Kebetulan dalam bulan Ramadan saya menghabiskan bacaan buku Hebatnya Sedekah.Buku ini agak tebal kerana ada 226 mukasurat.
Namun jangan risau kerana pengisian ilmunya santai dan bersahaja.Lebih menarik lagi saya telah membelinya dengan harga lelong senaskah iaitu RM9.00
Murah ke atau mahal ?
Tentulah murah kerana ada potongan separuh daripada harga asal.
Perkara utama yang cuba disampaikan oleh penulis buku ini amalan bersedekah.
Jangan takut atau was-was untuk bersedekah kerana ganjaran yang kita perolehi sangat luarbiasa hebatnya.
Menurut Tuan Haji Abdul Rahman Mohd Adil yakni penulis buku, bersedekah adalah amalan yang terbaik yang membolehkan kita memasuki syurga melalui pintu sedekah iaitu ar-Rayyan.
Nikmat apa lagi yang kita mahukan ketika mana berada akhirat melainkan syurga Allah SWT.
Aamiin.
Buku Hebatnya Sedekah terbahagi kepada 21 bab.Banyak dan memang menarik.
Sungguhpun begitu perkongsian ilmu mudah kita fahami dan amalkan.
Ditambah lagi selitan ayat Al-Quran dan Al-hadis memang menjadi buku yang dicetak pada tahun 2011 ini wajib dimiliki pencinta buku.
Antara bab yang paling saya suka ialah tentang sedekah yang paling mudah dan murah.
Tak lain dan tak bukan mestilah sedekah senyuman.
Ada banyak lagi kelebihan dan fadilat bersedekah.Semua ini ada dalam buku Hebatnya Sedekah.
Jadi apa tunggu lagi.Dapatkan buku ini pasaran sekarang.
semoga istiqomah dalam bersedekah..
in shaa Allah itu yang kita inginkan
Wah! kira murah sangat dah tu rugi kalau tak beli buku tu.
Senyum pun dah dikira sedekah tapi biarlah senyum dengan ikhlas jangan terpaksa. InshaAllah dapat pahala 🙂
Mrs. A recently posted…Kursus Corporate Governance (CG) Untuk Syarikat Kerajaan Negeri
sangat murah buku tersebut..harga lelong.
sebaiknya senyuman mesti ikhlas supaya meraih ganjaran pahala.
alhamdulillah.. ulasan buku macam ni memang menarik perhatian saya.. hee~ baik !! nanti boleh cari buku ni..
Siti Rabiah binti Adnan recently posted…BERGAYA DI HARI RAYA DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA 2019 JAKEL
ye ke?
macam tak percaya pun ada.
tapi buku memang best juga untuk dimiliki atau dibaca
Murah tu RM9 untuk buku setebal 200 lebih. Rezeki..
Bulan puasa ni jom amalkan sedekah RM1 sehari, saya pun baru start arini sedekah. Harap istiqamah..
alhamdulillah..
teruskan beristiqamah dalam bersedekah tidak kira bulan puasa atau tidak..
bila dah biasa..bersedekah macam tabiat pulak
murah sgt lah tu buku tu cuma rm9, lagi lah buku yg sgt bermanfaat tuh…
bersedekahla dgn seikhlas hati…
sebab saya beli di pameran buku …
ada potongan sehingga 90 peratus..
mana lagi mahu cari
Manisnya sedekah, hati jadi tenang, dan bahagia. Satu kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata
ChikTie recently posted…Puasa tapi Tidak Solat?
inilah nikmat orang yang bersedekah..
rasa bahagia dan gembira.
sama juga orang yang menerima sedekah..
mereka juga akan rasa bahagia dan gembira
sedekah adalah pahala paling mudah di bulan puasa ini mas
Khanif recently posted…Untitled V
alhamdulillah..
betul tu.
jomlah bersedekah dalam bulan puasa yang mulia ini
Macam-macam kita boleh buat untuk bersedekah. Benda yang paling simple senyum ajelah hehe. Tapi dibulan puasa ni kita memang digalakkan untuk bersedekah. Menghulur pada yang memerlukan
alhamdulillah betul tu.
bersedekah tidak kira berapa banyak kita nak bagi.
yang penting sanggup ke tidak.
Terdapat 4 fadhilat dalam bersedekah menurut penulis Muhammad Muhyidin dalam bukunya “Ajaibnya Sedekah” keluaran 2009. Antaranya
1) Sedekah mengundang rezeki
2) Sedekah menolak bala
3) Sedekah menyembuhkan penyakit
4) Sedekah memanjangkan umur
Saya tertarik dengan sedekah dapat menyembuhkan penyakit yang sering diungkapkan oleh Ustad Abdul Somad dalam setiap ceramah beliau.
Apa pun terbaik kupasan tuan tentang buku yang tuan beli dan baca tu. Saya berharap saya juga dapat mencari buku tersebut untuk dibaca dan sebagai koleksi peribadi saya.
Selamat berpuasa dan terus maju jaya
Ahmadikatu recently posted…Tidak Dihargai – Bersediakah Kerana Pengorbanan Itu Perlu
terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ulasan buku Ajaibnya sedekah..
yang penting kita rajin bersedekah dan rasainya keajaibannya..
Sama-sama tuan. Saya baru perasan tarikh posting tuan adalah sama dgn tarikh saya semakin dekat dengan mati.
AhmadiKatu recently posted…Tidak Dihargai – Bersediakah Kerana Pengorbanan Itu Perlu
ooo..ye ke..
selamat hari lahir tuan
moga murah rezeki dan panjang umur serta sihat walfiat hendaknya
BETAPA BESARNYA SEDEKAH DI BULAN MULIA INI MARILAH SAMA2.. semoga mendapat maksimum pahala
masa puasa atau Ramadan la pahala bergannda-ganda untuk yang bersedekah
antara ibadah plg mudah… sempena bln ramadan ni, harus diperbanyakkan ibdah ini
betul tu..
jom kita perbanyakkan sedekah.
paling kurangkan pun…sedekah senyuman
subhanallah, tuan seorang yang rajin membaca rupanya
encikhafiz.my recently posted…Masjid di London Diserang Ketika Solat Tarawih
tak juga rajin sangat..
mungkin dalam Bulan Ramadan sahaja kot..
hehehe
Berbanyaklah bersedekah nak2 lagi di bulan mulia ni kan 🙂
yeaslmn recently posted…Menu Berbuka Puasa #2
ya tepat sekali..
bersedekahlah yang paling mudah dan murah yakni senyuman hahahaha