Unboxing Vital whey protien perisa vanila

Habis sahaja kerja, saya terus keluar pejabat.

Tak tahu pula nak ke mana. Kalau balik rumah, belum ada orang rumah. hehehe

Kalau lepak di kedai sorang-sorang pulak.

Pergi mall, lagi la saya tidak mahu.

Sebab bershoping tanpa teman wanita umpama makhluk asing berada di planet Marikh. hahaha

Akhirnya ambil keputusan untuk gim sahaja.

Di sana ada orang. Ada muzik dan ada besi.

Sambil-sambil rehatkan minda boleh kuatkan segala otot yang ada dekat badan.

Peralatan di gim tidak pernah menghampakan.

Pegang sahaja besi maka peluh sudah sedia untuk dikeluarkan.

Bila keluar peluh, rasa puas yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

WAJIB BACA :   Belajar Kenal Diri

Lama juga saya berada di gim. Habis lecun baju dengan keringat. Nasib baik badan masih berbau harum. Bersyukur kerana badan saya tidak mengeluarkan bau pelik-pelik. Ini pengakuan jujur.

Apabila sudah letih, saya bergegas untuk  balik. Rehat dan minum segera whey protein.

Baru-baru ini saya beli whey protein di Lazada sempena Sale 12.12.2020. Pada 19 Disember 2020, barang pun sampai. Tak rasa sangat. Yang penting barang sampai dengan selamat.

Apa lagi saya unboxing produk tersebut.

Saya beli whey protien jenama Vital Whey dengan harga RM148. Kuantiti dalam 2kg dengan perisa vanila. Tekak saya lebih mengemari perisa vanila berbanding perisa cokelat.

Jom kita sangsikan adegan unboxing tersebut:

Comments 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge