Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku

Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku-Salam dan selamat sejahtera semua.Sungguh cepat masa ini berlaku.Tak terasa.Bagaikan sekelip mata hari semalam berakhir dan hari ini sudah bermula.Kita sedar atau kita tak sedar masa itu akan berlaku begitu cepat.Tambahan sebagai blogger yang hidupnya sentiasa menulis dan online.Memang tak tahu nak cakap apa dah.

Masa kita semua ada 24 jam sehari.Tiada seorang pun yang ada dalam dunia memiliki lebih dari itu.Pertunjuk yang jelas.Allah SWT Maha Adil kepada makhluk ciptaanNya.

wahai masa

Namun kita boleh memiliki masa orang lain dengan mengaji mereka sekiranya kita ada perniagaan yang nak diusahakan.Kita bayar gaji untuk masa dan tenaga yang mereka gunakan untuk kita.Soal berbaloi atau tidak itu cerita lain la ye.

Ada juga yang bagi percuma masa untuk orang lain.Itu namanya kerja amal.Kita mungkin beroleh ganjaran jika ikhlas.Allah SWT bagi pahala untuk kita.

Walau apapun masa itu tetap berlalu sama ada ia digunakan dengan bayaran atau percuma.Hukum masa amat mudah untuk difahami.Jika masa dah berlalu,ia akan terus berlaku.Kita rugi atau kita untung masa tetap berlalu.

Orang yang beruntung adalah mereka yang bijak mengurus masa.Penggunaan masa mereka efisien.Tak terbuang.Tak dibazirkan.Malah boleh menghasilkan duit untuk melaksanakan misi bebas kewangan.

Orang yang rugi ialah mereka yang suka bertangguh.Banyak menghabiskan masa untuk perkara yang tidak elok.Jauh sekali bermanfaat.Misalnya melayan media sosial yang keterlaluan.Nonton tv sehari suntuk.Banyak lagi contoh tak baik.Nanti buang masa pulak asyik nak bagi contoh yang tak baik.

Perlu kita semua faham bahawa masa adalah nikmat dunia yang boleh dijadikan modal ke akhirat.

Masa yang ada bagus digunakan untuk solat 5 waktu,berzikir,mencari rezeki yang halal dan membantu orang membuat kebaikan.Andaikata ia berlalu pun  kita tetap beroleh pahala.Lebih afdal lagi jika pahala tersebut sentiasa mengalir seperti amalan jariah.

{Sekilas pandang}

Masa kalau dah berlalu ia akan terus berlalu.Ia akan meninggalkan kita sama redha atau tidak.Bersedia atau tidak.Apabila tibanya masa ia datang dan kembali buat selama-lamanya.

Masa juga umpama ajal bagi manusia.Apabila tiba masanya maka selamat tinggal dunia.

Semoga anda semua bijak menggunakan masa yang berbaki ini sebelum kita semua dijemput ‘pulang’.

(Visited 5 times, 1 visits today)

32 thoughts on “Wahai Masa Jangan Tinggalkan Daku

  1. Sedar tak sedar dah bulan 9 kan, apa achievement kita so far? InsyaAllah ada perubahan yang telah kita capai 🙂
    Lagi satu tips untuk rasa masa itu panjang, solat awal waktu.

  2. demi masa..sesungguhnya manusia itu kerugian..kalau boleh memang nak lebih masa dengan anak2 di rumah..5 tahun, 3 tahun..cepat je masa berlalu..tapi 10 jam sehari kita ambik masa untuk kerja termasuk masa pergi dan balik..6 jam tidur..berbaki lagi beberapa jam sahaja dengan anak2 di rumah..manfaatkan sepenuhnya..

  3. mengajar sering terkejar-kejar masa untuk abiskan silibus dan pelbagai progrm gak kena handle….menangis sebenarnya mengajar. patut la org kata antara bidang yg mulia…bg saya mmg semu bidang bagus. tp mengajar…otka sentiasa berjalan dan kreatif utk melakukan semua perkara dengan MASA yang sedikit

Leave a Comment

CommentLuv badge