Hijrah Diri : Usaha Sehabis Baik

Kita sambung.Sebelum ini saya ada ceritakan berkenaan Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik.

Jika belum baca.

Boleh reverse balik di link >>INI

Bukan kereta sahaja boleh reverse.

Artikel blog pun boleh.

Kalau boleh para pembaca lepak la lama-lama kat blog saya ini.

Saya lagi-lagi suka.

Cuma nak tahu pembaca suka tak ? Hahahaa

Dalam artikel ini saya nak bercerita sedikit berkenaan Hijrah Diri yang kedua iaitu :

Usaha Sehabis baik

usaha sehabis baik

Dulu masa sekolah rendah saya minat nak sertai pasukan pengakap sekolah.

Sayangnya cikgu tak pilih saya dan saya pula tak minta rayuan.

Akhirnya saya kempunan sehingga ke hari ini.Cerita lama.

Sebab itu saya masih ingat satu perkara tentang Pengakap nie.

Ada satu tagline yang saya suka iaitu “Buat Sehabis Baik”.

Tak tahulah sekarang ini,masih ke tidak tagline tersebut diguna pakai oleh pihak Pengakap.

Saya suka sangat tagline tersebut sehingga saya nak mengaitkan dengan Hijrah Diri yang kedua iaitu Usaha Sehabis Baik.

Sejujurnya agak berat untuk menerangkan maksudnya.Lebih-lebih lagi jika melibatkan diri sendiri.

Usaha boleh bermula dengan perkara yang kecil dahulu.Namun jangan pula perkara yang sangat mudah.

Saya bagi contoh.

Saya nak beli iPad Mini 

Sebelum beli saya akan sungguh-sungguh cari info seperti berikut.

Harganya : RM2349.00

Spekfikasi :

• 7.9-inch Retina display with anti-reflective coating (diagonal)
• A8 second-generation chip with 64-bit desktop-class architecture
• Touch ID fingerprint sensor
• 8MP iSight camera with 1080p video
• FaceTime HD camera
• 802.11ac Wi-Fi with MIMO
• 4G LTE¹
• Up to 10 hours of battery life²
• Two speaker audio

Tempat nak beli pasaraya online >> Seng Heng

Maaf.

Spec iPad tersebut saya belum lagi saya terjemahkan bahasa Melayu.

Bagaimana nak dapat usaha sehabis baik?

Ada idea tak ?

Kalau saya guna kuasa imaginasi dan usaha kudrat empat kerat.Saya usahakan dengan pelbagai cara.

Ada logik dan ada magik.

Cara logiknya, saya perlu dapatkan duit yang mencukupi.Saya cuba untuk cari duit dengan menjual Produk Lelaki Mantap

Tak cukup dengan usaha logik saya gabungkan dengan usaha magik.

Eh..eh bukan ahli magik atau silap mata.

Magik adalah cara rohani dan spiritual melalui ilmu rezeki.Ilmu ini yang diajarkan dalam buku Cara Tarik Rezeki Melimpah Ruah

Cara tersebut jika dibuat sungguh-sungguh maka itulah saya maksudkan sebagai usaha sehabis baik.

Lain orang lain caranya.

Sebagai orang Islam pastilah saya meletakkan penghujungnya sebagai tawakal.Namun jangan berharap kepada usaha sebaliknya berharap kepada Allah SWT.

Usaha cuma al musabab sahaja.

Kesimpulannya.

Usaha sehabis baik cumalah satu langkah dalam menghijrah diri ke arah yang lebih baik lagi.

Ada lagi bentuk hijrah diri yang akan saya tulis dalam artikel seterusnya berkaitan Doa Yang Sangat Baik.

Nantikan kemunculan artikel tersebut.

Jika tidak mahu ketinggalan jangan lupa untuk follow saya melalui:

Sekian.Jumpa lagi.

-mrhanafi-

[ 4 Muharam 1439H ]

(Visited 58 times, 1 visits today)

18 thoughts on “Hijrah Diri : Usaha Sehabis Baik

Leave a Comment

CommentLuv badge