Ubah fikiran bisa mengubah kehidupan [ Edisi kemas kini ]

Sama ada percaya atau tidak dengan ubah fikiran kita semua bisa mengubah kehidupan. Tentulah untuk kehidupan yang bahagia, senang dan kaya raya.

Pilihan terletak pada fikiran sendiri.

Semua ini memang berlaku dengan izin Allah SWT. Namun sebelum semuanya berlaku, ia bermula dengan cara kita ‘merespon’ apa yang kita fikirkan.

Inilah dinamakan ilmu penguasaan fikiran. Hasil kajian dalam ilmu ini telah menjadikan sebuah buku bestseller evergreen iaitu Think & Grow Rich tulisan Napoleon Hill mengubah jutaan pemikiran pembaca seluruh dunia ke arah kejayaan.

Ilmu fikiran mampu membantu kita mendapat apa sahaja yang kita mahu hanya menggunakan minda dan emosi.

Minda perlu betul-betul fokus untuk fikir apa perkara yang kita ingini. Emosi pula merasai perkara tersebut betul-betul berlaku.

WAJIB BACA :   Jom Aplikasi Istighfar Untuk Cipta Keajaiban

Kesannya kita akan dapat yang kita fikir dan rasa tersebut sama ada dengan respon positif atau negatif.

Fikiran

fikiran

Respon positif dapat sesuatu yang baik. Respon negatif dapat sesuatu yang kurang baik.

Cuba hadam informasi ini dengan menonton video bawah ini :

Asasnya sebagaimana yang ada dalam konsep Law Of Attraction.

Sebelum mengenali ilmu Magnet Rezeki, saya cukup teruja untuk mengetahui konsep ilmu Law of Atrraction.

Namun setelah mempelajari Magnet Rezeki, minat saya lebih terarah pula untuk memahami pula konsep Law Of Projector.

Sebelum saya membawa pembaca ke video yang berkaitan, suka saya untuk berkongsi sedikit gambaran apa itu Law Of Projector.

Itupun berdasarkan pemahaman saya setelah mempelajari ilmu sebelum ini seperti Taman Kupu-kupu, Keajaiban Rezeki, Perisai Rezeki dan Dunia Quantum.

WAJIB BACA :   Keajaiban lepas berbakti dengan ibu....Kisah benar, wajib baca !

Artikel berkaitan telah saya rangkumi dalam pautan berikut:

Law Of Projector adalah analogi bagaimana gambaran minda mengubahkan keadaan realiti kehidupan.

Jika dalam minda kita jelas-jelas dan terang-terang menampakkan kita orang miskin adakah kita menjadi orang kaya.?

Ada jawapan yang pasti selain kita bersandarkan kepada Qadak dan Qadar Allah.

Yang pasti kita tetap miskin kerana minda kita secara terus meneruskan menganggap kita orang miskin.

Bukan maksud saya miskin itu tidak baik, tetapi alangkah baik kalau kaya kerana nikmat kaya bagaikan pendahuluan syurga di dunia.

Menurut Pak Nasrullah, projektor akan memancar apa sahaja yang ditayangkan melalui alat tersebut. Projektor ini memancarkan imej dari laptop.

WAJIB BACA :   Kebaikan dan keburukan buah kurma

Apa yang penting ialah imej yang berada dalam laptop tersebut. Jika imej baik maka imej menarik terpancar dari projektor tersebut.

Sekiranya kita ingin imej menarik untuk dipancarkan pada layar adakah kita mengubah projektor atau imej dalam laptop.

Sudah tentu imej dalam laptop. Sama juga konsep dalam hidup ini.

Untuk mendapat kehidupan yang menarik dan ajaib, ubah sahaja cara fikiran dalam minda kita.

Tugas mengubah cara fikir begini hanya layak diterangkan oleh Pak Nasrullah dalam video di bawah:

  • Kemas kini n7/12/22

Comments 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge