.Doakan saya juga juga segera move on dan menemui penganti yang lebih baik dan lebih memahami.

Aamiin.

Begitulah sedikit perkongsian dari lelaki yang bakal menjadi duda tidak lama lagi.

Comments 17

Leave a Reply to anies Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge